Pages

Sunday, April 30, 2017

Makan sambil menderma dengan Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)

Bila kedengaran je lagu "Jalan-jalan cari makan" kat dalam tv, pastinya terbayang tempat-tempat makan menarik kat dalam Malaysia ni.. Fuhh memang #taklehmoveon la.. Kalau aku, aku terbayang muka Naz ! Pengacara JJCM yang paling hot sekarang ni.. Tengok dia makan, perghh real ! 
Majlis Pelancaran Aplikasi JJCM
Haa nak citer pasal Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) ni, korang tau tak baru ni Media Prima Digital telah melancarkan Aplikasi JJCM ! wow macam best je.. 

Apa yang menarik tentang Aplikasi JJCM @ JJCM Apps
Okeh first skali dalam JJCM Apps ni korang boleh dapatkan info-info tempat makan menarik, restoran yang pernah dikunjungi oleh JJCM, maksudnya kalau pernah tengok JJCM pergi kat kedai makan tu, haa nanti boleh check terus dalam apps. Takkan dia sorang je nak makan kannn... Selain korang dapat info, korang boleh dapat harga diskaun lagi.. Silap-silap makanan kegemaran korang dalam tu dapat dengan harga murah melalui Offpeak Deals
Haa tunggu apa lagi ? Try Download tengok ! Apps JJCM boleh dapat di Play Store dan Apple Store. Download percuma. 
Lebih menarik apps ni boleh detect location dan paparkan list restoran-restoran berdekatan dengan korang. Tak perlu risau tak jumpa kedai makan. Tambah-tambah kalau yang selalu keje luar ofis. Mudahkan ! 

Nak function lagi ? Dengan ada JJCM Apps ni korang boleh buat tempahan restoran. Hanya dengan beberapa langkah mudah korang boleh buat reservation. Tak perlu susah susah nak berbaris dan tunggu lama. Setel !! Jangan risau korang pakai function dalam apps ni tak kena bayar pun. Bayar je apa yang korang makan tiada caj tambahan. 



#SeringgitSeribuKebaikan
Sempena Ramadhan 2017 ni, Media Prima dan Aplikasi JJCM melaksanakan kempen #SeringgitSeribuKebaikan ! Makan sambil menderma. Duit sumbangan ikhlas ini nanti akan disalurkan kepada 4 buah rumah kebajikan terpilih untuk membiayai hidangan berbuka puasa nanti. Sumbangan boleh disalurkan terus melalui apps jjcm atau terus ke website www.cjwowshop.com.my. CJ Wow Shop juga turut serta dalam kempen ini. Tidak lupa juga pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati menyumbang barangan Mamee sempena kempen ini.
Kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini akan berlangsung sepanjang Mei 2017. Sama-sama kita menyalurkan sumbangan. 

Akhir sekali, semoga masalah mencari tempat makan dapat diselesaikan dengan adanya Apps JJCM ni. Haha.. Sekian !

No comments:

Post a Comment