Wednesday, November 4, 2015

Pretz N Beanz Cafe | Rasa kelainan Pretzel dan Pizza

Pretz n' Beanz Cafe| IKANO (IPC)
Selama ni aku pergi IKEA tak prasan plak cafe ni. Padahal selalu je pergi IKEA. Hehe. Mungkin aku masuk dari entrance parking IKEA kot, tu yang tak prasan. Tapi kalau masuk dari Ikano pasti akan terserempak dengan cafe ni dulu. Betul-betul depan link nak ke IKEA. Pretz n' Beanz baru beroperasi Julai 2014. Oo baru lagi, patut tak jumpa hehe. Sekarang dah jumpa boleh singgah-singgah la sini nanti. Ada dua cawangan. Satu kat sini Ikano Power Center (IPC) dan satu lagi kat Solaris Mont Kiara. 
Betul-betul depan link ke IKEA dari IKANO POWER CENTER (IPC) 
Apa yang menarik perhatian aku, hiasan dan susunan dalaman cafe yang menarik dan kreatif. Ruang-ruang yang sangat selesa dan tidak serabut. Kalau bawa family pun rasa selesa.
Cafe ni menyajikan Pretzel dan Coffee sebagai sajian utama. Kalau teringin nak kelainan pretzel boleh try kat sini. Pasti korang tertawan. Lembut dan sedap!! Selain Pretzel ada ada pizza, spagetti, cake & pastry.. Pasti korang tak menyesal datang sini. 

Meh nak share antara favourite dan menu utama kat sini. 

Pretzel
Pretzel Basil Cheese - RM7.50
Pretzel yang paling diminati dan repeat order oleh pengunjung. Memang sedap dip pulak dengan sos dia. Dimakan tidak kira waktu, nak breakfast ke, lunch ke, tea break ke memang sangat sesuai. 
Pretzel Pizza
Pretzel Pizza Hawaiian Chicken 10" - RM22.15
Antara pizza yang terdapat kat sini. Pizza dari Pretz ni jugak lembut dan sedap. Terasa kelainan dari pizza-pizza tempat lain. Masih lagi lembut walaupun dalam keadaan dah sejuk. Yelah kalau lepak lama-lama mesti pizza akan jadi liat kan sebab dah sejuk. Tapi yang ni still boleh dikunyah macam biasa. Haha.. Tak caya sila try...

Pretz n' Stew
Green Curry Chicken - RM17.90
Pretz n' Stew !! Haa ni menu yang paling sedap dan sedap sangat bagi aku.. Sangat-sangat recomended. Bila aku cicah je pretzel dia dengan green curry tu, fuhh.. rasa nak cicah dan cicah lagi. Perghh masih terasa kat mulut. Nyummm.. Pretz n' Stew ni rasanya tak pernah lagi jumpa kat mana-mana cafe. Ni cafe pertama yang buat menu ni. Wajib cuba.
House Blend
Green Tea Latte - RM11.90, Caffe Mocha - RM12.00, Caffe Green Mint Mocha - RM13.90

Ni antara menu favourite house blend Pretz n Beanz. Yang sangat direcommended  | Green Tea Latte. Memang halus dan sedap. Lagi satu dia punya presentation tu yang buatkan aku bertambah selera nak minum. Lepak dengan secawan kopi. Slrrrppp!!

Cake & Pastry
Volcano Chocolate Cake With Ice Cream - RM 13.65
Alahai.. kalau tak test menu CAKE & PASTRY memang rugi. Dapat Volcano Chocolate Cake with Icecream ni pun cukup lah. Memang memeleh bhaii.. Perghh sedap giler kot. Makan coklat kek dengan coklat leleh dalam mulut. Gilerr terpukau kejap. Kepada peminat coklat ni, aku syorkan wajib cuba. 

Jom jamu mata dengan menu-menu dari Pretz n' Beanz | klik gambar untuk besarkan.
Ada lagi, menu lain, Spageti, filled Pretz lagi. 
Okeh cukup di sini review aku. Dapat makan pretzel dan pizza aku dah kenyang dah. Next time boleh repeat pulak. Ingat nak try kat Solaris pulak. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh riki-riki info bawah ni. 


www.pretznbeanz.com
Facebook : Pretz n' Beanz Cafe
Tel : 03-7732 0175

G23, Ground Floor,
IPC Shopping Centre,
No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Pretz n' Beanz juga ada berkoloborasi dengan FoodPanda. Boleh delivery online. Selamat mencuba dan menjamu. Nanti ingat IKEA ingat la pretzel. 

No comments:

Post a Comment