Monday, June 30, 2025

EJEN ALI MUSIM 1 DITAYANGKAN DI DURIOO+ MULAI 21 JUN 2025


Cyberjaya, 20 Jun 2025 – Durioo+ dengan sukacitanya mengumumkan bahawa siri animasi
Ejen Ali akan ditayangkan secara rasmi di Durioo+ bermula 21 Jun 2025. Animasi aksi ikonik
dengan jalan cerita penuh aksi dan teknologi futuristik ini kini boleh ditonton seisi keluarga,
bila-bila masa di platform penstriman yang lebih selamat.

Durioo+ turut berasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan WAU
Animation dan Primeworks Studios atas kejayaan Ejen Ali The Movie 2 yang berjaya mencatat
kutipan tiket mencecah RM55.1 juta baru-baru ini.

Sebagai tanda sokongan kepada industri animasi tempatan, Durioo+ telah menghadiahkan 200tiket percuma kepada pelanggan Durioo+ untuk menonton Ejen Ali The Movie 2 di malam galadan tayangan perdana yang berlangsung pada 19 Mei 2025 di IOI City Mall.

Nuown Zainal, pengasas bersama Durioo+, berkata, “Ejen Ali adalah animasi tempatan yang
dibanggakan, bukan sahaja berkualiti tinggi dari segi animasinya tetapi mempunyai nilai-nilai
baik seperti jangan putus asa, persahabatan, bijak menyelesaikan masalah. Disebabkan
banyak nilai murni dan menghiburkan , ramai ibu-bapa yang minta Ejen Ali ditayangkan di
Durioo+.” 

Kehadiran siri animasi Ejen Ali ke Durioo+ menambah lagi barisan animasi tempatan sedia adadi Durioo+ seperti Bola Kampung, Upin Ipin, Robozeta, Alif Anis, Bubu Lala, dan
BoBoiBoy. Ini sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Durioo+ sebagai aplikasi penstriman
yang menyediakan kandungan yang menghiburkan dan selamat untuk anak-anak selari dengan slogan “fun and safe screen time”.

Durioo+ kini menyokong penstriman di empat peranti serentak, menampilkan lebih 18,000
video dan hadir dengan ciri menarik seperti DuDeen iaitu ciri yang membantu anak-anak
belajar dan menghafal doa secara interaktif. Pengguna juga boleh menikmati DuMinis dan
DuReels iaitu video pendek yang selamat, bermanfaat dan mengajar nilai-nilai murni pada
anak-anak.

Pelanggan baharu Durioo+ dapat menikmati akses penuh 7 hari pertama percuma dengan
memuat turun aplikasi Durioo+ di Google Play Store atau Apple App Store atau layari
www.duriooplus.com.


No comments:

Post a Comment