Nuffnang

Cosmoderm

cosmoderm

Friday, January 8, 2016

Laksa Sarawak sedap di Kuala Lumpur | Dapur Sarawak

Bila aku rindu atau mengidam makanan masakan Sarawak, aku pasti ke sini | Dapur Sarawak.  Dah banyak kali aku mengulang ke sini. Dorang je tak cam aku. Hehe guro je. Pantang ada kerja luar pejabat pasti aku ke sana untuk makan tengahari. Makanan kegemaran aku mee kolok. Tapi kali ni aku teringin nak makan Laksa Sarawak. So aku order la Laksa Sarawak Special.
laksa sarawak
Laksa Sarawak Special
Tengok je dah terliur rasanya. Nomnomnom... Masa aku makan hari tu macam kurang kaw. Tapi boleh makan, masih sedap. Masih terasa laksa sarawak tu. Mungkin sebab aku baru first time makan laksa sarawak kat sana, so aku tak sure rasa memang gitu atau hari tu je kurang kaw. Apapun aku bagi 7/10 untuk Laksa Sarawak. Sampai licin mangkuk aku kerjakan. Hehe..
laksa sarawak
3 layer tea (gula apong)
Haa yang ni minuman favourite aku. Kalau ke Dapur Sarawak mesti order 3 layer ni.. Kena dengan tekak aku. Haha.
Anyway banyak lagi menu makanan lain kat Dapur Sarawak ni cuma aku je tak nak try yang lain. Haha.. Tapi tengok la cam mana nanti kalau teringin nak rasa yang lain. Aku up la entri lagi. Korang tau tak Dapur Sarawak tu kat mana? 

Sila refer entri ni.. Mee Kolok sedap di Kuala Lumpur