Showing posts with label workout. Show all posts
Showing posts with label workout. Show all posts

Sunday, April 16, 2017

Pertama kali berbasikal sejauh 10km

Sempena kemenangan saudara Azizulhasi Awang dalam acara Keirin Lelaki Dunia beberapa hari lepas, terus aku angkat basikal dan kayuh keliling taman. Bendera Malaysia je lupa bawa. Hehe.. Tak la saja gurau je. Aku memang baru nak mula jinak-jinak berbasikal. Kalau tak pergi gym aku nak berbasikal. Malas dah jogging. Haha..

Tepat jam 10.30 malam, selesai hal di rumah aku turun berkayuh. Kali kedua aku turun ni, sebelum ni aku turun, Application S Health aku tak function plak. Tak detect distance dan duration, takde rekod padahal macam dah berpuluh pusingan dah. Jadi ni malam tadi dah berjaya rekodkan masa dan jarak. 


10.24 km dalam masa 45 minit... Tudia.. 10km tu, macam tak percaya je. Apps detect kata pecah rekod. Haha. Memang betul pun. Sebelum ni tak pernah kayuh sejauh ni. 

Boleh tahan  penat mengayuh ni. Ni baru permukaan mendatar. Belum naik turun bukit lagi.. Nah details workout. Dengan S Health Application Samsung aku dapat details bawah ni. 




10km dan 45 minit cycling baru burn 300 Kcal je. Ini kalau makan nasi lemak belum bakar abis ni.. Sekurang-kurang sejam cycling baru boleh burn kalori sepinggan nasi lemak. 

Apapun janji kuar peluh. Tu pun rasa seronok dah. Okeh selesai cycling workout. Next ada lagi aku update.. Basikal apa aku pakai ni ? Tunggu.. 

Friday, October 7, 2016

Pecah rekod peribadi 5km | MADWARRIOR

Aku bukan seorang Runner ! Aku cuma minat bersukan. Dalam masa 2 bulan aku workout, aku berjaya improve keupayaan aku berlari sejauh 5 km. 
Treadmill (8/8/2016)
Sebelum ni aku pernah lari sampai 5km dengan masa 50 minit. Mula-mula memang tercungap-cungap rasanya. Tapi buat gak sebab ada target. 

Sebulan lebih kemudian, aku buat 5km dalam masa 38:02 perghh rasa semacam je. Haha penat tapi puas hati. 
Treadmill (27/9/2016)
Outdoor Jogging (1/10/2016)
Kali ni aku berjaya buat 5km dalam masa 37:15 minit. Wow aku sendiri macam tak percaya je. 2 kali plak tu aku buat 5km below 40 minit. Apapun jangan banding aku dengan runner-runner kat luar sana. Setakat 5km ni pejam mata je dorang bawah 30 minit. Haha.. Tapi aku memang puas hati dengan keupayaan aku. Selagi tak cuba selagi tu tak tau kemampuan kita sendiri. Kalau agak-agak nak pitam ke pengsan ke, jangan la paksa. 

Lagi 9 hari lagi Mad Warrior Revolution 2016.
#TheMakingOfMadWarrior

Wednesday, September 14, 2016

Pull-up workout untuk Beginner | MADWARRIOR

Pull-Up Workout

Workout yang aku baru start ambik serius selain dari Push-UpSit-Up dan Cardio. Baru beberapa hari je aku mula serius tentang pull-up ni. Tapi sekadar beginner saja. Masih tercari-cari cara pull-up yang betul untuk beginner. Maklum la, berat sangat badan ni. Tak larat nak angkat badan wehhh.. Bila dah tau pasal kelebihan pull-up ni perghh lagi teruja pulak nak buat. 

So ni antara tips yang aku dapat untuk pull-ups workout for beginner. 
Source from Google, Pinterest.
Aku pernah bertanya kat seorang member yang main bar hari tu. Dia kata kalau tak boleh pull-up, buat push up dulu. Bila push up dah mantap boleh buat step 1 dan 2 kat atas, lepas tu turun push up. Ulang-ulang benda sama. Pelan-pelan nanti boleh naik sikit-sikit. 

Sama-sama kita cuba, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Haha teringin gak nak gayut-gayut macam dorang ni.. Aku masih tak mampu bergayut dengan lama. Aku masih susah nak angkat badan. Lagi satu dia bagitau buat Body Row kat atas tu, tu pun basic gak tu. Kaki kena lurus ke depan. Jangan bengkok, nanti tak rasa. Haa yang ni aku boleh la buat sikit-sikit.

Ni aku share sikit video yang aku boleh buat. tapi ni bukan pull-up. Ni bergayut haha.. Pull up @ Chin up aku tak mampu buat lagi. Huhu..

Lagi sebulan Mad Warrior Revolution 2016.
#TheMakingOfMadWarrior

Friday, September 2, 2016

Antara workout dan dietary dalam 3 minggu pertama | MADWARRIOR

Antara-antara workout awal yang aku buat dalam 3 minggu pertama. Benda yang paling aku tak suka iaitu lari @ jogging. Fuhh nak start lari ni aku sangat lemah. Nafas tak brapa nak tahan. Haha.. Kena paksa jugak la. Lari pelan-pelan dulu. Dapat 2km pun dah cukup untuk permulaan. Aku keep continue kejap 2km kejap 3km dan ada yang mampu sampai 5km..

WORKOUT

Bila pergi gym atau workout aku akan buat rutin-rutin dibawah ni.
Jogging 2km, 3km, 5km
Push up (between 30x-65x)
Sit up (between 30x-45x)
Burpees (25x)
Jumping jack (50x-150x)
Plank (20 saat, 30 saat, 40 saat)

Jom usha gambar bawah ni. Semua sumber atau details boleh baca dalam instagram aku. REDSCARZ IG..




DIETARY
Dietary aku pulak. Kurangkan makan nasi dan banyakkan makan protein. Makan ringan-ringan.. Kalau boleh aku ambil kalori yang kurang. Untuk seorang lelaki yang tengah berdiet mengambil sekurang-kurangnya 2000 kalori. Lagi kurang lagi cepat la turun. Kalau buat weight loss. Pengambilan kalori aku setakat ni tak lebih dari 1000 kalori sehari. Itu secara kiraan kasar. Kalau aku ambil nasi, aku akan makan suku atau separuh saja bergantung kepada workout. Kalau ada workout boleh ambil separuh nasi untuk bagi tenaga. Pastu bakar balik. Antara sumber-sumber protein aku ialah ayam, daging, ikan. 

Breakfast
Oat
Breat Toast
Scramble Egg
Sanwiches
Egg
Half Cooked egg

Lunch & Dinner
Roasted Chicken without rice,
Omelette
Blackpepper chicken 
Mix Vege
Mix Vege Omelette
Sup Ayam
Mihun Sup Daging
Capati without kuah
Tandoori Ayam

Drink (No sugar)
Juices
Warm water 
Plain water
Chia Seed
Green Tea

Tinggal 44 hari je lagi MAD WARRIOR REVOLUTIONS fuhhh sempat ke tak aku fit. Next ada workout baru. Tunggu !!

#themakingofmadwarrior

Wednesday, August 31, 2016

Hanya 2 bulan persediaan untuk Madwarrior Revolution

Bila dah register takkan nak berdiam diri. Aku dah la takde pengalaman masuk aktiviti-aktiviti lasak gini. Risau la stamina tak kuat. Jadi aku start buat countdown konon untuk plan workout aku. Countdown bermula 10 Ogos 2016 kira-kira (67 hari) bersamaan dengan 2 bulan 1 minggu. Entah cukup ke tak ? Tolak dengan masa kerja, family time dan lain-lain. 



Tengok la yang aku tanda ada km-km tu ada workout la. Kalau tak workout aku continue dengan diet. 

Berat aku sebelum start workout ni 86kg. Lepas raya berat naik mendadak. Memandangkan Madwarrior ni aku syak akan guna banyak upper body so aku kena cuba kurangkan berat badan aku. Kalau tak macam mana nak bergayut. Berat sangat. 

Aku akan kongsi rutin-rutin workout dan diet aku nanti.. 

#themakingofmadwarrior

Monday, August 29, 2016

Aku terjebak dengan Mad Warrior Revolution 2016

Kembali bersawang blog aku ni. Maklum la mood ke laut sekarang ni. Padahal banyak je benda nak cerita cuma malas tu terlebih sikit. Ni aku cuba kembali aktifkan blog aku. 
Kali ni aku kembali lagi dengan cerita fitness dan workout aku. Mungkin ada yang dah jemu baca tapi itulah aku. Workout workout workout pastu stop... then workout balik. Haha bermusim la kiranya. Musim ke brapa aku pun tak ingat. Tapi kali ni mungkin aku buat lebih sikit. Kenapa ? 

Kali ni ada matlamat ! Nak tau tak ?  Aku dah register masuk Mad Warrior Revolution. Apa Mad Warrior ni ? Gempak pulak bunyi. Mad Warrior ni ala-ala Spartan. Korang tengok la sendiri website ni. www.madwarrior.com Bila ? 16 Oktober 2016 di Morib Gold Coast. Lagi sebulan lebih je kot. Adehhhh... 

Macam tak caya aku register Mad Warrior ni. Tak pernah join running or trail tiba-tiba register. Bila masa dan bagaimana aku start terjebak pun aku tak ingat. Ada sapa-sapa join, roger-roger la. Takde geng ni.. 

Apapun... Let the workout begin.. 
#themakingofmadwarrior

Saturday, June 25, 2016

Cabaran 30 Hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya Part 3

Tinggal 5 hari saja lagi untuk tamat cabaran 30 hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya. Fuhh sangat menduga sekali sebab buat time puasa. Tak sempat workout, hanya bergantung kepada rutin pemakanan. Apapun ni adalah salah satu teknik turunkan berat badan tanpa bersenam atau workout. Tips penting ialah kurangkan kuantiti asal pemakanan yang selalu ambil. Contohnya kalau sebelum ni makan 2 pinggan, kurangkan ke 1 pinggan ker, kalau makan 1 pinggan, kurangkan separuh ker.. Ada hasilnya nanti. 

Okeh jom tengok result aku semalam. 

Tarikh mula : 1/6//2016
Tarikh Update : 24/6/2016
Berat Asal : 90kg
Berat semasa : 83kg
Target : 80kg
 (Tangkap gambar sebelum berbuka aci tak) Haha...
Ukuran lilitan pinggang : 41 1/2 inch
Ukuran semasa : 38 3/4 inch
Target : 37 inch
Berat tinggal 3 kg to go, saiz pinggang tinggal 1 3/4 inch lagi to go... Adeh macam tak tercapai je misi turunkan 10kg dalam masa 30 hari. Ok lah itu saja update untuk kali ni. Tunggu next update 30/6/2016 nanti.. Final result untuk cabaran 30 hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya ! 

Boleh baca entri sebelum...
Part 1
Part 2

Monday, June 20, 2016

Cabaran 30 hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya ! Part 2

Berkurun dalam draft tak update-update. Bizi bona lately.. Hadoii la.. Lambat pun takpe la janji ada rekod. So ni la rekod Cabaran 30 hari #RedscarzIsBack setakat 13/6/2016. 

Tarikh mula : 1/6//2016
Tarikh Update : 13/6/2016
Berat Asal : 90kg
Berat semasa : 84kg
Target : 80kg

Ukuran lilitan pinggang : 41 1/2 inch
Ukuran semasa : tak ukur
Target : 37 inch
Alhamdulillah dua minggu pertama berat aku berjaya susut 6kg. Sekarang berat aku dah 84kg. Boleh kata back to normal size aku. Penurunan mendadak mungkin sebab masuk bulan puasa. Boleh kata diet aku ni bergantung kepada pengawalan pemakanan. Berbuka nasi separuh makan lauk lebih. Kalau nak kata workout ke exercise ke memang terhad. Dalam tempoh 2 minggu ni baru 2 kali je turun gym. Haha 
20 minit berbasikal
Jalan kaki laju-laju 3km

Tinggal 10 hari je lagi nak tamat cabaran 30 hari #RedscarzisBack | Fit before raya nampak sukar sekali nak capai. Tengok result timbang baru-baru ni tak turun-turun lagi. Mungkin dah sampai part lemak tepu kot. Tu yang susah nak turun.. Apapun tunggu result next nanti.. 



#RedscarzIsBack

Tuesday, June 14, 2016

Bermula cabaran 30 hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya !

Musim diet kembali lagi ? Ntah kali ke berapa dah ni. Aku pun tak pasti. Kejap turun kejap naik ! Nak maintain tu payah tu. Ni aku dah berhenti lama. Paling lama pernah aku berhenti. Selalunya setahun sekali aku diet. Asal kantoi je mesti lepas raya. Huhu.. Ni aku nak start balik ! Last 1 jun 2016 berat aku cecah 90kg yang sebelum ni aku maintain 85/86 kg. Tak lebih tak kurang. Ni dah sampai 90kg teruk sangat dah tu. Sampai aku sendiri sesak nafas dan batuk-batuk ! Sakit weh sengsara rasanya. Nak tidur malam rasa macam sempit je pernafasan. Kena diet dah ni. Baju kemeja kerja saiz L pun dah padat !

Memandangkan dah masuk bulan puasa lagi senang la aku nak timing makan. Sehari makan 2x je dah CUT satu meal. Secara teorinya dah kurang kat situ sebab tolak makan tengahari. Bermulalah misi baru aku REDSCARZISBACK ! 


Tarikh mula : 1/6//2016

Berat Asal : 90kg
Target : 80kg

Ukuran lilitan pinggang : 41 1/2 inch
Target : 37 inch
Cabaran untuk 30 hari. Mampukah aku menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 30 hari. Mampukah aku mencapai target aku ! Tunggu entri-entri susulan update terkini ! 



#RedscarzIsBack

Wednesday, June 1, 2016

Gabungan Vape Shop dan Healthy Cafe Lifestyle Terkini di K4M1 LOUNGE

Dulu-dulu aku pernah berangan nak buka Healthy Cafe (makanan sihat). Maklum la masa tu, aku kaki gym, tengah semangat workout dan weight loss. Hampir hari-hari aku ratah ayam bakar sekor. Tak larat bhai, nak ratah ayam sekor dengan salad hari-hari. Asyik menu sama je. Jemu la weh ! Nak buat cam ner itu je aku tau. Konon sumber protein harian. Aku dulu dok beli majalah Fitness, tiap-tiap keluaran ada menu baru, tapi ko tau la kan mat salleh punya menu, ada yang tak jual kat sini. Memang susah nak ikut. Tu yang teringin nak buka cafe nutrien tu.. Buat menu sendiri. Fuhh.. Aku rasa macam tak takde lagi kat Malaysia masa tu. 

Tapi sekarang takyah susah-susah dah . Dah ada cafe baru buka, betul-betul sama dengan cafe yang aku idamkan selama ni. Cuma yang ni special sikit sebab ada 2 in 1 cafe ! 
K4M1  LOUNGE
 Vape Shop + K4M1 Healthy Cafe 
K4M1 Lounge
K4M1 Lounge
Berkesempatan aku dengan geng-geng blogger datang lepak sini. Mula-mula sampai aku tengok eh betul ke tempat ni. Lain macam je. Siap check waze betul ke tak tempat ni. Tak nampak macam cafe pun. Masuk je dalam cafe ni aku rasa macam masuk dalam art galeri. Menarik kot ! Nampak smart dan exclusive. Kool je dok dalam ni. Ada aircond ! 

K4M1 Lounge ni cafe berkonsepkan lifestyle terkini.. Di mana bakal pengunjungnya ramai vaper. Inikan Vape Shop ! Sambil bervaping, shopping vape boleh menikmati makanan-makanan sihat. Lagipun vape ni dikatakan lebih selamat dan ringan berbanding merokok. Jadi dalam masa yang sama, elok sangat ambil makanan yang sihat. Healthy lifestyle la kiranya.. Vape + Healthy Food ! Why not kan ? 
Konsep K4M1 Lounge ni telah diilhamkan oleh pemiliknya sendiri, Bro Malik, bekas trainer dan pakar nutrition di sebuah Fitness Center. No wonder la buka healthy cafe. Tengok body la, kena jaga baik-baik.. jatuh saham aku ! 

Vape Shop
Menjual peralatan dan aksessori berkaitan dengan Vape, Mods, Dripper, Tank, Battery, Kartal, Atomizer, Liquid dan macam-macam lagi.
K4M1 Lounge
K4M1 Lounge
K4M1 Lounge
K4M1 Lounge
Tudiaaaa hiasan dan dekorasi, nampak tak display kaca kat atas ni. Macam pameran dah. Semua dalam tu ada pelbagai version Vape Mods, Custom made. 
K4M1 Lounge
K4M1 Lounge
Botol-botol Liquid ada 2 warna saja, hitam dan putih namun ada pelbagai jenis perasa. Macam-macam ada. Original beb ! Jangan risau pasal kualiti. 
Owh sebelum lupa, nak servis vape pun ada kat sini.  

K4M1 Healthy Cafe
Takkan lepak hisap vape je, mesti la mau makan dan minum. Rugi la kalau tak singgah pekena menu-menu dari K4M1 healthy cafe. Makanan-makanan ni takde jual kat luar ni. Lain dari yang lain, resepi-resepi ni telah direka khas oleh Bro Malique sendiri. (Pakar Nutrisi kan) 
K4M1 Lounge
K4M1 Lounge
Memang tertawan la aku dengan konsep cafe ni. Jom tengok, menu-menu menarik yang ada kat K4M1 Healthy Cafe...
K4M1 Lounge
Spaghetti, Passata Mince Beef, Sweet Peas & Cherry Tomato (RM17.50)

Tilapia Sambal Hijau, Multi Grain Brown Rice & Broccoli (RM19.90)
Tricolor Fussili, Mince Beef with Basil, Carrot & Green Zucch ini (RM17.50)
Mashed Japanese Sweet Potato, Grilled Chicken With Black Pepper Sauce & Green Beans (RM17.50)

Baked Japanese Sweet Potato, Rocket Pesti Salmon with Honey Lemon Sauce, Mashed Pumpkin & Carrot (RM19.90)
Quinoa with Chickpeas & Corn, Apricot Ginger Salmon, Yellow Zucchini & Baby Spinach (RM19.90)

Shell Pasta With Black Olives, Peanut Butter Chicken & Tricolor Capsicum (RM17.50)
Spaghetti, Thai Curry Chicken, Caramelized Onion & Chopped Spinach (RM17.50)
Multi Grain Browm Rice, Spicy Mango Chicken, Brocolli & Carrot (RM17.50)
Fruit Juice, Ice Blended, Coffee & Tea semua ada..
Dan info yang paling menarik sekali kalau nak tau, setiap menu ni telah disukat kuantiti nutrisi dan kalorinya. Munggunakan garam laut dalam masakan dan stevia sebagai pengganti gula. Serius kalau sapa tengah berdiet, weight loss ke, tengah workout aku suggest korang datang try makan ke sini. Untung-untung dapat dengar Bro Malik bagi talk pasal nutrisi. 

Selain dari Vape Shop & Healthy Cafe, K4M1 juga ada menjual merchandise dari keluaran K4M1 itu sendiri. Antaranya Topi, Baju, Vape bag dan lain-lain lagi.. 


Model tambahan ni.. Haha.
Fuhh walaupun menu-menu nampak ringan tapi perut kenyang weh.. Dan quote yang paling best dari K4M1, "makanlah tanpa rasa bersalah".. Yelah semua menu kalorinya calculated jadi tak perlu la risau terlebih makan ke ! 
Jangan lepaskan peluang mengunjungi K4M1 Lounge, ada promosi menarik untuk pengguna Vape. Ada diskaun untuk repeated customer.

Meh layan disebalik maksud K4M1 ni.....

K4M1 Lounge
Block E-01-01 Ground Floor
Starpac Point, Jalan Taman Ibu Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Kuala Lumpur
Facebook : K4M1
Instagram : @K4M1lounge

Friday, January 30, 2015

Ben Ashaari | Personal Trainer Aku

Timba pengalaman dengan Otai Blogger Sado, Ben Ashaari. Bukan pasal blog tapi pasal workout. Nak sado katakan. Nak sado kena berguru dengan orang yang dah sado. Baru ada keyakinan. 2 hari berturut aku follow Ben workout. Lokasi Bionic Gym kat taman tenaga. Tempat otai-otai ni..
Hari pertama Ben ajar basic workout, perghh.. Boleh tahan kebas tangan. Tak terangkat aku. Ben bagi tips dan teknik menarik pasal workout ni. Ben tak kedekut ilmu dan dia lama dah kot dalam bidang ni.Tengok gambar dia dulu-dulu memang dasyat-dasyat..
Ni workout ke ambik gambar je lebih. Haha.. Nama pun blogger, kalau tak ambik gambar bukan blogger la kan.

Day 2.
Hari ni Ben junior | Qhalif jugak datang.
Haa..candid-candid...  Ben dengan aksi dia.
2 hari ni banyak buat upper body, chest, shoulder, back. Memang sedap buatnyer. Kalau dapat workout hari-hari macam ni, sebulan dua boleh nampak hasil dah. Sekarang ni rasa menegang je body ni. Dah rasa sakit skit, tisu-tisu mula mengoyak. Otot nak membesar katakan, chewahh konfiden je.