Tuesday, February 2, 2016

Harimau Malaysia menggantikan Harimau Malaya

#TunjukkanBelangMu
#TunjukkanBelangMu
#TunjukkanBelangMu

KUALA LUMPUR, 2 Februari 2016: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini membuat pengumuman untuk mengguna pakai nama ‘Harimau Malaysia’ sebagai nama gelaran rasmi baharu skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, berkuat kuasa serta merta.
Sebelum ini, umum termasuk pihak media dan para peminat bola sepak telah mengguna pakai nama gelaran Harimau Malaya setiap kali mereka merujuk kepada skuad kebangsaan.
Berdasarkan sejarah, nama gelaran Harimau Malaya itu pada asalnya merujuk kepada penyerang kebangsaan era 1940-an hingga 1950-an, Allahyarham Dollah Don (nama sebenar Abdullah Mohd Don) apabila gelaran tersebut diberikan kepada beliau oleh Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno selepas menyaksikan kehebatannya dalam satu perlawanan pada tahun 1953.
Sejak itu gelaran Harimau Malaya terus melekat kepadanya sehingga skuad kebangsaan Malaysia turut digelar sebagai Harimau Malaya selama lebih 50 tahun hingga ke hari ini.
Namun, bagi melancarkan era baharu bola sepak Malaysia mulai tahun 2016 ini, FAM berasakan yang nama gelaran Harimau Malaya itu sudah tidak sesuai memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak lagi diguna pakai secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963 iaitu kira-kira 53 tahun yang lalu.
Lantaran itu, pengenalan nama gelaran rasmi baharu Harimau Malaysia bermula hari ini diharap Presiden FAM, KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah dapat memberi gambaran jelas bahawa skuad kebangsaan atau selepas ini dikenali sebagai skuad Harimau Malaysia adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak. 
Peraduan mencipta logo HARIMAU MALAYSIA 
Peraduan mencipta logo HARIMAU MALAYSIA akan bermula pagi esok hingga 29 Februari 2016. Nantikan maklumat lanjutnya. 

Sumber dari Facebook Football Association of Malaysia (Official) 
dan http://fam.org.my/news/peraduan-mencipta-logo-harimau-malaysia

Menarik ni boleh join peraduan buat logo Harimau Malaysia ni. Mana tau rezeki menang wang tunai RM10,000. Jom-jom.....

#harimaumalaysia
#harimaumalaysia
#harimaumalaysia
#harimaumalaysia
#harimaumalaysia

No comments:

Post a Comment