Cosmoderm

cosmoderm

Monday, July 17, 2017

Promosi ke Langkawi dengan Traveloka App

Assalamualaikum korang semua, dah ada perancangan untuk pergi bercuti ? Korang tau tak ada tips untuk bercuti dengan lebih menguntungkan? Ni aku  nak bagitau ni, selain cari hotel yang murah, korang juga perlu bijak mencari promosi-promosi yang mengancam macam promosi yang tengah hangat dijalankan oleh Traveloka. Bayar murah tapi puas hati. 

Ada yang merancang nak pergi Langkawi tak ? Pada korang yang teringin atau merancang pergi berjalan ke Langkawi, pulau yang paling terkenal dan popular di Pantai Barat Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi yang paling menguntungkan. Bukan setakat hotel, sekali dengan penerbangan diskaun sebanyak RM188. Korang yang tak pernah sampai tu, masa ni la rebut peluang sementara harga promosi. 
Promosi Traveloka kali ini menawarkan diskaun sebanyak RM50 (jangan lupa masukkan kupon SEAFLYLGK) dengan harga flight minimum sebanyak RM150. Lepas dah beli tu korang akan dapat email kod potongan harga hotel pula sebanyak RM138 dengan minimum harga hotel sebanyak RM300 untuk 2 malam.

Boleh la korang plan percutian sepanjang 3 hari 2 malam ke Langkawi dengan jumlah potongan harga sebanyak RM188. Perghhh jimat kan! 

Lain-lain syarat untuk potongan harga hebat Traveloka ni.
  • book penerbangan ke Langkawi hanya menggunakan Traveloka App
  • Booking period ini hanya untuk masa terhad je!
  • Booking period flight : 21 Julai (Jumaat) - 23 Julai (Ahad)
  • Booking period (hotel): selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
  • Travel period : Anytime! 
Book dulu, travel anytime.....

Best ke pergi Langkawi? Mestilah best. Banyak aktiviti yang menarik boleh dibuat kat sana walaupun dah pergi berkali-kali. Keindahan pantai, keunikan pulau-pulau yang ada di sekitarnya dan air laut yang jernih yang menjadi tarikan pengungjung dari dalam dan luar negara.

Bagi orang Malaysia, aku rasa memang suka shopping coklat, pinggan mangkuk, gamat dan lain-lain sebab Langkawi pulau bebas cukai. Tapi banyak lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh explore dekat Langkawi.
Antara aktiviti lain yang korang boleh buat ialah island hopping. Aku suggest korang ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Payar. Pulau Payar ni antara pulau terbesar di Langkawi. Pulau Payar ni adalah salah satu syurga snorkeling bagi peminat hidupan laut. Selain menikmati pemandangan yang cantik, kat sini la aku rasa korang dapat tengok baby shark berenang-renang di kaki korang. Kat pulau-pulau lain boleh nampak jugak tapi korang kena berenang dalam sikit. Kat sini tepi-tepian pantai je dah boleh tengok.
Pulau Dayang Bunting ni ada tasik yang sangat cantik. Kononnya, jika ada masalah kesuburan, mandi-manda kata sini sebagai cara untuk berubat. Macam-macam versi cerita yang aku dengar. 
"Salah satu yang aku ingat, pasal seorang puteri kayangan nama Mambang Sari dan Mat Teja yang jatuh cinta pada puteri tu. Demi memikat Mambang Sari, Mat Teja kena dapatkan air mata duyung dan sapukan pada muka dan leher (dah macam minyak pengasih pulak). Mambang Sari ni melahirkan anak, tapi anak dia tak panjang umurnya. Mambang Sari semadikan dekat tasik ini. Lepas tu Mambang Sari balik ke kayangan semula, tapi sebelum tu dia sempat bacakan jampi untuk penawar kepada sesiapa yang mempunyai masalah mendapatkan anak. Itu mitosnya la. Percaya jangan, dengar boleh. Pulau ni juga jika dilihat menyerupai bentuk seorang wanita hamil yang tengah baring. Apapun, pulau ni memang cantik dan tak rugi untuk datang tengok sendiri."
Bila ke langkawi ni, jangan lupa juga untuk jalan-jalan tepi pantai yang cantik macam Pantai Tanjung Rhu. Air yang jernih dan pasir pantai yang halus, sangat best untuk bersantai-santai dan menikmati udara laut. Pantai Tanjung Rhu ini juga dikatakan antara pantai tercantik oleh CNN.

Kalau nak tengok matahari terbenam pula, pegi la ke Pantai Tengah. Kat sini tak sesibuk Pantai Cenang dan banyak aktiviti sukan air macam jetski dan parasailing sementara nak tunggu petang dan menikmati pemandangan matahari terbenam yang cantik.
Nak mencabar lagi korang boleh naik kereta kabel atau cable car. Sebenarnya aku tak pernah naik lagi. Ni yang buat aku nak repeat lagi. Jom Langkawi, sapa nak teman aku..haha..
Jadi sapa-sapa yang ingin berjalan, melancong, short trip ke Langkawi, cepat-cepat set reminder untuk dapatkan promosi yang menarik ni. Harga yang ditawarkan di Traveloka jauh lebih murah, malah lebih murah dari Matta Fair. Traveloka App adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan sebanyak 15million muat turun. Download la Traveloka App sekarang atau layari laman web Traveloka untuk promosi berbaloi-baloi ni

Taknak ke Langkawi? Check je destinasi pilihan lain di https://www.traveloka.com/en-my

Sunday, July 16, 2017

Pie Face Challenge Malaysia Akif vs Aliah HD

Selepas buat video Bean Boozled ChallengeRamen Challenge Malaysia, Mario Kart 8 Challenge, kali ni Akif dan Aliah muncul lagi dalam challenge terbaru iaitu Pie Face Challenge. Game Pie Face Challenge ni memang game yang sangat mendebarkan. Aku tak tau nak panggil nama game ni apa, game slap atau game tepek kat muka. Haha, jadi untuk game ni, Akif dan Aliah kena main guna pakai whipped cream. Kalau takde tu boleh pakai tepung ke, atau mayonis ke..Haa, whipped cream tak include dalam Pie Face box ni. So kena beli sendiri la. Mahal siot whipped cream ni.. 

Apa rules game Pie Face Challenge ni ?
Kena kumpul sampai 25 point. Sapa terlebih dulu dapat 25 point dulu dia menang. 

Macam mana nak dapat point ?

Okeh dalam box ada include sekali dengan spinner nombor. Jadi korang spin la untuk dapatkan nombor. Dah dapat nombor then korang pusing handle pie face tu ikut nombor yang korang dapat. Nampak Akif pegang handle tu. Kalau korang selamat dari Pie Face maka korang akan dapat double point dari nombor korang spin tadi. Kalau kena pie face maka korang dapat 0 point. 

Kalau citer kat sini macam tak faham je kan, jom layan video.... 
Pie Face Challenge Malaysia Akif vs Aliah HD

There will be more Video Challenges coming your way, so stay tuned..Give us big thumb up, comment and SUBSCRIBE our channel.... so you wont miss it. 

Thursday, July 13, 2017

Champs Malaysia memperkenalkan MY CHAMPION Mobile Application

Zaman kecik-kecik dulu pernah tak korang bercita-cita nak jadi doktor ke, jadi peguam ke, jurutera ker ? Tercapai tak ? Aku dulu bercita-cita nak jadi pegawai bank namun tersasar jauh. Aku sedar kat mana silapnya, aku malas belajar dulu, lagi satu kita kurang pendedahan dan kurang pengetahuan tentang perjalanan menuju kerjaya ni. Tapi apapun sekarang dah macam-macam cara nak lead kita mencapai cita-cita kita. Mahu tak mahu je. Dan sekarang ni kita tak nak benda begini berlaku pada anak-anak. Bagaimana nak kenal potensi anak-anak dalam membentuk kerjaya mereka nanti. Setiap anak-anak kita pasti ada cita-cita dan minat masing-masing. Di samping guide ibu bapa dan ajaran dari sekolah terdapat pelbagai cara lain. 
MY CHAMPION Mobile ApplicationLaunching MY CHAMPION Mobile Application antara CCM PHARMACEUTICALS dan WATSONS MALAYSIA

Antaranya baru ni, CHAMPS (CCM PHARMACEUTICALS) dengan kerjasama WATSONS MALAYSIA telah melancarkan sebuah mobile application berbentuk educational dipanggil aplikasi MY CHAMPIONAplikasi yang direka khas untuk terokai potensi kerjaya untuk anak-anak. Sangat interaktif dan menyeronokkan. Sangat sesuai untuk anak-anak berumur dari 7 hingga 12 tahun.
MY CHAMPION Mobile ApplicationMajlis pelancaran turut dihadiri oleh murid-murid dari SK Kampung Jawa. 

Objektif utama aplikasi ni bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan mengenali bakat serta potensi anak-anak untuk mencapai cita-cita. Bermain permainan uji minda bersama-sama ni dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Saling berinteraksi antara satu sama lain.

Menarik kan ?? Haa, tunggu apa lagi, jom la download. Kat mana nak download apps ni ? Korang boleh download aplikasi MY CHAMPION ni di APP STORE dan GOOGLE PLAY secara percuma. Aku yakin ibu bapa sekarang ni ada telefon pintar dan anak-anak dah mahir menggunakan telefon pintar ni. 
MY CHAMPION Mobile Application
CHAMPS jenama terkenal multivitamin untuk kanak-kanak. Mother's Choice for Champions

MY CHAMPION MOBILE APPLICATION | APLIKASI MY CHAMPION
Macam mana nak mulakan Application ni..
HOW TO SIGN UP
MY CHAMPION Mobile Application
Korang sign up dulu guna email atau melalui akaun facebook. Kalau korang tak sign up still boleh main tapi takde reward.
Contoh sign up

MY CHAMPION Mobile Application
Macam biasa akan ada confirmation email untuk aktifkan link email akaun. Lepas aktifkan link, akan keluar paparan seperti dibawah ni.

HOW TO PLAY
MY CHAMPION Mobile Application
1. NEW GAME

Ok, mula-mula nak main pilih NEW GAMETerdapat 5 kerjaya dalam aplikasi MY CHAMPION | Doktor, Ahli Sukan, Selebriti, Juruterbang dan Chef. Jadi pilihan di tangan anak-anak atau ibu bapa untuk buat pilihan. Tengok mana yang dorang minat. 

2. SELECT AMBITION | Pilih kerjaya 
MY CHAMPION Mobile Application
Sebagai contoh aku pilih Athlete
MY CHAMPION Mobile Application
3. PLAY BY STAGE
Terdapat 5 stage dan terdapat 5 kategori soalan untuk dijawab sampai habis.
Stage 1 : General Knowledge

Contoh-contoh soalan. Setiap stage ada 10 soalan untuk dijawab. DAN korang akan di beri masa 20 saat untuk menjawab setiap soalan. Setiap jawapan pertama yang tepat, dapat 100 point, kalau jawab kali kedua baru betul dapat 50 point. Kalau salah dua-dua pilihan atau tamat masa jawab korang dapat 0 point. 

4. ANSWER THE QUESTION GIVEN
MY CHAMPION Mobile Application
MY CHAMPION Mobile Application
MY CHAMPION Mobile Application
MY CHAMPION Mobile Application
FUHH nampak tu, hebatnya aku main.. Ehhh ini cuma contoh saja. Nak bagi korang faham permainan dia. 
MY CHAMPION Mobile Application
Selesai 5 stage aku main. Maka dengan point-point terkumpul, boleh claim reward !!
MY CHAMPION Mobile Application
Alhamdulillah, menang E-Voucher code sebagai reward. Ni aku baru main-main je. Next time pulun lagi.. 

5. Win E-Voucher code as REWARD
MY CHAMPION Mobile Application
Nah reward untuk aku. Lagi banyak point dapat lagi banyak tinggi nilai rewards. Good luck, benefit kalau dapat reward tinggi boleh checkout vitamins watsons banyak-banyak dengan claim reward tu. Menarik kan ! Sambil belajar dapat kumpul reward. Mak-mak mesti suka.. Jimat duit beli vitamin.. 

HOW TO CLAIM REWARD 
MY CHAMPION Mobile Application

Kalau siapa biasa beli barangan online, ikut step yang bagi kat atas ni mudah sangat. Apapun korang boleh lawat website Watson Malaysia untuk maklumat lanjut. 

Jommm download sekarangggg... 

Friday, July 7, 2017

Miang Kham antara makanan terkenal di Thailand

Miang Kham ! Pernah dengar tak? Aku sebenarnya first time dengar. Makan apatah lagi.. Tom yam aku tau la haha. 
Apa tu Miang Kham ?

Miang Kham ni sejenis makanan dari Siam @ Thailand. Baru ni member aku balik dari Utara tapaukan Miang Kham untuk aku. Idok la aku tau macam mana nak makan benda ni. Dah alang-alang dia belikan aku kena makan gak la. Rugi oo tak makan. 

Rupa-rupanya Miang Kham ni memang famous kat Siam, Thailand.  Kalau kat Siam, Miang Kham ni dinikmati sebagai pembuka selera. Korang tengok bungkusan kat bawah ni. Ni la Miang Kham. Ini yang kita tapau la, kalau makan kat kedai tu lain la cara hidangan dia. 
Apa yang ada dalam bungkusan Miang Kham ni :-

Daun Kaduk

Bawang merah
Cili padi
Kacang tanah goreng
Limau 
Kerisik (Kelapa)
Udang kering
Halia
Sos Miang Kham (Wajib ada)


Tengok macam pelik je kan. Makan mentah-mentah gitu je. Tapi selepas aku rasa, perghhh sedappp. Rasa macam tak cukup je sepeket ni. Cara nak makan Miang Kham ni, korang ambik daun kaduk tu, lepas tu letak semua bahan-bahan atas daun kaduk, kemudian lipat-lipat daun kaduk tu. Pastu makan !! Macam makan sirih.. Jom tengok aku buat food tasting kat youtube. Kat situ leh tengok cara makan Miang Kham ni. Layann...


Nampakkan betapa sedapnya mengunyah Miang Kham ni... Korang cuba la, tapi nak kena cari kat Restoran Thai la. Itupun kalau ada jual. Kalau takde tengok je la. Hehe..



Apapun jom support dan SUBSCRIBE Channel Youtube aku, tinggalkan komen dan Share video kalau menarik.. banyak lagi video-video akan datang. So stay tuned !

Youtube Channel : Daus Redscarz
Youtube Channel : Daus Redscarz
Youtube Channel : Daus Redscarz

Wednesday, July 5, 2017

Pengalaman pertama kali membakar lemang sempena Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum, salam Syawal, maaf zahir dan batin. Macam mana raya ? Meriah ke so-so je ? Apapun semoga semuanya bergembira di hari mulia ni. Aku ? Ok je, biasa-biasa saja cuma tahun ni aku nak rakamkan kenangan pertama kali bakar lemang. Dah bertahun raya tapi belum pernah bakar lemang sendiri. Kalau teringin tu beli je..

Akhirnya tahun ni berjaya gak bakar lemang.. Walaupun penyediaan tu bukan aku yang buat tapi secara teori aku tau. So tugas aku bakar lemang.. 8 batang semuanya. 4 batang lemang biasa, 4 batang lagi lemang jagung.
projek raya bakar lemang
Bagi aku tugas membakar lemang ni lebih mencabar. Kena pandai bermain dengan api.. haha. Yang biasa main api ni mesti terror kan..

Seawal jam 2.00 petang, hari last bulan Ramadan. Bersiap-siap untuk bakar lemang. Cuaca panas terik, fuhh menduga gilerr.. kali pertama nak bakar lemang plak tu. Tapi serius cakap nak sediakan tempat bakar lemang lagi mudah dari tempat bakar ayam ke bbq ke.. Sekejap je aku pasang dah siap. Dengan api sekali petik terus menyala dan menyalaaa...
projek raya bakar lemang
Maka bermula proses mengemudi api.. Berpeluh-peluh aku, apabila bahang api dan bahang matahari bergabung.. Meletupp !! Tertengok plak anak kecik ni minum air sunquick sejuk.. Ya ampunnn sabar je la... 

Patut la bahang nak hujan rupanya petang tu.. 
projek raya bakar lemang
Siap berpayung lagi aku.. Syukur hujan renyai-renyai je, masih boleh la meneruskan #projeklemang ni. Haha...
Hampir 2 ke 3 jam meredah bahang, akhirnya siap dan terlajak siap lemang aku.. 
projek raya bakar lemang
Perghh yang rentung ada, keras macam batu pun ada, yang jadi pun ada.. 4 batang yang pertama tu kira cuba try testing la.. Suku batang je yang tak boleh makan. Bahagian atas tu boleh makan. 

Untuk 4 batang trip kedua tu menjadi semuanya, alhamdulillah.. 
projek raya bakar lemang
Lemang jagung
projek raya bakar lemang

Lemang biasa
Yang menjadi je aku tunjuk.. Bhaahaha yang tak jadi tu bagi ayam makan. Silap-silap tercekik ayam nak telan. Hahaha... 

Kesimpulannya, kalau beli lemang kat tepi jalan ke, harga sebatang tu RM15-18 tu, tak yah la nak minta kurang. Kau tak tau seksanya bakar lemang tu.. Fuhh terbako rasanya.. Tambah dorang bakar bulan puasa. 

Apapun #projeklemang mungkin akan diteruskan pada masa akan datang kemahiran tu tak pupus.. 

Okeh, selamat hari raya.. #rayakansebulan