Thursday, February 27, 2014

AH-1 COBRA | MILITARY HELICOPTER 3D PUZZLE | Hadiah Harijadi

AH-1 COBRA - MILITARY HELICOPTER 3D PUZZLE

Akif Danish dapat hadiah 3D Puzzle dari Pakcik Lan... Wah Helikopter tu, best la.. 
Tapi babah dia yang main. kekekeke
Jom pasangggg.... 3D puzzle ni. 
Manual ada dalam ni tapi kalau budak bawah 6 tahun payah gak pasang ni.

Haa semua ni la yang nak diassemblekan nanti. Agak-agak rumit tak? Sikit ar...





Korang tengok hasilnya... MANTAP!!....

Sama besar dengan Akif..... 

Besar jugak benda ni. Ingatkan kecik je. Memang sesuai kalau nak buat display. Kumpul bebanyak...
Kalau nak tanya lanjut gi tanya kat blog Pak Cik LAN
20% Okey... 
Larikssssssssss.....................

Tuesday, February 25, 2014

Give Away | 15 T-Shirt Untuk dimiliki !! Siapa yang BERTUAH!

http://marqiscareno.blogspot.com/2014/02/give-away-birthday-akiff.html
Mari Mari Mari.... Member aku Abah Careno tengah buat GA ni..
"Give Away Birthday Akiff"

Ada 15 helai T-Shirt untuk dimiliki.. Siap boleh custom lagi. Boleh letak gambar korang kat T-Shirt tu. Perghhh sapakah yang beruntung tu?

KLIK Banner kat atas tu untuk JOIN GA. 
Good Luck!! 

Birthday Akif Danish 5 Tahun | Tema LEGO

23 Februari 2014 Birthday Akif Danish yang ke 5 tahun. Tema kali ni berasaskan LEGO. Amboi kemain siap bertema-tema yer. Sebelum ni takde tema-tema pun. Lagipun musim lego sekarang ni try la kelainan sikit. Comel tak kek Akif? Bentuk Lego. 
Fondant Cake ditempah khas dari kakak ipar Dunia Kek Ku 
Buat birthday party simple dan ala kadar je. Jemput family-family je, kawan-kawan Akif 2,3 orang.. 
Lagipun last minit plan.
 Military Lego + Superhero Lego
Nama pun tema Lego, so hiasan, gift, kek, baju, semua lego.
 Gelagat Akif Danish sebelum acara Tiup lilin... tak sabar betul gayanya.. Slalu tolong tiup lilin birthday sepupu dia. Semalam excited sangat sampai lagu Hari jadi tak abis lagi dah tiup lilin. Kelakar la budak ni.. 
 Kawan-kawan dan sepupu Akif...

Haa, ni lah BFF Akif, Muhammad Hadif. Umur dia 6 tahun..
Semoga Akif menjadi seorang anak yang Soleh dan berjaya dalam hidup.
Semoga Akif sentiasa dilindungi dan diberi kesihatan yang sempurna.. Amin..

Monday, February 24, 2014

Video Re-Shoot | Makin Menggigil Atau Sebaliknya?

"Aim panggil shoot semula" kata Ujang dalam Whatapps.. Antara nak atau tidak? Pahal nak shoot balik ni? Gigil pun ada Excited pun ada. Hurmm.. Tarikh leh set sendiri tapi A.S.A.P. pulak. Aku setuju jelah haha. Peluang orang nak kasi. 

Kali ni shooting start pagi so takde la rushing sangat. Tiba dilokasi lepak-lepak sarapan dulu. Masa ni dah tak janggal sangat dah sebab dah kenal dengan tuan Director Aim Dot Dot | Oh Media Senior Editor

Sama macam hari tu jugak kami bertiga, Aku, Ujang dan Mieza.. 
Tacap-tacap dulu muka banyak minyak ni. Maklum la naik moto dari cheras ke Gombak penuh asap kenderaan kat jalan.

Prebiu !!

Kemain  photoshoot pulak.. Yelah dah abis shooting lega rasanya.. Hahaha.. .
Mieza in Action, macam biasa skrip sama scene sama !!  
Bos/Pekerja kejar pangkat!

Amboii Ujang, kemain dia ni. Lagak macam nak ber'Kempen' wakakaka...
Tau la buka kompeni sendiri..

Apapun shooting kali kedua ni nampak lebih yakin. Serius aku cakap nerves tu masih ada lagi tapi berjaya dihandle. TAKE pun tak banyak macam yang mula-mula hari tu. Apapun dapat tambah lagi pengalaman. Seperti biasa Tuan Director memang mantap. 

Tunggu jelah videoklip tu nanti. Jeng jeng jeng....

Saturday, February 22, 2014

Aku & Toy | KFC Chicky Meal Doraemon Complete Set | Pocket Stationery

 
 KFC Chicky Meal  FREE Doraemon Pocket Stationery Toys Collection

Tadi balik kerja aku singgah KFC, aku pergi beli Doraemon toys. Nak completekan aku punya set. Baru prasan pulak rupanya koleksi Doraemon KFC Chicky Meal ni rupanya ada alat tulis (Pocket Stationery) yang tersembunyi. Terang-terang tulis Pocket Stationery boleh aku tak prasan. Ahakss
1. Doraemon Smart Ruler
2. Doraemon Power Protactor
3. Doraemon Crazy Crayon
4. Doraemon Super Stencils
Comel kan bila reramai macam ni.. Hihi. Mula-mula aku tak kenan sangat pun dengan doraemon ni tapi bila anak aku yang nak sangat terpaksa la beli, tu pun wife aku yang belikan. Bila bawa balik rumah comel la pulak. Tu yang aku terus pergi beli kawan-kawan doraemon yang lain tu.
Aku beli toys dia je tak beli pun Set Chicky Meals tu.. Harga toy sebiji RM4.50

Friday, February 21, 2014

Akif Danish | Anak Aktif Anak Genius

Semalam wife aku beli karpet untuk anak aku, nak letak kat bilik dia. Karpet tu ada gambar lanskap.
Anak aku memang excited sangat, dok mengadap la karpet tu. Dipunggah segala mainannya main atas tu. Korang tengok apa dia buat. Mula-mula aku tak prasan. Lepas wife aku tangkap gambar baru aku prasan.

Bersepahkan?.. Agak-agak apa dia nak buat? Hmmm..............


..... Kat parking siap ada kereta parking, basikal la, van la
 (yang ni biasa je ).. Meh Tengok!!. Yang  rare, lego kat atas tu.. Kat situ ada Construction!!. Wow... Real imaginasi dia. Atas jalan tu ada lego panjang(merah) haa yang tu sama la macam kat jalan sekarang ni. Kon segiempat merata-rata. Terbaek la.. Genius Imaginasi.
Anak aktif ni daya pemikiran dan imaginasi dorang memang power.

Wednesday, February 19, 2014

Tuesday, February 18, 2014

Galeri Arkib Aku | Juara Bolasepak Piala Datuk Taib 2001

Galeri Arkib Aku
Juara Bolasepak Piala Ketua Menteri Sarawak 2001
Lebih 10 tahun yang lalu.. Ketika ini wakil pasukan Kuching..
 Pernah beraksi bersama Reeshafiq Alwi masa tu. Sekarang dia dah main untuk Sarawak. Bangga sekejap. Agak-agak dia ingat aku ke tak? Haha..

Lor tadi nak cerita pasal lain, terlajak pulak. Lepas ni nanti Piala ni tak dipanggil Piala Datuk Taib dah la.. (Taib dah letak jawatan) Mungkin Piala Adenan? Apapun majulah sukan bolasepak Sarawak. Ramai player bagus-bagus. Carilah mereka di pedalaman bukan di bandar saja.

Monday, February 17, 2014

Suriyavarman Naidu & Yentu Windey 's Wedding | 15.2.2014 | My Youngest Sister

 
 
[Preview Photo]
 
Congratulations to both of them.. May God Bless ya... 
May this marriage remain till the end of life..

Sunday, February 16, 2014

Cerita Arnab dengan Kura-kura | Kepada yang rasa HEBAT sangat!

Apa yang korang ingat pasal cerita Arnab dengan Kura-kura ni? Lumba lari? Arnab tertewas dengan kura-kura? Macam tak logik je arnab kalah kan kan... Kali ini lain pulak ceritanya.... Layannn...
video
Moral of the story?

Respect | Tribute kepada Penyokong Bolasepak Sarawak

Komen dari facebook Pahang & Sarawak Fan pada TRW Social and Online Media. Both side saling memuji fan-fan Ngap Sayot. Mungkin ada benarnya. Menang atau kalah tetap satu hati. Tak perlu nak berbalah-balah kan. Semoga fan fan Sarawak terus menjadi contoh yang baik.
#GB13 #DistrixTigaBelas #NgapSayot #BujangSenang #Sarawak #EncangSarawakEncang

Thursday, February 13, 2014

Bumbu Desa | Restoran Indonesia | KLCC

 
 Restoran makanan Indonesia |Bumbu Desa |KLCC
Teringat kenangan bercuti ke BALI tahun lepas bila bertandang ke sini tadi.
Masakan Sunda ada, Masakan Padang ada dan juga masakan melayu pun ada jugak.
Teringat sajian Ikan terbang yang femos kat Indonesia | turut menjadi sajian utama kat sini. 
Ikan talapia goreng, tempe goreng, paru goreng, kerabu mangga....
 
 Udang masak merah, kari ayam, kailan goreng, terung masak sambal cili....
 Ni aku zoom kasi dekat lagi...
Meh tengok gambar ikan terbang yang aku ambik kat Bali hari tu.. KLIK SINI
Lain sikitkan bentuknya.. tapi rasa lebih kurang je.
Boleh tahan kenyang makan kat sini. Tapi ongkos guer tak tau, orang blanja, aku makan je. Hehehe.. Kalau teringin nak cari makanan Indonesia kat KLCC, boleh la try kat sini. Enak enak aja bisa cuba..