Pages

Friday, May 26, 2017

The Pinnacles View, Perth Australia | Terjadi akibat 'hidup' atau hakisan ?

Fuhhh sampai jugak ke aktiviti last hari kedua ni. Nak citer lumsum satu entri macam tak best je. Jadi aku buat entri satu-satu je la.. Okeh, selepas bermandian pasir di Lancelin Sand Dunes, kami ke satu tempat yang agak luar biasa jugak. The Pinnacles, Nambung National Park Perth, Western Australia. The Pinnacles ? Tempat apa ni ? Lor pergi tengok batu-batu je ? Jadi apa yang menariknya ? Terletak 125km dari Lancelin Sand Dunes, sejam setengah dari sana. 

Sebenarnya tempat ni menjadi menarik dan luar biasa sebab keadaan batu-batunya seolah-olah hidup. Dengar kata ada dua mitos berkaitan dengan kewujudan batu-batu ni. Pertama batu-batu ni dianggap hidup dan tumbuh. Keduanya mengatakan batu ni wujud sebab hakisan. Apapun kesahihannya masih belum terjawab lagi. Dorang masih mengkaji lagi sampai sekarang. Meh usha tengok batu-batu ni !
The pinnacles nambung national park
Nampak view belakang aku tu... Pelancong dan pelawat yang singgah ke sini. 
The pinnacles nambung national park
The pinnacles nambung national park
The pinnacles nambung national park
Haaaa, nampak tak batu-batu ni semua macam tumbuh menaik. Nak kata tumbuh pun ya, nak kata kena hakisan pun ya. Mana satu betul ni. Haha.. Tunggu je la kajian dorang nanti. Apapun ini semua antara ciptaanNya yang luar biasa. SubhanAllah..
The pinnacles nambung national park
Ehh, awak buat apa ni ? Tengah buat kajian eh !! Haha, sebenarnya aku tengah check wifi aku. Ada line ke tak?.. 
The pinnacles nambung national park
Caution ! Please do not climb on the Pinnacles
Dilarang sama sekali memanjat atas batu-batu ni. Risau batu ni rapuh dan patah yang mungkin akan menyebabkan keceredaraan. dan juga merosakkan batu-batu ni. 
The pinnacles nambung national park
This is no climbing. Just possing from the side. So you can see how big and tall this rock or Pinnacles is. Plese dont climb on top ! 
The pinnacles nambung national park
Apapun kisahnya, jawapannya yang pasti aku dah menjejak kaki di sini. Satu pengalaman yang luar biasa. 

Fuhh boleh tahan penat seharian berjalan ni. Tapi nama pun melancong, Baru la trill ! Puas hati kalau gini. Jauh perjalanan luas pengalaman. Selesai perjalanan hari ni dengan total lebih 200 km. Lepas ni balik apartment !. Mentido la dalam bas. Nanti aku cerita la hari ketiga dan seterusnya... 

Kalau rajin boleh baca entri-entri sebelum ni kat sini. Redscarz jejak kaki di Perth, Australia. 

1 comment:

  1. satu tempat yang dicipta untuk manusia terus berfikir
    JanjiKita

    ReplyDelete