Thursday, March 16, 2017

Jangan ambil mudah pasal DEMAM CAMPAK !

Dilaporkan berlaku peningkatan kes Demam Campak (Measles) di kalangan kanak-kanak di Daerah Hulu Langat khususnya mukim Cheras. Atas keprihatinan pihak berwajib, satu Operasi Pemberian Suntikan Vaksin Campak secara PERCUMA oleh sepasukan jururawat dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Dorang datang sendiri ke kawasan perumahan untuk operasi ni. Tarikh dan masa telah ditetapkan dan dimaklumkan. Kawasan perumahan aku telah selesai 11 Mac yang lepas. Alhamdulillah ramai ibubapa yang datang bawa anak masing-masing untuk suntikan vaksin campak ni. Anak aku tiga-tiga dapat suntikan. Kanak-kanak 9 bulan hingga 15 tahun je dapat suntikan percuma, ibu bapa dorang tak kasi. Kalau ada aku pun nak injek gak. 
Jangan ambil mudah pasal demam campak !
Kenapa ? 
Meh sini aku share sikit info dari artikel yang aku dapat hari tu. Apa tu demam campak ? Bahaya tak demam campak ni? Apa langkah pencegahan demam campak ? Tindakan awal selamatkan nyawa? Fuhh, serius selama ni aku ingat demam campak ni biasa-biasa je. Bila dah aku baca artikel ni, aku terus rasa cuak. 

Pengenalan
Demam campak merupakan antara penyakit berbahaya semasa di peringkat kanak-kanak. Kebanyakan kes demam campak berlaku kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun kerana mereka belum menerima pelalian demam campak.

Demam Campak
Demam campak merupakan sejenis penyakit berjangkit yang sangat mudah berjangkit dan menyebabkan :
  • Demam panas (suhu tinggi)
  • Ruam merah kecil
  • Selsema dan hidung berair
  • Batuk
  • Mata merah berair / konjuktivitis
Demam campak boleh menyebabkan komplikasi  berikut :
  • Pneumonia (radang paru-paru)
  • Jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak
  • Mata merah, bengkak dengan lelehan berair atau nanah yang boleh menyebabkan buta
  • Radang otak (encephalitis)
  • Kematian
Penyebab demam campak

  • Demam campak disebabkan oleh virus campak. Virus disebarkan melalui titisan kecil air liur dan titisan hidung yang terpercik semasa batuk, bersin atau bercakap. Virus juga boleh tersebar apabila menyentuh permukaan yang tercemar.
  • Virus mampu bertahan selama 2 jam di permukaan yang berkontaminasi.
Golongan berisiko
  • Bayi berumur kurang setahun
  • Kanak-kanak yang tidak mendapatkan imunisasi
  • Sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat demam campak atau tidak pernah mendapat pelalian demam campak
Rawatan
  • Tiada rawatan khas bagi demam campak
  • Komplikasi boleh dielakkan jika demam campak dapat dikenalpasti dengan segera
  • Bawa anak anda ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan dengan segera jika disyaki dijangkiti

Tindakan awal selamatkan nyawa
Panduan kepada ibu bapa penjaga | Peranan Ibubapa dan Komuniti ?
Ibubapa dan komuniti setempat :
  • Bantu pastikan semua kanak-kanak dalam komuniti mendapat pelalian MMR pada umur 12 bulan.
  • Jika didapati bahawa kanak-kanak yang tidak mendapat pelalian, gesa ibubapa/penjaga mereka untuk mendapatkan pelalian tersebut.
  • Kanak-kanak yang disyaki menghidap demam campak perlu dibawa untuk pemeriksaan supaya jangkitan kepada kanak-kanak lain dalam komuniti dapat dicegah dan rawatan dapat diberi untuk mengelakkan komplikasi.
***info di atas ni disalin semula dari artikel yang diberikan kepada penduduk.

Pesanan dan peringatan kepada aku sendiri dan ibubapa atau penjaga yang lain sama-sama kita pastikan anak-anak kita dapat kesemua peringkat suntikan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tepat pada waktunya. Bukan suntikan vaksin campak je, yang lain-lain pun perlu ambik tau. Semak semula buku kesihatan anak-anak takut terlepas pandang. Mencegah lebih baik dari mengubat. 

Apapun jutaan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia | Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat mengadakan operasi sebegini. Memudahkan penduduk kawasan untuk mendapatkan suntikan ini. Kalau disyorkan pergi sendiri ke klinik atau hospital untuk dapatkan suntikan vaksin pasti ramai tak buat. Syabas !

2 comments:

  1. haah... kdg2 mmg amek tau xtau ja.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. betul, demam campak tak sama dgn ciken pox. demam campak lebih deadly

    ReplyDelete