Friday, January 15, 2016

Ketidakstabilan Smartphone Samsung S6

Samsung S6 aku masuk bengkel. Aku antara-antara yang unlucky dapat Samsung S6 yang ada problem. Mula-mula dengar macam power je, Samsung S6 ni. Sekali beli tak sampai sebulan dah ada masalah auto restart dan hang. Korang tau perasaan aku macam mana? Memang aku frust giler. Mahal kot nak beli Samsung S6. Sekali dah buat hal. 
Samsung S6
Mula-mula aku sabar je, ingatkan sebab tak update software bagai tapi selepas update pun still jadi lagi. Aku try buang app yang tak pakai dalam tu. Elok la sekejap bertahan la sebulan. Tapi dalam sebulan tu ada jadi 2,3 kali tapi biasa la intermittent so aku pun biarkan je. Sebab masih boleh guna. 

Dan bulan ke-3 kot atau sebelum tu jadi pulak hal lain. Ghost back button.  Haaa apa tu??? Ghost back button ni, apabila smartphone ni auto back sendiri. Suka hati dia nak back. Kita tak tekan button back pun dia back. Buka apa-apa app dia pergi back. Memang stress aku dibuatnya. Then aku google internet, memang sah aku jumpa dua masalah utama samsung S6 ni, Auto Restart dan Ghost Back Button. Memang sedih la bila baca forum-forum pasal Samsung S6 ni. Tak jumpa solution, paling koman pun suruh update software dan reset factory tu je. Kalau 2 solution ni tak jadi memang takde harapan la melainkan hantar kedai balik. Nasib baik under warranty. Patut dulu lagi aku hantar tapi bertangguh-tangguh. Ni pun sebab aku tak tahan dah teruk sangat dah. Kejap-kejap heng kejap-kejap heng. Menguji tahan kesabaran aku. So tunggu je la apa kedai boleh buat. 

Sebelum beli dulu aku dah google dah Samsung S6, tapi aku compare Samsung S6 dengan smartphone yang lain. Aku tak check kelebihan dan kelemahan smartphone ni. Adeh dah terkena ni nasib badan. Tapi tak semua kena, ada je member yang pakai takde masalah langsung. Ni kira nasib badan la. Ok la lepas ni nak membeli kena buat research dulu. Selamat!

No comments:

Post a Comment