Friday, June 6, 2014

Chest Workout | Beginner Workout 1

Serius #misi75kg aku tergendala, dan aku belum lagi timbang berat terkini. 
Tak mahu terikat dengan misi tu aku skip #misi75kg dan start main besi. Kurangkan kardio dan more kepada angkat besi.
Hari selasa (3 Jun 2014) aku start. Target hari pertama aku ialah dada @ chest workout. Refer gambar bawah ni.
Target Chest 
Aku follow kawan buat workout ni. Kalau sorang- sorang masak gak. Kang salah angkat dan salah step nanti. Lain pulak jadinya. Perlukan support untuk guide dan support semasa angkat bebanan yang berat. Untuk target chest ni aku perlu completekan routine-routine dibawah.
Dumbbell bench press 
Dumbbell bench flyes
Incline Dumbbell Press
Incline Dumbbell Flyes  
Sikit je ni. Tapi beginner buat sikit-sikit dulu la. *Semua berat dibawah adalah mengikut kemampuan sendiri... 
Dumbbell bench press
15kg x 15rep = set 1
20kg x 15rep = set 2
25kg x 15rep = set 3

Dumbbell bench flyes
15kg x 15rep = set 1
20kg x 15rep = set 2
25kg x 15rep = set 3

Incline Dumbbell Press
15kg x 15rep = set 1
15kg x 15rep = set 2
15kg x 15rep = set 3
Bila dah start buat Incline ni aku dah tak larat dah. Huhu berat terpaksa dikurangkan. Maintain 15kg untuk 3 set. Baru 15kg... Huhu 
Incline Dumbbell Flyes
15kg x 15rep = set 1
15kg x 15rep = set 2
15kg x 15rep = set 3
Yang ni pun sama aku buat 15kg 3 Set. Excuse la untuk first start.
  
So ni je aku buat untuk hari pertama. Perghhh terasa koyak otot-otok. Tengok macam senang je. 15kg sebelah tangan, bukan total 15kg. Rabu rest, so khamis Shoulder workout pulak. 
Shoulder Beginner Workout

Semua photo credit dari website http://www.exrx.net

Tuesday, June 3, 2014

Gold Coast Morib Water Theme Park | Akif & Aliah - Aktiviti cuti sekolah

 Dah lama Akif dan Aliah ni nak mandi kolam, sabtu lepas berkesempatan la bawa dorang pergi kolam. Destinasi kami ke Gold Coast Morib | Water theme park. Kesian dorang dah start cuti sekolah tak bawa dorang berjalan. Mula-mula nak pergi PD tapi mandi pantai macam baru lepas pergi je kat Bagan Lalang hari tu. So pergi la kat water theme park. Boleh tahan ramai orang kat sini. Musim cuti sekolah kan.
Gold Coast Morib | Water theme park ticket
Dewasa RM35.00
Kanak-kanak (2-12 tahun) RM20.00
Akif dan Aliah dah tak sabar nak mandi ni..
Amboii braninya Akif dan Aliah main gelongsor yang tinggi ni..
Gelongsor ni sempoi.. Aku pun main gak haha.. Splash air kuat-kuat.. 
So kesimpulan aku tentang Gold Coast Morib Water theme park ni.. Yang ok bagi aku, nak kawal anak-anak senang, tempat ni tak besar sangat dan tak kecik sangat. Then banyak yang kids boleh main, tak tertumpu untuk orang dewasa je dan yang lagi best redup, sebab dikelilingi bangunan resort itu sendiri.
Yang tak best bagi kalau tak menginap. Kalau nak walk-in water theme park ni kena pergi pagi-pagi ok kot. Main puas-puas. Tapi kalau nak jimat lagi, beli Groupon. Dapat harga bawah RM200 penginapan + 2 tiket theme park untuk dewasa. Overall not bad, janji Akif dan Aliah puas. Sampai flet dorang malam tu siap mengigau lagi. Next time nak book groupon la.

Monday, June 2, 2014

Lenovo Vibe Z (K910L) | Wishlist ke-2

Alhamdulillah, berjaya merealisasikan Wishlist ke 2 | tukar smartphone. Smartphone pilihan aku kali ni Lenovo Vibe Z (K910L). Sebelum ni aku pakai Smartphone Samsung S2 (2012-2014) dan Blackberry Bold 2 (2010-2012 ). Makanya ini yang ke-3 smartphone aku try. Samsung S2 aku tu masih elok lagi, tahan lasak cumanya kalau buat kerja lebih sikit slalu hang. Banyak jasa S2 ni. Hadiah dari adik aku. So kenapa aku berkenan dengan  
Lenovo Vibe Z (K910L)
  Tengok specs bawah ni.

Lenovo Vibe Z (K910L)Specs
Dia punya specs mantap dengan 2.2 GHz processor Quad Core
Battery 3000 mAH
lebih ringan cuma 147gram dan thinnest 7.9mm
Camera 13MP dengan f/1.8 aperture dan camera depan 5MP
Vibe Z adalah keluaran Lenovo yang paling latest.
Yang penting harga pun berpatutan. 
 Oklah nak Explore lagi apa kelebihan Smartphone Vibe Z ni. Harap-harap dapat memberi kelajuan dalam berblogging ni.