Cosmoderm

cosmoderm

Sunday, March 26, 2017

Caricature by Lyndon Loo Doodle Malaysia [Video]

Sempena pelancaran kempen "Doodle Your Moment" baru ni, aku berpeluang berjumpa dengan Kartunis, Pelukis, Comics Artist, Illustrator dari Doodle Malaysia. Alhamdulillah dapat lukisan Karikatur | Caricature hasil tangan Lyndon Loo. Seorang pelukis komik dan illustrator. Juga merupakan salah seorang dari team Doodle Malaysia. Cun tak dia lukis. Conteng-conteng je tu. Tak sampai 5 minit siap. Dapat free plak tu.. Ada banyak watak dan kartun-kartun dia ada. Aku pilih Captain America.
Lyndon Loo | Doodle Malaysia
Captain America Cariture by Lyndon Loo 


Video Doodle Your Moment Caricature by Lyndon Loo


Terima kasih dan credit pada Lyndon Loo atas lukisan ini. Semoga bertemu lagi..

Friday, March 24, 2017

Aku dan Kasut !

Sekali tengok dah macam bundle kasut dah? Haha, ini bukan bundle kasut tapi ini rak kasut kat rumah aku. Penuh dengan kasut aku. Aku bukanlah pencinta kasut cuma aku sayang nak buang kasut lama. Itu je. Kasut lama-lama tahan dan elok lagi, tak sampai hati nak buang. Ni belum masuk kasut kerja lagi ni? Yang dipaksa tinggal kat opis, sebab tak muat dah. 

Yang tak best asyik kena bebel dengan orang rumah. Sampai takde tempat dia nak letak kasut. Haha.. Sori.. 
Aku rasa kasut aku paling lama ni ada yang dah berusia lebih 10 tahun. Masih boleh pakai. Kasut futsal aku, dah masuk 7 tahun kot, sampai sekarang tahan lagi masih guna untuk main futsal. Berbaloi. Pakai selagi boleh. Ada running shoes, trail, badminton, weightlifting, futsal, walking, safety boot, leisure.. Aku aktif dalam sukan, kasut kena sesuai dengan sukan apa yang kita main tu. Kalau main badminton takkan pakai kasut running. Ringan dan licin nanti tergolek. Aku bukan beli semua sekali gus. Makan masa gak nak beli, aku bukan orang berduit. Selagi tak urgent aku belasah je kasut apa-apa. Nak masuk trail pun kena kasut yang betul nanti masuk dalam lumpur macam mana? 

Citer pasal kasut ni, ada kisah yang aku tak pernah lupa. Ada tonomen Jabatan, beberapa tahun yang lalu, kiranya aku wakil jabatan la masa tu. Aku beli kasut boot a.k.a kasut bola padang yang ada stud tu.. Aku beli masa tu Nike edisi world cup !, beli semata-mata nak pergi tournament. Lagipun dah lama aku takde boot bola ni. Jadikan cerita aku berjaya sambar sepasang. Tiba hari tonomen tu, dalam 3 perlawanan aku dapat main sekali je tu pun 10 minit saja. Selebihnya simpanan... ko rasa.. sejak dari hari tu, aku jarang guna boot tu. Kasut kalau jarang guna @ tak guna langsung akan cepat rosak. Begitu la boot tu, baru, elok lagi cukup 2 tahun tak berusik, sekali nak pakai koyak sana sini. Hmmm...Kenang yang tak boleh lupa. 

K la tu je citer pasal aku dan kasut. Elok cari rak kasut yang tinggi ni. Nanti-nanti la..

Thursday, March 23, 2017

Pelancaran Kempen Doodle Your Moment di Shell Select

Shell Malaysia telah melancarkan kempen terbaru "Doodle Your Moment" yang merupakan kolaborasi bersama dengan Doodle Malaysia. Abadikan kenangan terindah di Shell Select. Wow, satu inisiatif yang sangat menarik ni.. Kali ni Shell Malaysia bukan saja prihatin terhadap destinasi yang dituju malah inginkan sesuatu yang lebih menyeronokan sepanjang perjalanan menuju destinasi. Aku turut hadir di majlis pelancaran ni. Aku dapat rasakan kelainan dan keunikan kempen Doodle Your Moment ni. 

Tahun lepas, Shell Malaysia berkolaborasi bersama artis-artis tempatan menghasilkan botol water2go edisi terhad. Kempen tersebut berjaya mendapat sambutan dari seluruh rakyat Malaysia. Jadi tahun ni, kempen "Doodle Your Moment" pula menyusul. Pasti lebih menarik.

Semalam (22 Mac 2017) berlangsung majlis pelancaran "Doodle Your Moment" di Shell Kota Damansara. Di sempurnakan oleh Mr. Au Tong Sing, National Sales Manager Shell MalaysiaTrading Sdn. Bhd
“We believe that everyday journeys can be made better when it is spent at Shell Select, which are one-stop havens designed to refresh our customers and alleviate their worries. By collaborating with Doodle Malaysia, we aim to give customers a once-in-a-lifetime opportunity to turn their happy moments into hand-drawn doodles, which they can take away, cherish, and keep,” said Au Tong Sing, National Sales Manager, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd.

Di Shell Select, bukan setakat nak pam minyak je malah ia menjadi tempat rehat "Journey Refreshment" setelah penat memandu. Kita sebagai pemandu kita tau la kan, mengantuk la, stress dengan jem la, tak pun perut tiba-tiba lapar ! Kalau aku time-time macam ni, jumpa pam station kompom aku berhenti. Yang best kat Shell Select ada deli2go boleh singgah minum kopi dulu, rilek-rileks, kembalikan kesegaran sebelum meneruskan perjalanan. Kann.. Ditambah pulak dengan kempen "Doodle Your Moment" yang berlangsung sekarang ni pasti feel lebih lagi. Kita nak rakamkan kenangan terindah di Shell Select. Bagaimana ? Aku explain kat bawah nanti. 

Sempena majlis pelancaran..
Ms. Joey Liew, Retail Operations Manager, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd, Mr. Au Tong Sing, National Sales Manager, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd and Mr. Joari Mohd Jaafar, Shell Malaysia District Manager for central areas, bersama Doodle Malaysia team di majlis pelancaran kempen terbaru Shell Select  – Doodle Your Moment
Ms. Joey Liew, Retail Operations Manager, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd, Juan Villanueva, Concept Artist dan Mr. Au Tong Sing, National Sales Manager, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd meraikan kerjasama antara Shell Malaysia dan Doodle Malaysia dalam kempen terkini Shell Select - Doodle Your Moment.

Antara media-media dan jemputan yang turut menghadiri majlis pelancaran. 

Bersama dengan team Doodle Malaysia, Hebat-hebat mereka ni.. Hasil lukisan dan kreativiti mereka memang luar biasa. 
Fuhhh hebatnya... nampak tak hasil tangan Lyndon Loo | Comic Artist | illustrator. 
Lukis muka aku tak sampai 5 minit. Calit-calit Siap ! 
Ini Doodle aku lukis sendiri masa pelancaran. Comel tak ? Jangan main-main, menang contest ni.. 


Apa yang menarik tentang kempen Doodle Your Moment ni ? 

Okeh bermula 22 Mac 2017 hingga 26 April 2017 ni, pelanggan yang singgah berehat atau membeli barangan di mana-mana Shell Select boleh mengambil peluang sertai peraduan Instagram. Syarat mudah sangat, korang cuma :
  • Tangkap gambar selfie ke wefie di Shell Select tunjukkan keriangan dan kegembiraan korang. Sambil minum kopi ker, makan-makan ke, beli barang-barang ke..
  • Upload kat Instagram korang, 
  • Letak caption menarik,
  • & Hastag #Shellkita
Itu saja, mudah kan.. Haa, jangan lupa Publickan IG korang ya. (nanti tak jumpa) 


100 gambar pilihan terbaik nanti, gambar korang upload akan dilukis dan dicoret semula oleh Doodle Malaysia, kemudian dicetak pada barangan ekslusif dan diberikan kepada peserta sebagai token atau hadiah. Wow menarik tu.. Jangan lepaskan peluang korang. Aku pun nak join gak. Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok kat www.shell.com.my/doodle

Thursday, March 16, 2017

Jangan ambil mudah pasal DEMAM CAMPAK !

Dilaporkan berlaku peningkatan kes Demam Campak (Measles) di kalangan kanak-kanak di Daerah Hulu Langat khususnya mukim Cheras. Atas keprihatinan pihak berwajib, satu Operasi Pemberian Suntikan Vaksin Campak secara PERCUMA oleh sepasukan jururawat dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Dorang datang sendiri ke kawasan perumahan untuk operasi ni. Tarikh dan masa telah ditetapkan dan dimaklumkan. Kawasan perumahan aku telah selesai 11 Mac yang lepas. Alhamdulillah ramai ibubapa yang datang bawa anak masing-masing untuk suntikan vaksin campak ni. Anak aku tiga-tiga dapat suntikan. Kanak-kanak 9 bulan hingga 15 tahun je dapat suntikan percuma, ibu bapa dorang tak kasi. Kalau ada aku pun nak injek gak. 
Jangan ambil mudah pasal demam campak !
Kenapa ? 
Meh sini aku share sikit info dari artikel yang aku dapat hari tu. Apa tu demam campak ? Bahaya tak demam campak ni? Apa langkah pencegahan demam campak ? Tindakan awal selamatkan nyawa? Fuhh, serius selama ni aku ingat demam campak ni biasa-biasa je. Bila dah aku baca artikel ni, aku terus rasa cuak. 

Pengenalan
Demam campak merupakan antara penyakit berbahaya semasa di peringkat kanak-kanak. Kebanyakan kes demam campak berlaku kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun kerana mereka belum menerima pelalian demam campak.

Demam Campak
Demam campak merupakan sejenis penyakit berjangkit yang sangat mudah berjangkit dan menyebabkan :
  • Demam panas (suhu tinggi)
  • Ruam merah kecil
  • Selsema dan hidung berair
  • Batuk
  • Mata merah berair / konjuktivitis
Demam campak boleh menyebabkan komplikasi  berikut :
  • Pneumonia (radang paru-paru)
  • Jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak
  • Mata merah, bengkak dengan lelehan berair atau nanah yang boleh menyebabkan buta
  • Radang otak (encephalitis)
  • Kematian
Penyebab demam campak

  • Demam campak disebabkan oleh virus campak. Virus disebarkan melalui titisan kecil air liur dan titisan hidung yang terpercik semasa batuk, bersin atau bercakap. Virus juga boleh tersebar apabila menyentuh permukaan yang tercemar.
  • Virus mampu bertahan selama 2 jam di permukaan yang berkontaminasi.
Golongan berisiko
  • Bayi berumur kurang setahun
  • Kanak-kanak yang tidak mendapatkan imunisasi
  • Sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat demam campak atau tidak pernah mendapat pelalian demam campak
Rawatan
  • Tiada rawatan khas bagi demam campak
  • Komplikasi boleh dielakkan jika demam campak dapat dikenalpasti dengan segera
  • Bawa anak anda ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan dengan segera jika disyaki dijangkiti

Tindakan awal selamatkan nyawa
Panduan kepada ibu bapa penjaga | Peranan Ibubapa dan Komuniti ?
Ibubapa dan komuniti setempat :
  • Bantu pastikan semua kanak-kanak dalam komuniti mendapat pelalian MMR pada umur 12 bulan.
  • Jika didapati bahawa kanak-kanak yang tidak mendapat pelalian, gesa ibubapa/penjaga mereka untuk mendapatkan pelalian tersebut.
  • Kanak-kanak yang disyaki menghidap demam campak perlu dibawa untuk pemeriksaan supaya jangkitan kepada kanak-kanak lain dalam komuniti dapat dicegah dan rawatan dapat diberi untuk mengelakkan komplikasi.
***info di atas ni disalin semula dari artikel yang diberikan kepada penduduk.

Pesanan dan peringatan kepada aku sendiri dan ibubapa atau penjaga yang lain sama-sama kita pastikan anak-anak kita dapat kesemua peringkat suntikan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tepat pada waktunya. Bukan suntikan vaksin campak je, yang lain-lain pun perlu ambik tau. Semak semula buku kesihatan anak-anak takut terlepas pandang. Mencegah lebih baik dari mengubat. 

Apapun jutaan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia | Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat mengadakan operasi sebegini. Memudahkan penduduk kawasan untuk mendapatkan suntikan ini. Kalau disyorkan pergi sendiri ke klinik atau hospital untuk dapatkan suntikan vaksin pasti ramai tak buat. Syabas !

Tuesday, March 14, 2017

Peluang menang produk Cosmoderm dan wang tunai bernilai RM2000 !

Alhamdulillah sampai ofis awal hari ni. Fuhh jarang sampai awal ni. Selalu ngam-ngam je. Eh, saja nak kabo pagi ni semangat lain macam sikit haha. Apapun macam biasa rutin harian breakfast dulu sambil godek-godek media sosial. Nak kena tau gak berita-berita terkini. 

Haa, pagi ni aku terskroll ada peraduan kat Facebook Page Cosmoderm. Cepat masuk tengok. Berpeluang untuk menang produk Cosmoderm & wang tunai bernilai RM2000.00 katanya. Wow banyak tu.. 

Macam mana nak join? Nah, korang klik link ni Cosmoderm Emoji Contest. First sekali korang akan jumpa paparan macam kat bawah ni. 



Cosmoderm Emoji Contest | Guess to win ! 


Dapat tak ? Okeh, dah dapat korang klik terus kat link Google Docs tu. Nanti akan keluar paparan macam kat bawah ni. Haa baca dulu syarat dia, jangan risau syarat mudah je.  Dah ready nak jawab ? Klik je button NEXT kat bawah sekali. 
cosmoderm emoji contest 1
Itu je ? Haa, itu je la. mudah je kan. Jangan tunggu lama-lama, peraduan ni tamat pada 19 Mac 2017. Tinggal beberapa hari je lagi. Mana tau ada rezeki boleh menang. Dapat produk Cosmoderm tu, best-best produk dia.. Aku suka ! 

Okeh, goodluck.. teka bagi tepat ok !

Thursday, March 9, 2017

Cara menyediakan Teh C Special @ 3 Layer Tea Special

Teh C Special atau 3 Layer Tea ! Sedapnya.. .... selalu minum kat kedai je. Kali ni nak buat sendiri la. Kalau buat sendiri, anytime nak minum bancuh saja. Lagipun minum kat kedai kena bayar. Hehe.. Kalau buat sendiri pun kuar duit gak, tapi kuar duit sekali je boleh minum banyak kali kann.. Kalau nak tau, minuman Teh C special ni sangat terkenal di kalangan orang Sarawak. Lapisan bawah sekali dalam 3 layer tu aku panggil "gula apong"..  Tapi entri ni tak pakai gula apong, aku pakai sirap je. Ready made ! Lebih mudah dan rasa tetap sama.
Jom tengok bahan-bahannya...

Bahan-bahan Teh C Special @ 3 Layer Tea Special 
  • Sirap Teh C Special (Leaves)
  • Serbuk Teh / Teh uncang
  • Krimer sejat susu cair
  • Ketulan Ais
  • Air panas

Itu saja bahan-bahannya. Tapi ada satu masalah kat sini. Sirap Teh C Special daripada produk Leaves ada jual kat Sarawak je. Setakat ni aku belum jumpa lagi kat mana-mana hypermarket, minimart kat KL dan Selangor ni. Kalau takde syrup ni korang DIY jela. Pakai gula merah ke, pandai-pandailah haha.. 
LEAVES Teh C Special Syrup

Cara-cara nak sediakan 
Teh C Special @ 3 Layer Tea Special 


Mula-mula buat pati teh dulu. Bancuh teh dulu dengan air panas. Kalau boleh bancuh pekat kaw-kaw. Kalau takat nak minum segelas tu, bancuh sikit cukup ler. Janji dapat pati teh yang pekat tu. 

Bila teh dah ready ! Letak tepi dulu. Ambil gelas lain dan kita start experiment. Tuang Sirap Teh C dalam gelas. Kalau boleh guna la gelas tinggi sikit. Brapa sukatan nak letak ni? Tuang je ikut suka, kalau banyak manis, kalau kurang tawar. Jadi letak la sedang-sedang. 
Kemudian letak ketul ais. Ais jangan la besar-besar. Tapi isi sampai penuh yer. 

Pastu masukkan krimer sejat atau susu cair. Korang tuang pelan-pelan yer, kena ingat jangan tuang sampai penuh gelas tu. Tinggal ruang untuk letak bancuhan pati teh tadi. 

Dah selesai tuang susu cair. Baru masukkan bancuhan teh tadi. Tuang pelan-pelan.. Pastikan ada magic di situ. Jeng jeng jeng... Maka jadi lah Teh C Special atau 3 Layer Tea.. 
Lor gini je cara nak buat air teh C special ni. Tak la susah mana pun.. 
Gambar takde pasal aku ambik video. Takde sapa tolong ambik gambar hehe. Nak faham meh layan video cara aku menyediakan Teh C Special @ 3 Layer Tea Special.. Zasss 
Apacam video ? First time buat ni. Aku sendiri teruja bila tengok menjadi haha.. Korang cuba lah. Tunggu apa lagi.. Sedap beb.. Jangan lupa subscribe youtube dausredscarz. Mana tau ada lagi tutorial lagi menarik nanti.


Nak bukti Teh C Special ni terkenal di kalangan orang Sarawak ke tak ? Meh baca kat sini. Mee kolok dan Teh C special. 


Aku pernah buat entri pasal cara nak sediakan Ice Milk Green Tea Ice. Free-free baca lah. 

Saturday, March 4, 2017

Tak sia-sia belajar berenang dengan Swimrush !

Angan-angan aku dulu nak jadi NAVY SEAL ! Tapi berenang pun tak pandai macam mana ? Bab berangan memang tak nak kalah. Haha... Nampak badan macam steady tapi terus terang cakap, aku sebenarnya tak reti berenang. Huhu, aku memang teringin nak pandai berenang tapi tak pernah pun usaha nak pergi belajar. Kalau pergi outstation, aku paling suka stay kat hotel ada pool. Ada masa terluang je memang aku pergi ngadap pool. Beriya pergi pool tapi mampu berjalan-jalan je dalam pool. Sebab tak reti berenang. Segan gak kadang-kadang.. 

Alhamdulillah baru ni aku dan geng-geng Kelab blogger Ben Ashaari dapat jemputan untuk attend kelas renang Swimrush Swimming Academy  ! Aku angkut anak-anak sekali pergi kelas. Wow memang satu pengalaman luar biasa. Kelas pertama ajar basic dulu. Pergghh rupanya banyak benda aku tak tau ni. Pakat main terjun je sebelum ni. Lega akhirnya berpeluang juga belajar dengan trainer renang yang bertauliah. Aku panggil coach boleh ? Mereka semua sangat peramah dan ajar pun senang nak faham. 

Swimrush Swimming Academy !
Sebelum mula kelas, ada beberapa taklimat dulu bagi memastikan kelas berjalan dengan lancar. Paling utama bab keselamatan diutamakan. Selesai taklimat, kelas mula dengan senaman panas badan dulu @ warm up.. Tujuan warm up ni bagus, elak kekejangan ! Sama gak aktiviti-aktiviti sukan yang lain kena warm up dulu. Budak-budak semua dah excited dah tak sabar nak turun kolam. Kelas renang murah kl @ selangor

KIDS TURN

Meh kita tengok Akif, Aliah and the gang dulu.. Line up comel je.. Memasing dah ambik pot masing-masing. Apa yang perlu ada untuk kelas renang ni sekurang-kurangnya kena ada GOGGLE dan swim attire (pakaian renang) 
Fuh semangat tengok Aliah dan Akif belajar asas berenang. Teknik pernafasan dan hayunan kaki.. Kelas renang murah kl @ selangor



ADULTS TURN

Bila giliran bapa-bapa pulak belajar berenang. Eh ada yang bujang lagi. Haha macam-macam pe'el kami. Kami ni ada yang pandai berenang tapi teknik pernafasan salah, ada yang pandai terapung tak pandai menyelam, ada yang pandai menyelam tapi tapi pandai terapung. Macam-macam la yang serba tak betul. Hahaha, sedih. Sebab tu la attend kelas berenang ni. Walaupun hari ni belajar basic, at least dapat la info-info dan teknik yang betul. Nasib baik coach steady je.. Kelas renang murah kl @ selangor
Selain teknik asas berenang, kami jugak didedahkan dengan latihan water confidence seperti backfloat. Benda ni penting bukan sekadar untuk kemahiran berenang tapi juga untuk survival contohnya time kita penat berenang dan kita nak berehat atau regain energy so kita backfloat dari swimming possition untuk relax dan biarkan diri terapung. Selain itu, kami diajar untuk menyelam dan mengawal badan supaya mampu mencecah lebih dalam tanpa rasa takut. Kelas renang murah kl @ selangor


Basic backfloat pakai pelampung...

Dive !

Aku rasa-rasa dekat 3 jam berendam. Fuhh puas hati !  Kenapa aku kata tak sia-sia pergi belajar dengan Swimrush Swimming Academy. Serius, hari pertama kelas aku dapat dapat 2 results positif. Pertama sekali aku dah boleh apungkan badan aku (backfloat) tanpa pelampung dan yang kedua Aliah dan Akif dah berani masuk kepala dalam air. Cayalah.. Ini belum continuous training lagi ni. Ini baru basic.. Harap lepas ni dah boleh berenang, Insha Allah.

Dah 3 jam dik oii.. Budak-budak ni semua steady je lagi ! Macam nak berenang lagi je.. Sabar dik, nanti kita sambung lagi..Kelas renang murah kl @ selangor

Dari tadi Swimrush Swimrush ! Mesti korang nak tau gak details akademi renang ni kan? Haha, ni haa tengok banner kat bawah ni. Kelas renang di Kuala Lumpur dan Selangor. Ada pelbagai pakej ditawarkan oleh Swinrush ! Nak berkumpulan pun ada, nak private pun boleh. Nak private berkumpulan pun boleh. Jimat boleh tong-tong.. Tengok pakej bawah ni.

Antara kenapa aku tertarik dengan Swimrush Swimming Academy ni, lokasi untuk kelas renang ni korang sendiri boleh tetapkan kat mana-mana mengikut keselesaan korang. Kalau tinggal di Kondominium ada kolam renang tu memang cun sangat la. Tak perlu pergi jauh-jauh, korang set je lokasi dengan trainer nanti. Nak training weekends boleh, nak training weekday pun boleh. 

Kalau takde kolam renang kat area rumah, takde masalah, korang datang kat tempat dorang kat Taman Kosas, Ampang. Setiap hari ahad jam 9 pagi untuk kanak-kanak dan pukul 10 pagi untuk dewasa. Pasal trainer korang tak perlu risau sebab Swimrush ada trainer lelaki atau wanita. Kalau nak buat kelas renang khas untuk muslimah pun boleh. Tu la aku cakap ikut keselesaan masing-masing. Dah macam custom swimming class. 
Sijil akan diberi sebagai bukti korang pernah mengikuti kelas renang bersama Swimrush Swimming Academy.


Apa keperluan yang perlu ada untuk mengikuti kelas renang?


Macam yang aku cakap awal tadi, yang penting untuk mula belajar berenang ni korang perlukan sekurang-kurangnya Goggle dan Swim Attire (pakaian renang) yang sesuai. Haa, kalau nak dapatkan keperluan renang yang murah korang boleh beli melalui Moonaz Swimming Attire secara online atau boleh datang kat booth jualan diorang. Maklumat lanjut boleh contact 011-3234 4575 atau 012-3937875.

Tak sabarnya tunggu next class ! Nak join ? Jomm.. Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk kat bawah ni...


Swimrush Swimming Academy
Website: www.swimrush.wordpress.com
Facebook: SwimRush
Instagram: @swim.rush

Moonaz Swimming Attire
Website: www.moonaz.com.my
Facebook: Moonaz Swimming Attire
Instagram: @moonaz.swimming.attire