Wednesday, January 13, 2016

Recco Coffee | Cafe Hipster di Tanjung Malim

Baru-baru ni aku dengan Lan Careno | Projek Hipster ke Tanjung Malim atas urusan peribadi. Selesai dari tugas tu kami bercadang nak breakfast dulu sebelum balik KL. So kami pun cari kedai makan sekitar jalan Universiti, Tanjung Malim ni. Ada la beberapa kedai makan kat area tu. Pusing-pusing jumpa la Recco Coffee. Mula-mula cam pelik je, kenapa? Selalunya cafe macam ni jarang buka pagi-pagi. 

So aku masuk la tanya, memang dah buka pun. So kami pun terus singgah di sini. Masuk je sunyi sepi lagi, sebab baru buka. Kalau tak silap aku hampir jam 9 pagi dan kami customer pertama hari tu. Haha.. Alang-alang takde orang, guna la peluang untuk shoot gambar. 

Cafe memang WOW.. Dekorasi memang cantik dan menarik. Antara Cafe Hipster di Tanjung Malim.Jom usha..  
Recco Coffee
Recco Coffee Cafe
Sebelum masuk ke dalam cafe. Yang ni gambar dari luar cafe. Siap ada logo Halal. So jangan risau bab makan-makan. 
Recco Coffee
Recco Coffee
Recco Coffee
Recco Coffee
Recco Coffee
Memang nampak elegan kan, nak makan ke, minum ke, lepak-lepak kat sini memang sempoi. 

Kebanyakkan customer yang datang ke cafe ni pelajar-pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Memang dekat sangat dengan UPSI pun. Sebab tu la buka pagi-pagi, seawal 8.30 pagi hingga 11.30 malam. Boleh la breakfast kat sini. Aku agak kalau pelajar datang buat assginment sambil kena kopi perghh sangat selesa.

Eh, kata nak breakfast tapi dok tayang gambar-gambar cafe pulak kan. Haha, biasa la tu, bila dah teruja dengan dekorasi-dekorasi cafe ni, makan kemudian pun takpe. Projek Hipster katakan. Alang-alang menyeluk pekasam, jangan lupa cili padi. Kikikiki..

Meh tengok breakfast kami.. 
Breakfast Set
Recco Coffee
Recco Coffee
English Breakfast Set 4 - RM10.00
(Sausage + scramble eggs + coleslaw + toasted bread + butter) + (Sarawak Coffee or Tea)
Recco Coffee
Nasi Goreng Thai - RM7.00Recco Coffee
Honey Lemon - RM4.50
Aku makan ringan-ringan je, lan careno makan berat. Kemain nak jaga perut.. Haha.. Bukan saja-saja je order.. saja nak bagi tau selain dari deko-deko yang menarik, cafe recco coffee ni boleh order goreng-goreng seawal pagi dibuka. Ada Nasi goreng Thai, Nasi Paprik Ayam dan lain-lain. Selalunya kalau goreng-goreng ni petang baru ada. Kan? Dan yang best lagi ialah air coffee murah-murah. (Coffee yang cantik-cantik design kat cawan tu) Antara yang paling murah aku jumpa. Capuccino, Mocha baru RM8.00, Latte baru RM7.00. Sebelum ni paling murah aku jumpa RM9.50. Aku bukan taknak order Coffee ni tapi aku nyer breakfast dah datang dengan air sekali. 1 SET. Hehe..

Apapun, ada banyak lagi menu menarik kat sini.. Sapa rasa nak lepak sini boleh usha alamat di bawah ni. Selamat menjamu...

Alamat:
No 19, Jalan U -1, 
Taman Universiti,
35900 Tanjung Malim, Perak