Friday, September 14, 2018

Program Team Building Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya | Day 2


Hari kedua
Seawal jam 7.00 pagi kami berkumpul di tapak berhimpun. Malam tadi dah la tido lewat, pepagi kan dah ngantuk. Haha padan muka. Sapa suruh tak nak tido awal. Okeh, program team building hari ni lebih mencabar dari hari pertama. Mau tak mencabar, obstacles course kot. Ada beberapa obstacles nak kena lepas pagi ni. 

Warming Up
Sebelum mula obstacles kami warming up dulu. Game warming up pagi ni, main lawan kutip bola dalam keadaan bertutup mata. Salah seorang dari team masing-masing kena tutup mata. Mencabar gak game ni. 

Ujang wakil X-Team. Dan X-Team tewas dengan teruk haha.. Aku tak salahkan Ujang, yang bersalah sapa bagi arahan. Hahaha.. kiri kanan kiri kanan.. last last bola kena sapu abis. Moral of the story, biar sorang je guide. Ramai-ramai guide rakan kita akan blur. 

Next kami main black hole. Game ni kami perlu mengangkat seorang volunteer menembusi lubang tayar. Macam mana nak angkat menembusi lubang tu? 
Tengok aksi ni ? Ujang lagi jadi volunteer. Macam takde orang lain. Hahaha.. Dah la gemuk, berat pulak tu.. Game ni kami combine skali, its about teamwork dan strategy. Berjaya juga kami lepas halangan ni.

Game seterusnya.. Cyber Bridge.. Kali ni diuji untuk membuat jambatan tali. Seorang daripada kami kena berjalan atas tali tu tanpa tali tu menyentuh tanah. 

Tipsnya kena bagi orang yang kecil atau kurus untuk berjalan atas tali ni. Ringan sikit bebanan. Yang gagah perkasa ni tukang tahan la tali ni. Dah serupa main tarik tali.



Obstacles Course
Dah selesai game warm up, kami ke obstacles course. Ada 3 yang kena harungi. Berjalan atas tali, bergayut atas roda dan wall climbing. Nampak macam senang tapi payah gak tu. Okeh ni yang aku buat first.
Bagi aku, obstacle ni yang paling kacang skali. Namum sekacang-kacang begini, pun ada member jatuh. Hehe..
Kesian lahaiii.. Qaseh buat apa ni ? Macam mana boleh jatuh.. Takpe la rendah je tali tu.. Nanti dalam hutan lagi tinggi. Ni kira practice dulu.

Next melepasi tayar-tayar bergantung ni. Ini memang memerlukan kekuatan ni. Silap haribulan berbekas tangan. Pasal nak grip kuat-kuat.
Nak mengimbangkan badan memang susah, tayar ni pulak tak stabil. Tergoyang-goyang sana sini. Penat jugak la nak lepas haha..

Dan obstacles paling mencabar sekali.. SETIA WALL. Wall climbing tapi bukan yang ada tempat pegang-pegang or pijak tu. Ni haa tengok ! Kosong je. Perlukan kudrat kudrat kaki, tangan dan lelaki !
Perghh macam mana nak lepaskan ke semua ahli ni. Ada yang badan saiz XXL, XL, L, M & S. Haa macam mana nak angkat ni. Agak-agak sapa naik dulu ? Alhamdulillah, kami semua berjaya melepasi dinding ni.. Memang gayat jugak, kalau yang takut pada ketinggian tu.
Ni abam yang paling berat skali. Nak angkat tak susah, nak bagi lepas ketinggian tu yang susah. Apapun semuanya bergantung kepada strategi dan kerjasama.

Okeh, kalau tak puas tengok gambar boleh masuk Galeri Gambar Teambuilding Cyberview Resort & Spa | Obstacles Course

Jungle Trail
Program tak abis kat sini lagi. Sekarang menuju kemuncak  Program Team Building kat Cyberview Resort & Spa hari kedua ni, Jungle Trail atau Jungle Trekking. Nak masuk hutan ni, khabarnya lagi mencabar dari laluan Night Walk. Jarak perjalanan lebih kurang 2.8km. Menarik dan aku memang excited jungle trail ni. Nostalgia, zaman kecil-kecil hutan sebelah rumah je. Nak pergi dusun, kebun ke masuk hutan dulu.
Trek Jungle Trail ni di letak beberapa obstacles supaya kelihatan lebih trail haha.. Bahasa apa aku cakap ni. Haha korang faham tak ? Tak faham tengok gambar bawah ni.
Haa ni la dia, dah la masuk hutan semak samun, lalu pulak halangan-halangan buatan manusia. Memang mencabar kot. Belum tu lagi, masuk dalam terowong gelap, redah longkang air setinggi paras lutut.
Memang syok oo.. Belum lagi menyeberang menggunakan tali tarzan dan titi tali. Korang tengok pasti teringin.
 OOOooooooooo...... (suara tarzan)
Banyak lagi rintangan dan halangan sepanjang jungle trail ni. Boleh layan gambar-gambar sepanjang trail di Galeri Gambar Team Building Cyberview Resort & Spa | Jungle Trekking
Tahniah ! Berjaya mengharungi Jungle Trail dengan selamat. Nampak macam nak lagi je ni.. haha.. Jangan sangka kat Cyberjaya ni tiada hutan. Ingat tu... Okeh berakhir sudah Progam Team Building 2 hari 1 malam di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. Pasti akan menjadi kenang-kenangan pada masa akan datang.

Sebelum program melabuhkan tirai. Majlis penyerahan sijil kepada semua peserta yang terlibat. Terima kasih Sarjan Idris dan Krew yang menguruskan teambuilding kami.



Just nak remindkan balik, program team building ni adalah satu lagi tarikan baru dari Cyberview Resort & Spa ni. Aku yakin, pasti ada antara korang akan tertanya, pakej atau apa aktiviti-aktiviti selain team building yang ada di sini. 
Okeh kat bawah ni korang boleh tengok apa aktiviti-aktiviti yang ada di Cyberview Resort & Spa:
  • Telematch Games
  • Water Games
  • Team Building Games
  • Obstacle Course (10 Elements)
  • Water Confidence
  • Jungle Tracking / Jungle Trail
  • Night Tracking
  • Motivation Camp
Korang boleh contact resort untuk maklumat lanjut di 

Cyberview Resort & Spa
www.cyberviewresort.com
Tel: 03-8312 7000
Facebook : Cyberview Resort & Spa
Instagram : @Cyberviewresort
Twitter : @CyberviewResort

Galeri gambar Teambuilding Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya | Jungle Trekking 2.8 km

Program Team Building kat Cyberview Resort & Spa hari kedua ni, Jungle Trail atau Jungle Trekking. Nak masuk hutan ni, khabarnya lagi mencabar dari laluan Night Walk. Jarak perjalanan lebih kurang 2.8km. Menarik dan aku memang excited jungle trail ni. Nostalgia, zaman kecil-kecil hutan sebelah rumah je. Nak pergi dusun, kebun ke masuk hutan dulu.

Jambatan Tali

Tali Tarzan

Pagar Berduri

Spider Web

Jumping Tyres

Road Blocks

Dark Tunnel



Galeri gambar Teambuilding Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya | Jungle Trekking 2.8 km

Boleh baca program Team building Cyberview Resort & Spa hari pertama.