Cosmoderm

cosmoderm

Sunday, April 30, 2017

Makan sambil menderma dengan Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)

Bila kedengaran je lagu "Jalan-jalan cari makan" kat dalam tv, pastinya terbayang tempat-tempat makan menarik kat dalam Malaysia ni.. Fuhh memang #taklehmoveon la.. Kalau aku, aku terbayang muka Naz ! Pengacara JJCM yang paling hot sekarang ni.. Tengok dia makan, perghh real ! 
Majlis Pelancaran Aplikasi JJCM
Haa nak citer pasal Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) ni, korang tau tak baru ni Media Prima Digital telah melancarkan Aplikasi JJCM ! wow macam best je.. 

Apa yang menarik tentang Aplikasi JJCM @ JJCM Apps
Okeh first skali dalam JJCM Apps ni korang boleh dapatkan info-info tempat makan menarik, restoran yang pernah dikunjungi oleh JJCM, maksudnya kalau pernah tengok JJCM pergi kat kedai makan tu, haa nanti boleh check terus dalam apps. Takkan dia sorang je nak makan kannn... Selain korang dapat info, korang boleh dapat harga diskaun lagi.. Silap-silap makanan kegemaran korang dalam tu dapat dengan harga murah melalui Offpeak Deals
Haa tunggu apa lagi ? Try Download tengok ! Apps JJCM boleh dapat di Play Store dan Apple Store. Download percuma. 
Lebih menarik apps ni boleh detect location dan paparkan list restoran-restoran berdekatan dengan korang. Tak perlu risau tak jumpa kedai makan. Tambah-tambah kalau yang selalu keje luar ofis. Mudahkan ! 

Nak function lagi ? Dengan ada JJCM Apps ni korang boleh buat tempahan restoran. Hanya dengan beberapa langkah mudah korang boleh buat reservation. Tak perlu susah susah nak berbaris dan tunggu lama. Setel !! Jangan risau korang pakai function dalam apps ni tak kena bayar pun. Bayar je apa yang korang makan tiada caj tambahan. 



#SeringgitSeribuKebaikan
Sempena Ramadhan 2017 ni, Media Prima dan Aplikasi JJCM melaksanakan kempen #SeringgitSeribuKebaikan ! Makan sambil menderma. Duit sumbangan ikhlas ini nanti akan disalurkan kepada 4 buah rumah kebajikan terpilih untuk membiayai hidangan berbuka puasa nanti. Sumbangan boleh disalurkan terus melalui apps jjcm atau terus ke website www.cjwowshop.com.my. CJ Wow Shop juga turut serta dalam kempen ini. Tidak lupa juga pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati menyumbang barangan Mamee sempena kempen ini.
Kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini akan berlangsung sepanjang Mei 2017. Sama-sama kita menyalurkan sumbangan. 

Akhir sekali, semoga masalah mencari tempat makan dapat diselesaikan dengan adanya Apps JJCM ni. Haha.. Sekian !

Friday, April 28, 2017

Berbuka puasa dengan Buffet Ramadhan 2017 di Bangi Golf Resort | BGR

Assalamualaikum, salam sejahtera buat pembaca dan tetamu yang singgah di blog Daus Redscarz. Korang sihat? Aku doakan korang semua sihat walafiat, hendakNya.. Tak lama lagi kita yang beragama Islam akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan 2017 @ bulan puasa. Ada yang belum ganti puasa tak ?? Haha kalau belum, ganti cepat-cepat. Tak pasal-pasal kena denda nanti. Didoakan sama-sama kita bertemu lagi dengan Bulan Ramadhan yang mulia ni.

Seperti kebiasaan rutin di Bulan Ramadhan ni, meriah dengan ibadah Solat Sunat Terawih, Bazaar Ramadhan, Buffet Ramadhan dan lain-lain.. Sudah pastinya yang paling kecoh sekali soalan timbul kat feeds facebook, twitter "Nak berbuka apa hari ni?", "Nak berbuka kat mana hari ni?" Tak pernah lekang soalan tu. Boring gak asyik bazaar-bazaar kan. Mungkin nak kelainan sikit tahun ni ? 

Ada tak yang merancang nak berbuka puasa kat luar bersama keluarga, saudara mara atau rakan-rakan ofis ? Meh aku bagi cadangan. Buffet Ramadhan 2017 di Bangi Golf Resort (BGR). Kat BGR kadar harga buffet bermula serendah RM49 (dewasa) dan RM22 (kanak-kanak) jika berkumpulan. Wow, antara buffet ramadhan yang murah gak ni. BGR akan menyajikan lebih 200 jenis hidangan dan juadah menarik. Yang pasti semuanya menyelerakan. 


BGR Restaurant Bangi Golf Resort

Buffet Ramadhan 2017 di Bangi Golf Resort (BGR)

Antara sajian-sajian utama yang akan dihidangkan sempena berbuka puasa nanti :-
Kambing Bakar
Fuhh pembakar selera, inilah kambing bakar. Menu yang akan menjadi HOTSPOT nanti. Kalau takde kambing rasa macam tak sah je buffetkan.. 
Kambing bakar
Peri-peri Chichken Drumlet
Ayam Bercili Masak Ketumbar

Ikan Masak Asam Kari
Sup Kambing
Satay Ayam & Daging
Nasi Lemak

Golden Sand Spaghetti Carbonara

Bihun Sup
Mee Rebus
Lasagna Ayam
Manisan | Pencuci Mulut
Beraneka rasa Kueh Mueh..
Dan banyak lagiiiiii... Fuhhhhh tengok kat atas ni pun dah cukup banyak belum sampai 200 menu lagi.. Haha sabo ya.. telan air liur tengok. 

Haa, sempena Buffet Ramadhan 2017, Bangi Golf Resort nanti akan turut adakan persembahan secara langsung bagi memeriahkan suasana berbuka puasa nanti. Pastinya suasana berbuka akan bertambah meriah.. 
Memang terbaek lah.. Jangan tunggu lama-lama, bulan puasa dah tak lama lagi. Jika ada sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi,


Mohd Nizam
H/P : (60)192539856
Emel : nizam.sales@bgrrest.com

Siti Zawiah Shuib
H/P : (60)173169316
Emel : siti.bangigolf@gmail.com

Bangi Golf Resort Restaurant :
Address : No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor, Malaysia.
Koordinat GPS : 2.95716N, 10.176518E
Tempahan & Pertanyaan : 1-700-81-8557
dan boleh cari di IG hastag 
#BGRbuffetramadhan17
#BGRbuffetramadhan17
#BGRbuffetramadhan17

Thursday, April 20, 2017

BAWAL SEMPOI Kampung Baru memang power !!

Semalam member ajak pergi lunch kat luar. Katanya ada tempat makan menarik kat Kampung Baru. Aku ON je, lagipun dah lama tak lunch kat luar ni. Aku suruh member send location. Check-check area UNIKL je. Tak jauh la dari opis aku. Tak sampai 10 minit pun. 

Sampai-sampai dah nampak banner BAWAL SEMPOI KINI DIBUKA.. !! Wow baru buka kedai ni. Tudiaaa masuk-masuk terus hidu bau makanan harum semerbak. Lapar terus aku dibuatnya.
Moh tengok apa menarik kat Bawal Sempoi ni. Perghhh rasa macam nak oder semua... 

Menu-menu yang ada di BAWAL SEMPOI....
  • Set Kepala Ikan Kebabom
  • Set Sotong Megatron
  • Set Bawal Sempoi
  • Set Keli Power,
  • Set Ayam Goreng Berempah Berapi,
  • Set Ayam Kampung Pisang Kak Limah Balik Rumah
Konsep makan kat sini, makan panas-panas ! Ambik order, goreng on the spot dan makan panas-panas.Perghhh.. Kalau yang dah siap-siap goreng pun ada gak. 
Set Bawal Sempoi
Ikan bawal segar. Garing di luar lembut di dalam. Berasap-asap lagi kat isi dia.  Memang sedap ! 
Set Sotong Megatron
Tudiaa sotong memang ummppph besaq plak tu. Patut panggil megatron. Haha..
Set Keli Power
Ikan keli pun saiz besar, tak muat pinggan.. Puas hati makan. 
Set Kari Kepala Ikan Kebabom
Fuhhh fevret aku ni.. Kari kepala ikan. Fresh dari pasar bukan frozen punya. Ikan jenahak kalau tak silap aku. Licin aku kerjakan. Member aku usha je. Padan muka.. Hahaha..

Biasa lepak ramai-ramai ni mesti ada member yang tak makan seafood ni, korang jangan risau kat sini ada Set Ayam Goreng Berempah Berapi dan Set Ayam Kampung Pisang Kak Limah Balik Rumah. Nama pun boleh tahan haha.. Korang makan ayam la..
Ayam Goreng Berempah Berapi
Tengok pun tau sedap.. !! Makan dengan nasi panas-panas.. 
Ulam-ulaman
Set Ayam Goreng Berempah Berapi
Bawal Sempoi Kampung Baru
Pengsann tengok.. Haha maafkan daku.. Makan ramai-ramai memang seronok. 
Sambal cicah-cicah
 Sambal Hijau recommended memang mantap. Pedas manis-manis gitu. 

Apa yang menarik dan special kat BAWAL SEMPOI Kampung Baru ni ?
Korang boleh tambah nasi boleh tambah air percuma, refill je sepuas hati. Fuhh sapa nak bagi. Kalau air refill tu biasa la dengar kan. Tapi ni siap nasi tambah percuma lagi. Taukeh kedai tak berkira.. Makan la sampai kenyang biar hati senang... Kalau nak Refill lauk boleh tapi bayar la. Haha.. 
SET Ayam Goreng Rempah + Ulam + Air hanya RM5 (REFILL Sepuas Hati)
3 Air minuman (Sirap, Oren dan Air Suam)
Cukup la tu, kang terseksa pulak jiwa dan raga tengok. Haha.. Kenyang bak ang.. Nasi tambah lagi tu. Hilang diet aku.. Ni pun plan nak repeat lagi. Yang berdekatan, yang jauh, yang lalu area sini, Jemput singgah. Pasti korang takkan kecewa.. Harga memang berpatutan.  

Meh aku share lokasi Bawal Sempoi Kampung Baru ni.

Lokasi Bawal Sempoi betul-betul depan Bank Pembangunan Malaysia Kg Baru. Cari ja Jalan Raja Abdullah. Bawal Sempoi betul-betul sebelah Jalan Khatib Koyan. Kalau jumpa UNIKL dah dekat dah tu.

Alamat kedai Bawal Sempoi

Bawal Sempoi Kg Baru KL
No. 49A, Jalan Raja Abdullah,
Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur.


Waktu operasi:
Isnin - Jumaat (Sabtu & Ahad tutup) 
11.00 pagi - 4.30 petang

No. HP / Whatsapp : +60172520031
Kalau nak tempah ke nak tanya buka ke tutup, korang boleh whatsapp no di atas ni. Selamat menjamu selera. 

Sunday, April 16, 2017

Pertama kali berbasikal sejauh 10km

Sempena kemenangan saudara Azizulhasi Awang dalam acara Keirin Lelaki Dunia beberapa hari lepas, terus aku angkat basikal dan kayuh keliling taman. Bendera Malaysia je lupa bawa. Hehe.. Tak la saja gurau je. Aku memang baru nak mula jinak-jinak berbasikal. Kalau tak pergi gym aku nak berbasikal. Malas dah jogging. Haha..

Tepat jam 10.30 malam, selesai hal di rumah aku turun berkayuh. Kali kedua aku turun ni, sebelum ni aku turun, Application S Health aku tak function plak. Tak detect distance dan duration, takde rekod padahal macam dah berpuluh pusingan dah. Jadi ni malam tadi dah berjaya rekodkan masa dan jarak. 


10.24 km dalam masa 45 minit... Tudia.. 10km tu, macam tak percaya je. Apps detect kata pecah rekod. Haha. Memang betul pun. Sebelum ni tak pernah kayuh sejauh ni. 

Boleh tahan  penat mengayuh ni. Ni baru permukaan mendatar. Belum naik turun bukit lagi.. Nah details workout. Dengan S Health Application Samsung aku dapat details bawah ni. 




10km dan 45 minit cycling baru burn 300 Kcal je. Ini kalau makan nasi lemak belum bakar abis ni.. Sekurang-kurang sejam cycling baru boleh burn kalori sepinggan nasi lemak. 

Apapun janji kuar peluh. Tu pun rasa seronok dah. Okeh selesai cycling workout. Next ada lagi aku update.. Basikal apa aku pakai ni ? Tunggu.. 

Friday, April 14, 2017

Guna peluang sebaiknya dengan Watsons Reward Vouchers

Ada sapa-sapa yang kaki gym tak ? Yang suka workout ke ? Nak bagitau ada passes gym percuma ni. Tapi syaratnya kena signup Watsons VIP card. Ala tak mahal pun RM20 je. Dengan signup RM20 tu, korang dapat benefit atau watsons rewards lebih dari tu. Percaya tak ? Aku dah sign up. Meh tengok apa aku dapat.
RM5000 Reward Vouchers
Dari banyak-banyak voucher ditawarkan, aku dah berkenan 3 voucher watsons rewards ni. Senang cakap aku berkenan kat Voucher Fitness. Memandangkan sekarang ni musim workout aku. Memang cun sangat la. Voucher makan-makan tu nanti citer lain. 
1. Celebrity Fitness Workout Pass (1 Month)
First skali dapat free pass untuk masuk Celebrity Fitness selama sebulan. Sapa nak bagi sebulan. (Worth Rm170) Aku cadang nak guna bulan May nanti kat Cheras Sentral. Sapa nak ikut ? Jom.. Sebulan pun jadi la. 


2. 15% Off Fitness Concept
Dapat diskaun 15 % untuk barangan di Fitness Concept. Nak beli peralatan workout tu boleh survey kat sini.


3. Peak Fitness 14 days trial
Yang ke 3 dapat masuk Peak Fitness selama 14 hari trial, body analysis dan dua kali personal training sessions percuma.  Wow masa ni la nak guna body analysis ni, kalau biasanya berbayar kot. Siap personal training, ambil ilmu banyak-banyak nanti. Lepas tu belajar sendiri. 

Fuhhh menarik kan.. Tu aku cakap guna peluang sebaiknya. Sign up cepat. RM20 je. Tak paksa pun, sambil-sambil je. Dapat lagi watsons rm300 vouchers discount untuk beli vitamins atau produk watsons brand. Ada la term dia. 
Baru ni Watsons Malaysia melancarkan kempen #GETACTIVE . Menggalakan serta menyedarkan masyarakat dengan gaya hidup sihat. Jadi jom la kita sahut cabaran ni. 

Wednesday, April 12, 2017

Merasa gak masuk suratkhabar KOSMO !

Fuhh merasa gak masuk suratkhabar KOSMO haha walaupun sekadar selit-selit je. Artikel oleh saudara Adham Shadan dalam kempen "Doodle your Moment" baru-baru ni di Shell Damansara. 
Pepagi 1 April dapat whatsapp dari member. Skrinshot keratan akhbar. Ingatkan April fool, tapi betul-betul punya. Maka bergigih-gigih la aku pergi cari kedai jual suratkhabar. Excited hehe..

Macam mana boleh masuk artikel ni ? Sebenarnya hari tu ada contest conteng-conteng doodle kat casing telefon. 3 lukisan kreatif dan menarik akan menang Voucher Parkson. Jadi aku lah antara 3 pemenangnya. Begitu la kisahnya. Nanti aku kerat masuk frame. Haha..

Tak sangka sebenarnya boleh menang. Harapan tak setinggi mana pun aku letak. Ini dinamakan rezeki. Syukur Alhamdulillah. Dengan voucher yang aku dapat ni, aku hadiahkan(separuh hehehe) kat wife sempena birthday (1 April)......

Credit kepada Adham Shadan-KOSMO