Monday, June 11, 2018

ASMR Keripik Pedas Maicih terkenal di Indonesia

Keripik Singkong Pedas MAICIH dari INDONESIA. Fuhh kerepek ubi kayu hangat di Indonesia. Ada pelbagai tahap kepedasan. Yang aku tau 03, 05 dan 10.. Ok level 03 yang sedang-sedang pedas, level 05 pedas dan level 10 paling pedas. Baru ni aku beli kat open booth sempena pra syawal. Aku pantang tengok benda-benda yang ada tahap kepedasan ni. Mesti nak try. Keripik Maicih ni tak pernah nampak dalam pasaran Malaysia. Itu juga antara sebab aku beli. Sebab makanan dari Indonesia. 

Okeh, yang ada stok level 03 dan level 05. Level 10 takde stok. Jadi aku buat video tasting level 03 dan 05 saja. Jom tonton video bawah ni.. pedas ke tak ?




Kat mana nak cari keripik ni ? Kat mana nak beli keripik Maicih ni ? Aku pun tak tau, sebab hari tu aku beli kat booth. Booth pun dah takde. Tapi kalau nak info, korang boleh tengok kat IG & Twitter : @infomaicih 

Okeh, jangan lupa subscribe DAUS REDSCARZ Channel dan share video kalau korang suka. Terima kasih banyak-banyak ya... 

Tuesday, May 29, 2018

Samyang Ramen Mala 4X Spicy Korea ada logo Halal

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba. Samyang Mala | dikenali juga Ramen Korea 4X Spicy. Dah lama aku tunggu kemunculannya. Kenapa dengan Samyang Mala ni ? 
Padahal dah ada lama kat pasaran. Sebenarnya aku tunggu yang ada logo Halal tu. Bukan apa, dah ramai yang tanya bila nak buat Samyang Ramen Mala Challenge. Dengan ada logo halal ni baru la makan dengan yakin. Nah tengok komen-komen mereka dalam youtube Daus Redscarz Channel. 6 bulan lepas lagi dorang suruh review or buat challenge. 
Harap dorang bertabah tunggu Samyang Mala Challenge dari Daus Redscarz. Aku pun tunggu gak sampai ada logo halal ni. Kalau tak kuar memang aku tak buat. 

Selain tu ramai yang tanya dalam youtube "halal ke ramen samyang ni ?" Okeh, baru ni kat pameran MIHAS 2018 (Malaysia International Halal Showcase) Ramen Samyang turut dipamerkan. JAKIM mengesahkan yang ramen-ramen samyang ni halal. Kalau ikutkan pengesahan JAKIM ni dari tahun 2016 lagi kata halal. Tapi masih ramai yang tanya halal ke tak. Mungkin sebab logo halal tu dari Halal Korea. Memang halal korea tu sah. 

Okeh aku pun ambil maklum gak sebelum buat sesuatu tu. Risau kena kecam. Jom tengok video Challenge Samyang Ramen Mala 4x Spicy ni. 
Memang berasap oiii Samyang Mala ni. Memang patut dorang kata 4x lebih pedas. Yang Original, 2x spicy semua aku dah makan. Yang ni lagi pedas. Agak-agak aku boleh abiskan tak ? Haha korang layan video tu ok. 

Banyak lagi video challenge dari Daus Redscarz Channel korang boleh klik sini. Jangan lupa SUBSCRIBE ok. Kalau sudi Sharelah video tu.. 




Kat mana nak beli Samyang Ramen Mala 4X Spicy Ramen ada logo Halal ? Buat masa ni kalau nak cari ramen mala ni ada jual online. Kalau nak cari kat kedai memang susah sikit. Kalau ada kompom yang takde logo halal tu lagi. 

Soalan-soalan lazim Samyang Ramen ni.
Kat mana nak beli Samyang Ramen ni ?
Halal ke samyang ramen ni ?
Ramen mala ada logo halal ?

Semua dah ada jawapan kat atas ni. 

Wednesday, May 23, 2018

Agihan Bubur Lambuk Kempen #sunwayforgood Raya Cheer 2018 Sunway Group

Seawal 6 Ramadan 2018, Sunway Group telah memulakan kempen kemasyarakatan dengan mengadakan give away bubur lambuk atau agihan bubur lambuk sempena #sunwayforgood Raya Cheers 2018. Lebih 4000 bungkus bubur lambuk diagihkan sekitar komuniti di :-
  • Masjid Al Husna, Bandar Sunway
  • Surau Rabiul Awal, Sentul 
  • Surau Al - Mujib, Cheras
  • Masjid Seberang Jaya, Seberang Jaya,
  • Masjid Kapitan Keling, George Town. 
Surau Al-Mujib, Cheras
Syukur alhamdulillah dengan kempen kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Sunway Group ni, aku berpeluang merasai sendiri pengagihkan bubur lambuk yang berlangsung di Surau Al-Mujib Cheras. 
Program bermula seawal jam 3 petang. Fuhh walaupun dalam keadaan tengah berpuasa namun bila ramai-ramai macam ni tak terasa penat sangat pun. Sukarelawan-sukarelawan bertungkus lumus membungkus bubur lambuk. Merasa gak aku pengalaman mengagihkan bubur lambuk ni. Selalu jadi orang awam yang beratur ambil bubur lambuk je. Resepi bubur lambuk ni diilham dari Chef dari Sunway® Resort Hotel & Spa. 
Lebih kurang 800 bungkus bubur lambuk diagihkan di Surau Al-Mujib ni. Suasana meriah dengan penduduk yang datang mengambil bubur lambuk. 
Sambil menanti ketibaan penduduk sekitar datang mengambil bubur.  

Turut serta dalam kempen ni Mr Kelly Leong (Cluster Director of Operations for Sunway Hotels & Resorts) Mr KS Wong (Senior General Manager for Sunway Velocity MallMr TS Cheah (Cluster Director, Sales and Marketing for Sunway Putra Hotel and Sunway Velocity Hotel) sukarelawan dari Sunway Group dan sukarelawan dari Malaysia Red Cresent.

Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sempena kempen #sunwayforgood Raya Cheers 2018 sepanjang bulan Ramadan ni. Antaranya Majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim, mengedarkan barangan dapur kepada 40 buah keluarga kurang berkemampuan dari 7 buah kampung sekitar Selangor yang telah dikenalpasti oleh Lembaga Zakat Selangor. Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati website www.sunwayforgood.com

Terima kasih kepada Sunway Group yang melaksanakan tanggungjawab sosial seperti program kemasyarakatan sebegini. Sedikit sebanyak membantu menceriakan mereka-mereka yang memerlukan. Semoga dipermudahkan urusan Sunway Group dan sukarelawan-sukarelawan yang menyertai kempen ini. 

Akhirkata, selamat menjalani ibadah puasa kepada Muslimin dan Muslimat di seluruh pelusuk tanahair. 

Saturday, May 5, 2018

Ayam Pasu Klasik sedap Cheras, Kuala Lumpur

Tiap-tiap petang kalau balik kerja aku lalu kawasan ni. Harum semerbak bau sepanjang jalan. Rasa macam berbulan gak berlalu, akhirnya aku singgah juga. Sebab dah teringin nak tau dan nak rasa !! Ayam Pasu Klasik, Cawangan Taman Desa Aman, Cheras. 
Ayam Pasu Klasik sedap Cheras
Terletak tak jauh dari Leisuremall Cheras dan Pusat Penjaja Taman Desa Aman. Kalau yang tak biasa lalu jalan ni, korang ingat bulatan cheras (arah Kajang). Haa lepas bulatan cheras tu je korang tengok sebelah kiri jalan. Haa kat area situ la lokasi Ayam Pasu Klasik ni.
Ayam Pasu Klasik sedap Cheras
Ayam Pasu Klasik, ayam bakar dalam pasu. Aku rasa dekat 20 buah pasu kat situ. Patut la berasap sampai ke jalan. Bikin tak senang bawa moto haha.. 
Ayam Pasu Klasik sedap Cheras
Tudiaaa tengok pun melelehhh haha.. Macam-macam cara sekarang buat ayam bakar ni. Ayam golek la, ayam salai la, bakar dalam pasu la.. 
Ayam Pasu Klasik sedap Cheras
Brapa harga seekor ayam pasu klasik ni ? Okeh, harga seekor ayam pasu klasik ni RM28.00. Mula-mula macam wow boleh tahan gak harga seekor ni. Tapi bila dah tengok saiz ayam tu besar, memang berbaloi la dengan harga tu. Silap-silap kalau beli kat pasar mau Rm20 gak seekor ni. RM8 ni upah bakar la, logik la. Kalau beli kat fastfood pun RM20++ gak tapi kecik je. 
Ayam Pasu Klasik sedap Cheras
Jadi... bak mai seekor. Haha kasi tapau ikat penuh ya.. 

Memang tak sia-sia beli. Memang padu dan sedap. Dibekal pulak dengan sos black-pepper. Menyicah-nyicah la kami sekeluarga. Tu pun ada lebih lagi suku.. Ni kira first time kami makan ayam pasu klasik ni. (Ayam bakar dalam pasu) 

Kalau korang teringin atau memang tercari-cari Ayam pasu klasik ni, datang la ke Cheras. (ikut lokasi yang aku share kat atas) Tempat lain aku tak sure. Memang pernah dengar sebelum ni. Masuk dalam Majalah 3 kalau tak silap. Okeh.. jumpa lagi.. 

Friday, April 27, 2018

9 Tempat-Tempat Menarik di Perth Australia Harus Dikunjungi

Hampir 5 jam lebih debaran dalam penerbangan Airbus AirasiaX dari Kuala Lumpur akhirnya tiba di bumi Perth. Fuhh pertama kali dok dalam flight lama-lama gini. Kebas rasanya haha.. Percutian 5 Hari 4 Malam ke Perth Australia memang berbaloi dan puas hati. Apapun straight to the point. Aku nak share kat korang, ni antara 9 tempat-tempat menarik di Perth yang korang perlu take note dan harus kunjungi.. 

1. Kings Park and Botanic Garden, Perth Australia
Menikmati pemandangan indah bumi Perth dari atas bukit. Suhu pagi ni sekitar 9-11 Celsius. Sejukkkk. Dari atas bukit ni korang boleh nampak bandar Perth dan Swan River. Kalau datang ke Perth wajib singgah sini. Antara tempat-tempat mesti pergi. View memang cantik giler. Baca seterusnya di Pemandangan Perth dari Kings Park and Botanic Garden.

2. Moore River, Guilderton Perth Australia
Perjalanan kami diteruskan ke Moore River, terletak di Guilderton, muara Lautan Hindi, Perth Australia. Perjalanan dari Kings Park and Botanic Garden ke Moore River ambil masa sejam menaiki bas. Hampir 100km !!
Mula-mula sampai ke sini aku tak aspek apa-apa pun. Aku cuma bayangkan satu tempat menarik di Perth ni. AND i was speechless ! Subhanallah, indahnya ciptaan Dia. Aku bagai terpukau menyaksikan keindahan fenomena ini. Itulah Moore River. Baca seterusnya di Keajaiban Moore River, Perth Australia

3. Lancelin Sand Dunes, Perth Australia
Dari Moore River, dari sungai dan laut kami ke padang pasir pulak. Antara tempat meluncur pasir atau sandboarding kat Perth Australia. Tempat ni dipanggil Lancelin Sand Dunes ! Terletak lebih kurang 50km dari Moore River. Perjalanan dari Moore River ke sini ambik masa lebih kurang 40-50 minit. Baca seterusnya di Meluncur di Lancelin Sand Dunes, Perth Australia.

4. The Pinnacles View, Nambung National Park Perth, Western Australia

Selepas bermandian pasir di Lancelin Sand Dunes, kami ke satu tempat yang agak luar biasa jugak. The Pinnacles, Nambung National Park Perth, Western Australia. The Pinnacles ? Tempat apa ni ? Lor pergi tengok batu-batu je ? Jadi apa yang menariknya ?
Sebenarnya tempat ni menjadi menarik dan luar biasa sebab keadaan batu-batunya seolah-olah hidup. Dengar kata ada dua mitos berkaitan dengan kewujudan batu-batu ni. Pertama batu-batu ni dianggap hidup dan tumbuh. Keduanya mengatakan batu ni wujud sebab hakisan. Boleh baca selanjutnya di Pemandangan sekitar Pinnacles View Perth Australia


5. Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Senang cakap Caversham Wildlife ni macam zoo la. Caversham Wildlife ni antara tempat menarik yang wajib pergi kalau ke Perth. Kat sini la korang akan jumpa kanggaroo, koala, wombats dan lain-lain.. Baca selanjutnya di Tak puas bermanja dengan Kanggaroo di Caversham Wildlife Park, Perth Australia


6. Kailis Fish Market Waterfront Fremantle, Perth Australia

Makan tengahari di Kailis' Fish Market, Waterfront Fremantle. Antara tempat makan terkenal dan famous di Perth. Bukan tarikan dari kalangan penduduk tempatan je, malah pelancong-pelancong luar pun datang makan kat sini. Fuhh memang ramai orang kat sini dan tempat pun menarik. Sebelah jeti je. Boleh nampak bot-bot dan kapal-kapal layar berlabuh. Baca selanjutnya di Lunch di Kailis Fish Market Waterfront Fremantle, Perth Australia

7. The Round House Fremantle, Perth Australia
Fremantle ni sebuah bandar pelabuhan di Australia Barat juga merupakan sebahagian daripada kawasan metropolitan Perth. Terkenal dengan sejarah maritimnya juga seni bina Victoria. Antara tempat bersejarah yang sempat kami singgahi kat Fremantle, iaitu The Round House ! Nak tahu lebih lanjut boleh baca Terokai sejarah The Round House, Fremantle Perth Australia

8. Rainbow Container di Perth Australia
Rainbow Container di Perth Australia antara tempat unik wajib dikunjungi. Terletak di sekitar Fremantle, Perth Australia. Unik dan kreatif. Tak pernah terfikir pun nak buat susunan kontena macam ni. Diwarnakan dengan warna-warni seolah-olah pelangi, sebab tu dipanggil Rainbow Container. Hasil kerja seni Marcus Canning. Boleh baca lanjut di Rainbow Container di Perth Australia antara tempat unik wajib dikunjungi !


9. Home of Swan Bells, The BELL Tower Perth Australia

Home of the Swan Bells, The Bell Tower, Perth Australia terletak di Riverside Drive yang menghadap Swan River. Bell Tower ni merupakan salah satu tempat yang paling unik untuk dikunjungi di Perth. Satu daya tarikan untuk pelancong-pelancong yang datang ke Perth. Penuh bersejarah, reka bentuk yang unik dan tersendiri. Hasil daripada seni bina utama, The Bell Tower telah menjadi ikon untuk Perth dan Australia Barat. Boleh tengok gambar lagi di

Home of the Swan Bells, The Bell Tower icon Perth Australia


Korang juga boleh tengok-tengok Pemandangan bangunan-bangunan sekitar bandar Perth

Dan banyak lagi tempat-tempat menarik di Perth yang belum sempat singgah. Apapun harap korang yang plan percutian ke Perth boleh la take noted tempat-tempat menarik di atas. Kalau yang masih tercari-cari agensi perlancongan/travel agency di luar sana, boleh la cuba survey syarikat ni. Ayden Averroes Travel | Percutian 5 Hari 4 Malam di Perth Australia.

Itu saja sharing kali ni. Diharap info-info dalam blog ni dapat membantu korang untuk pergi melancong. Tak banyak sikit pun jadi la. Jangan lupa share artikel ni. 

Thursday, April 12, 2018

MAGGI Pedas Giler Challenge oleh DAUS REDSCARZ Channel

Assalamualaikum, selamat datang ke Blog Daus Redscarz. Harap pembaca semua sihat-sihat hendakya. Okeh cerita kali ni pasal MAGGI GORENG PEDAS GILER. Trending sekarang ni. Pedas sangat ke MAGGI Pedas Giler tu ? 

Ceritanya bermula begini, hari tu aku jalan-jalan beli barang kat hypermarket terjumpa la Maggi pedas giler ni. First time aku tengok maggi ni, mesti baru kuar ni. Ada 2 perisa, maggi pedas giler ayam bakar dengan maggi pedas giler tom yummz. Aku sebagai penggemar makanan pedas ni pantang tengok makanan pedas ni. Terus aku sambar 2 bungkus maggi pedas giler ni. 

Aku beli maggi ni sebab nak tau pedas ke tak pedas maggi ni. Agak-agak boleh lawan Ramen Samyang Korea ke tak.. Macam biasa makan sambil merakam diri sendiri makan haha. Nama pun challenge kan. Kenikmatannya hilang sikit sebab asyik tengok kemera je haha.. Pedas ke tak Maggi Pedas Giler ni ?? Layan dulu video ni... abaikan muka tu.. 


Kalau tak boleh play dari sini boleh click terus link bawah ni. Link Youtube : DAUS REDSCARZ CHANNEL 

Apapun aku share sikit review aku pasal MAGGI GORENG PEDAS GILER. 

Tahap kepedasan
Aku bagi dalam range 6/10. Pedas dia aku masih boleh makan tak minum air. Penggemar makanan pedas masih boleh ganti ramen samyang dengan maggi pedas giler. 

Harga : 
RM2.99-RM3.99 (bergantung pada kedai/hypermarket) Paling murah aku jumpa RM2.99. Kalau harga lebih dari RM4.00 tu mahal dah tu. Harga berpatutan dan murah dari Ramen Samyang. Jadi kalau teringin makan pedas ni boleh la beli Maggi Pedas Giler. Jimat sikit haha..

Rasa Perisa Ayam Bakar/Tom Yummz :
Bagi aku dua-dua sedap. Yang tom yam ketara la rasa tom yam nya..  

Tak puas hati :
Aku tak puas hati sebab mee kecik, kalau terlambat buang air mee jadi lembik sikit. Tu je. 

Apapun korang try la nanti. Jangan lupa SUBSCRIBE DAUS REDSCARZ CHANNEL. Insya Allah ada banyak video-video baru akan datang. Maggi Pedas Giler Akif vs Aliah. 

SUBSCRIBE : DAUS REDSCARZ CHANNEL
SUBSCRIBE : DAUS REDSCARZ CHANNEL

Related Post

Monday, February 26, 2018

Pertandingan Foto Dan Video Pendek KEMPEN #SAYANGMALAYSIA | Promosi PELANCONGAN Negara Tahun 2018

PUTRAJAYA, 23 Februari 2018 - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) meneruskan Pertandingan Foto dan Video Pendek di media sosial dengan subtema kedua iaitu #MyDestination mulai 1 Mac hingga 30 April 2018. 

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu menghantar foto atau video pendek kreatif berkaitan keunikan dan kepelbagaian lokasi-lokasi /tempat-tempat percutian yang menarik atau lokasi yang kurang diketahui umum menerusi platform media sosial iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.

Bagi menyertai Pertandingan Video Pendek, orang ramai perlu memuatnaik video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial dengan hashtag #SayangMalaysia berserta hashtag #MyDestination. 
Pertandingan ini menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi tempat pertama hingga ketiga dan 5 hadiah saguhati. Antara hadiah yang disediakan berupa tiket penginapan percuma di destinasi popular terpilih dalam negara, tiket percuma taman tema terkenal, baucer beli belah di pusat beli belah terkenal dan banyak lagi. 

Pertandingan ini dianjurkan bersempena Kempen Media Sosial #SayangMalaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan dan kebudayaan yang terkemuka serta menggalakkan penyertaan pelancong domestik dan luar negara menggunakan media sosial untuk berkongsi detik indah dan keunikan semasa mereka berada Malaysia. 

Sepanjang tempoh Kempen Media Sosial #SayangMalaysia ini, orang ramai berpeluang menyertai enam pertandingan foto dan video pendek sepanjang tahun 2018 dengan memperkenalkan tiga (3) subtema baru iaitu #MyShopping bagi Julai hingga Ogos, #MyHeritage mulai September hingga Oktober.dan #MyKampung bagi November hingga Disember. Berikut adalah subtema bagi setiap pertandingan berkenaan: 

i. #MyCuisine - Januari hingga Februari 
ii. #MyDestination - Mac hingga April 
iii. #MyCulture - Mei hingga Jun 
iv. #MyShopping - Julai hingga Ogos 
v. #MyHeritage - September hingga Oktober 
vi. #MyKampung - November hingga Disember 

Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu www.motac.gov.my/sayangmalaysia

Kempen Media Sosial #SayangMalaysia merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan/Agensi kerajaan dan pihak swasta. 

Friday, February 23, 2018

Jangkitan Influenza A | Kenali simptom-simptom, cara mencegah dan merawat Influenza

Awal bulan feb 2018, Faheem demam dan selsema. Sometimes diselit-selit dengan batuk dan kurang selera makan. Mulanya kami ingat demam biasa jadi hantar ke klinik biasa. Macam biasa lah kalau klinik biasa ni dia takde check darah selagi kita tak request. Jadi hasil dari klinik, dapat la ubat demam, antibiotik, selsema dan batuk. 


Faheem punya demam ni kadang-kadang pelik gak, kejap ok kejap tak ok, lepas tu siang elok je, malam datang panas badan. Dekat 2 minggu gak trend dia. Kami nekad bawa Faheem pergi check pakar. Mula-mula nak pergi ke Hospital KPMC, sampai situ kami ke Poliklinik Ideal (Sebelah KPMC)


Doktor suggest check darah Faheem risau denggi. Check darah result semua Ok. Negetif denggi, jadi doktor syak jangkitan influenza. Wife aku dah risau dah. Aku masih cool lagi. Doktor suggest buat test Influenza. Result Influenza POSITIF. Aku ? Masih tertanya-tanya apa tu influenza. (Maafkan aku) Bila wife aku explain cakap Influenza ni ketegori H1N1 terus kerisauan aku naik mendadak. Cuak oo aku dengar H1N1. 

Kategori Influenza
Influenza terbahagi 3, Influenza A, B dan C. Influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C. 

Faheem positif Influenza jenis A. Memang lagi cuak dengar. Kalau tak silap Faheem kena jangkitan H5N1. Doktor kata better pergi check pakar untuk rawatan lanjut. Abis tu yang aku jumpa tu tak cukup pakar ke? Mungkin maksud doktor tu suruh aku pergi refer Hospital buat rawatan di hospital. Aku suruh doktor buat surat refer dan dapatkan copy result test tadi. 

Yang paling dekat dengan Poliklinik Ideal ni, Hospital KPMC lah tapi bukan panel insuran. Jadi kami pergi ke Hospital KPJ Kajang sebab dekat dah dengan lokasi kami. Dah sampai KPJ Kajang macam biasa, kena lalui procedur dulu. Jumpa dengan doktor dulu. Setelah pengesahan doktor, confirm Faheem kena admit warded. Nak tak nak kena masuk wad. Yela kat situ nak pantau ubat senang.

Alhamdulillah 3 hari 2 malam di hospital KPJ Kajang, Faheem dah boleh keluar. Tengok pun dah selera makan dan ceria seperti biasa. Drip air dalam 3 botol gak. Continue ubat dan kena kuarantin Faheem kat rumah. 2 minggu juga la nak betul-betul sihat (termasuk warded).

Apapun aku nak share sedikit info yang dapat dari whatapps pasal Influenza. Simpton-simptom, cara mencegah atau mengelak serta rawatan-rawatan yang berkaitan.

" Sekarang musim Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat, tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya.

Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.

Antara simptom-simptom Influenza A adalah

  • Demam dan menggigil
  • Demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol 
  • Sakit kepala dan otot 
  • Sakit tekak dan batuk
  • Selsema
  • Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah. 
Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom
  • Sesak nafas
  • Nafas laju
  • Demam tinggi yang berpanjangan
  • Kulit kelihatan kebiru-biruan
  • Kanak-kanak tidak mahu makan atau minum
  • Bayi Dehidrasi kerana kurang minum (lampin kering, menangis tiada air mata)
Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah 
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Kebingungan
  • Muntah-muntah yang berpanjangan
  • Selsema berkurang tetapi demam dan batuk datang semula
Rawatan bagi Influenza A adalah
  • Rehat di rumah 
  • Kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
  • Makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat 
  • Ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor 
Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?
  • Kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh
  • Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar 
  • Jangan menghantar anak-anak yang sakit ke sekolah, taska, tadika, nursery dan sebagainya, kuarantin di rumah
  • Tutup mulut ketika bersin dan batuk 
  • Cuci tangan dengan kerap 
  • Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital 
  • Galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah, terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah 
Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti
  • Bayi 
  • Kanak-kanak kecil
  • Warga emas
  • Wanita hamil 
  • Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung . 
Sama-sama kita cegah penularan #InfluenzaA 

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata & Pensyarah Perubatan
Sumber :
1) https://www.healthdirect.gov.au/influenza-a-flu
2) https://www.cdc.gov/flu/consumer/symptoms.htm "

Fuhh memang menakutkan. Harap-harap dapat membantu mengelak dan mencegah sebelum penularan Influenza A ni. 

Jika korang rasa ada simptom-simptom kat atas ni, korang boleh buat Influenza test kat klinik-klinik swasta. Baru ni aku sendiri dah contact klinik yang ada buat influenza test ni. 

2 List klinik yang buat influenza test takat ni aku tau.
  • Poliklinik Ideal Kajang
  • Poliklinik An Nur Bandar Tun Hussein Onn
Better korang call dulu sebelum pergi klinik ni. Sebab aku penah call kata stok Influenza Kit habis. Harga kat Poliklinik An Nur sekali test untuk influeza RM60 tidak termasuk consultation dan ubat. 

Last skali doa yang baik-baik untuk kita semua. Semoga dihindari dari musibah-musibah sebegini. Aminn.. Kalau rasa ada manfaat boleh la share artikel ni. 

Friday, February 16, 2018

Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar

Sebut laksa je, Kuala Kangsar (kualer) antara yang terkenal dengan makanan laksa ni. Laksa kualer kome.. Aku sendiri dah experience banyak tempat kalau nak pekena laksa kat kualer ni.. Antara yang aku pernah pergi dan citer dalam blog, Laksa Lubuk Merbau Kuala Kangsar dan Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar. Yang lain aku macam kat Lori Laksa Zimbo, kat pusat penjaja bawah lembah tu aku belum cerita lagi. 
Jadi kali ni aku nak cerita Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar. Fuhh dah berkurun aku peram dalam draft tak setel-setel lagi mengarang haha. Terletak sekitar Sayong Kuala Kangsar, tak jauh dari Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah Kuala Kangsar.
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Tudiaa, ini la Laksa Deris Telur Goreng (telur dadar) Kuala Kangsar. Fuhhh mantap gak ada kelainan, aku yang bukan peminat tegar laksa ni pun boleh abiskan sepinggan laksa ni. Kuah pun kaw, itu yang aku suka. Perghh terliur pulak tengok Laksa ni.. rasa macam nak repeat je. 
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Sekitar kawasan kedai Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar.
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Kedai sangat simple dan klasik. Tengok dari luar macam takde orang tapi masuk dalam ramai orang rupanya haha.

Lempeng Pisang Laksa Deris Kuala Kangsar

Apa yang menarik lagi kat kedai Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar ni, ada lempeng pisang. Perghh lempeng pisang ni memang laku abis. Brapa kali pergi asyik abis je. Asal lambat je abis, asal abis je mesti lambat sampai la tu haha.. Antara Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar ni. Tebal padat dengan isi kelapanya lagi..

Lempeng Pisang Kuala Kangsar
Lempeng Pisang Kuala Kangsar
Lempeng Pisang Kuala Kangsar
Lempeng Pisang Kuala Kangsar
Tudiaaaa memang terangkat la. Makan pulak panas-panas kat sana. Korang tau kenapa laku abis, bukan sebab sedap je, harga baru RM1 je sekeping ni. Lambat melepas la yop.. 
Minuman signature kat Laksa Deris ni, Air cincau gula hitam special.. 

Okeh macam biasa, possing dulu sebelum makan. Bhahaha.. Jemput makan ya semua.. Okeh kalau rasa teringin nak cuba korang boleh waze Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar ni. Atau korang tengok video bawah ni. Aku ada buat short vlog dalam Channel Youtube aku kalau nak pergi makan laksa deris ni. 
Waktu operasi aku lupa nak tanya. Tapi kalau tutup tu sebelum Maghrib la. Kalau lambat-lambat nak datang, risau abis je. Selain laksa dan lempeng pisang ada Char Kuey Teow. Tunggu nanti nak aku try Char Kuey Teow tu pulak. Okeh selamat mencuba..

Jangan lupa Subscribe Channel Daus Redscarz untuk video-video akan datang. 

SMALLTREE SDN BHD DILANTIK SELAKU PENGANJUR WORLD MISS UNIVERSITY PERINGKAT NASIONAL DAN ANTARABANGSA YANG KE 29

Putrajaya, Malaysia, 12 Februari 2018 – World Miss University Peace Service Corps Foundation telah melantik Smalltree Sdn Bhd selaku Penganjur Program World Miss University Peringkat Nasional dan Antarabangsa bagi kali yang ke-29 di Upacara Mendatangani Perjanjian Persefahaman yang diadakan hari ini di hotel Le Meridian, Putrajaya. 
Di majlis tersebut, MoU Persefahaman telah di tandatangani diantara Pengerusi Smalltree Sdn Bhd, Dr. Dzulfakar Abdullah dan Pengerusi Yayasan World Miss University Peace Service Corps, Seungmin Lee. Di majlis itu juga menyaksikan Smalltree mengumumkan secara rasmi tentang penganjuran mereka terhadap program yang bertaraf dunia ini – World Miss University 2018

Dr Dzulfakar Abdullah, selaku Pengerusi Smalltree Sdn Bhd, yang juga merangkap Pengerusi World Miss University Malaysia National Organizing Committee menyatakan, “Kami amat berbangga kerana telah dilantik selaku penganjur rasmi eksklusif dari Yaysan World Miss University Peace Service Corps untuk menguruskan penganjuran program World Miss University edisi ke 29. Acara yang bakal melibatkan pelbagai pelajar universiti seluruh dunia ini bertujuan untuk menyebarkan mesej keamanan dan kecintaan di seluruh dunia dan ianya memberi peluang untuk masyarakat global menghargai keamanan sedunia dan mempromosikan persefahaman sejagat. Kami amat berbangga dan terharu diberi peluang bekerjasama dengan organiasi yang dikenali di medan antarabangsa ini. “ 

Sementara itu, menurut Pengerusi Yayasan World Miss University Peace Service Corps pula, “Kami juga berasa teruja dengan kerjasama yang kami telah meterai bagi penganjuran di sini untuk kali pertama seumpamanya di Malaysia. Program ini adalah acara untuk memupuk sikap cintakan keamanan dan dijalankan setiap tahun oleh pelajar universiti wanita dari universiti universiti terkemuka dunia yang menggabungkan kebijaksanaan, sikap terpuji dan tahap kesihatan yang maksima. Matlamat untuk program ini adalah untuk mencapai keharmoniaan dan menghormati perbezaan agama, ideologi, bahasa, warna kulit, kebudayaan dan perkara perkara lain juga.

Melalui perjanjian persefahaman ini, kami mengharap untuk lebih berjaya menarik minat dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai kumpulan sasar wanita yang hebat di luar sana untuk turut serta dalam program ini”.

Turut serta di dalam Majlis tersebut adalah Park Keum Rye, Pengerusi World Miss University Korea, Bak Du-Ik, Penasihat World Miss University Malaysia, Hussaidi Hussin, Pengarah Urusan Smalltree Sdn Bhd dan Claudia Moras Baez, Pemenang Utama World Miss University ke-28.
L-R: Sao Tomrongpich, 3rd Runner Up (Cambodia), Daniela Gods Romanovska, 2nd Runner Up (Latvia), Claudia Moras Baez, Winner (Cuba), Denise Huerta, 1st Runner Up (USA), Katarzyna Weronika, 4th Runner Up (Poland)

Pencarian untuk wakil Malaysia yang akan bermula pada bulan May ini akan menjadi program yang pencarian World Miss University peringkat Malaysia yang pertama. Kemuncak program bagi mencari pemenang bagi negara Malaysia akan berlangsung pada 26 Julai 2018. Program ini bakan menyediakan platform terbaik untuk syarikat syarikat tempatan yang berminat dengan program melibatkan pengukuhan wanita memandangkan program ini mengiktiraf and menonjolkan bakat, kebijaksanaan selain kecantikan pelajar pelajar universiti di Malaysia yang bakal mendapat pengalaman di tahap antarabangsa. 

Di sepanjang penganjuran program ini, dijangka lebih dari 100 pelajar wanita dari universiti seluruh dunia akan bertanding bukan sekadar kecantikan luaran sahaja tetapi lebih penting kemahiran intelektual mereka, personaliti yang menarik disamping nilai nilai kemanusiaan yang tinggi. Pemenang dari pertandingan ini kelak akan diberi penganugerahan dan menjadi duta kepada World Miss University Peace Corps, dan menjadi wakil di dalam mewujudkan persefahaman masyarakat sedunia dan wakil keamanan di dalam menyebarkan mesej keamanan dan kesejahteraan global 

Kemuncak bagi Program World Miss University Peringkat Antarabangsa yang ke-29 akan berlangsung pada 28 November 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai World Miss University ke-29, boleh layari www.wmu.malaysia.com