Friday, December 30, 2011

Wang Polimer RM1 dan RM5

BNM menukar wang kertas RM1 kepada substrat polimer kerana polimer mempunyai daya tahan yang tinggi dan amat sesuai untuk denominasi wang yang lebih rendah yang paling kerap digunakan. Hanya RM1 dan RM5 yang dikeluarkan dalam bentuk polimer.
Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini.Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.
Lima set untuk simpanan saya.

Wang kertas RM20 telah kembali

Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982. Namun dihentikan pengeluarannya pada .tahun 1995. Hampir 16 tahun berlalu kini wang kertas RM20 kembali
Wang kertas RM20 diperkenalkan semula sebagai memenuhi keperluan orang ramai kerana ia merupakan denominasi pengantara untuk mengisi jurang antara denominasi RM10 dengan RM50. Ini bagi memudahkan orang ramai dalam urusan pembayaran mereka.
Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini.
Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.


dibawah ialah koleksi yang saya..
Lima set untuk simpanan.

Wang Kertas Malaysia Siri Baharu




PREFIX  AA00003153
 Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelancaran mata wang siri baharu Malaysia. Mata wang siri baharu ini dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Mata wang siri baharu ini terdiri daripada wang kertas dan duit syiling baharu dengan reka bentukyang baharu. Wang kertas yang dikeluarkan adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dan akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. Wang kertas denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran. Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas. Ciri-ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini. Tiga jenis set wang kertas peringatan yang akan dijual adalah seperti yang berikut:
Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.
Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.
Set Premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300.00 setiap satu. Bagi setiap set ini, semua denominasi wang kertas akan mempunyai nombor siri yang sama.
Wang polimer RM1
Sukan Tradisional
Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.
Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.
Wang polimer RM5
Hidupan Liar
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.
Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.
Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.

Wang kertas RM10
Flora
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.
Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.
Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Wang kertas RM20
Hidupan Laut
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.
Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.
Wang kertas RM50
Pertanian dan Teknologi
Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.
Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.
Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.
Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.
Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.

membeli belah di Bank Negara Malaysia...

Thursday, December 1, 2011

::C.A.T bukan kucing..

Dah sebulan lebih pindah ke rumah baru (ikut tarikh blog), masih banyak lagi belum selesai pengemasan, pemunggahan serta dekorasi rumah. penat yang amat-amat, belum lagi merasa rehat yang puas, lebih-lebih lagi hujung minggu. kenapa? sebab time tu lah nak pulun buat semua tu..

Drill dah beli, peralatan pertukangan dah beli (wajib ada). Contoh gergaji, tukul, pemutar skru, playar, pisau, pita ukur, timbang air dan lain-lain.

Ni nak citer pasal Cat umah sebanarnya...
Peralatan seperti berus cat, roller, bekas cat, selotape kertas, surat khabar. Pemilihan cat. Dulux ker, Nippon ker, Jotun, Colourland ker.. Setiap jenama-jenama ini ada keistimewaan masing-masing. namun kalau nak di compare compare memang takkan abis. kod setiap cat adalah berlainan dan warna takkan sama dengan jenama-jenama lain. pilihan saya Nippon dengan dulux. Di bawah ni

Nippon


Dulux


setakat ni perbezaan antara dua ni, nippon wangi skit, yang dulux ni busuk sikit..

Tips:
1. Baca arahan dulu pada setiap Tin..
2. sbb ada kena cat 2 layer. so bila cat pertama tak akan jadi. then tunggu kering, cat lagi semula utk layer kedua.
3. sebelum cat pastikan slotep bahagian yang tidak mahu terkena cat. terutama segi-segi atau bucu, mahupun bin.
4. suratkhabar untuk lapik pada lantai.
5. roller kecik mmg agak lambat tapi menjimatkan cat anda. roller besar tapi cat cepat abis.
6. berus cat kecil, utk cat bahagian bucu-bucu.
7. tgk hasilnya..

Selamat mencuba.. renung-renungkanlah..

Wednesday, November 30, 2011

duo Bumblebees


Terbeli jugak akhirnya setelah sekian lama mengidam. Lebih minat pada Optimus Prime tapi harga prime sgt mahal. Bumblebee pun jadi lah janji Transfomers lagipun my son also suka Bumblebee, so gi la cari. Jalan-jalan kat Times Square cari kedai toys. Akhirnya jumpa kedai toys tu, terbeliak mata kena racun-racun kebetulan pulak ada sale. Apalagi blur sekejap nak pilih yang mana. Bumblebee murah sikit so bumblebee je lah. satu kecik satu besar.yang kecik my son punya yang besar i punya..


bumblebee the autobot

transform time.. 

 

Tuesday, November 29, 2011

Malaysia vs Bahrain

Sekali lagi bertandang ke Stadium bukit Jalil. Kali ini skuad negara bertemu pasukan dari Bahrain.

Perlawanan ini adalah penentu kepada kedua-dua pasukan dalam menghidupkan kembali peluang masing-masing untuk layak ke Temasya Sukan Olimpik London 2012. Skuad negara masih gagal mengutip sebarang mata dari 2 perlawanan sebelum ini, begitu juga pasukan Bahrain. Misi kali ini adalah KEMENANGAN... saya ulangi KEMENANGAN, bkn seri atau kalah.
Penyokong-penyokong yang datang pula tidak kurang hebatnya.. Suasana yang sangat meriah dengan sorakan penonton, pukulan drum, chantting serta tiupan-tiupan trompet mainan.

Pada suatu ketika dikala skuad negara mendahului 2-0. Di satu ketika nikmat-nikmat kemenangan makin terasa. Di satu ketika skuad Bahrain makin layu, tiba-tiba....

Ternyata Tuah bukan milik kita.. Ternyata waktunya belum sampai lagi. skuad negara rebah 2-3 kepada Bahrain yang hanya bermain dengan 10 orang dalam beberapa minit terakhir.

Kegembiraan bertukar sepi, pilu.. sedih.. mmg dapat dirasai kekalahan ini. masih terbayang-bayang lagi saat mendahului 2-0 kemudian terpaksa akur dengan fightback yang dilakukan oleh bahrain.
Apapun Tahniah skuad harimau muda negara.. kerana memberi dan menunjukkan prestasi yang memukau. Kita mampu bersaing, kalau tahun ini kita tewas tidak semestinya kita tewas selama-lamanya.. Ambil iktibar, perbaiki kelemahan..

Malaysia Boleh... Aummmm..........

Friday, November 25, 2011

Malaysia vs Syria

Selamanya selamanya selamanya Harimau Malaya,
Selamanya selamanya selamanya Sokong Malaysia...

23 November 2011
AFC Asian Qualifiers for the 2012 London Games
Bukit Jalil Stadium, Kuala Lumpur










 







Ulasan separuh masa pertama:
priiiiiiitttt... sepak mula jam 8.45 mlm. debaran seawal minit pertama. seperti yg kita jangka keselebelasan utama tidak banyak berbeza namun rata-rata pemain tampak keletihan setelah kembali dari tugas temasya sukan SEA Indonesia. tidak sampai dua hari kemudian pasukan Harimau Muda menerima kunjungan Syria dalam perlawanan kelayakan Olimpik London 2012.

HM dapat mengekang asakan Syria dan kawalan bola berpihak kepada pasukan negera untuk 45 minit yang pertama. Namun begitu corak permain pantas HM tersekat dikala memasuki kasawan Syria. Serangan yang dilakukan tidak begitu berhasil. begitu terserlah ketumpulan barisan serangan..

Ulasan separuh masa kedua:
Syria tampak bagai mendapat suntikan, apabila mengawal bola dengan baik dan lebih tersusun sehingga membuahkan hasil, meledakkan gol pertama menerusi tadukan kencang Solaiman Solaiman. Ketika permainan berbaki 10 minit Syria menambah lagi gol menerusi Nassouh Nakkdahli setelah kesilapan pemain pertahanan gagal menghantar bola kemas disambar oleh pemain Syria, dengan pantas melakukan gerakan dan berjaya merobek gawang negara. Kedudukan 0-2 kekal hingga ke wisel penamat.

Ini bermakna skuad negara belum lagi mengutip sebarang mata dari 2 perlawanan.

Reaksi Penyokong-Penyokong di Stadium
Memang meriah serta bersemangat namun tidak dinafikan masih ada riaksi dan gelagat penyokong-penyokong yang kurang enak di dengar, tetap ada yang memaki hamun. walauapapun kalah tapi saya tetap berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan.
Rehat yang tidak cukup, semangat berjuang hingga minit-minit akhir, terhincut2 kat padang masih lari lagi. tidak lupa kepada penjaga gawang negara, Khairul Fahmi yang menangkis beberapa cubaan dan serangan bahaya Syria. tabik spriiinngggg!!!!
apa pun....
MALAYSIA BOLEH..

Tuesday, November 1, 2011

Jersey Malaysia Home 2010-2012 Kit

Adding National Jersey to my collections. My 1st National jersey. Bought before game Malaysia vs Syria, Olimpic 2012 Qualification. Showing my support to the National Squad. Harimau Malaya or even Harimau Muda.


















Malaysia National Home Season 2010-2012 Kit

Thursday, October 20, 2011

Manchester United 2004-2006 Home Kit :: Scoring Machine

My 7th Collections was the Manchester United 2004-2006 Home Kit. Bought from friend known from the Facebook.





































Manchester United 2004-2006 Home Kit
Nameset v.NISTELROOY #10 was adding separately.













Name : Ruud Van Nistelrooy
D.O.B : 1 July 1976
Club : Manchester United
Year : 2001-2006.
Stat : 219 apps = 150 goals

He broke the record he shared with Mark Stein, Alan Shearer and Thierry Henry, by scoring in 10 consecutive league games

Tuesday, August 23, 2011

Segalanya Ramadhan...

~ Bismillah ~

Yaa Ayyuhal-ladhina amanu kutiba alaykumus siyamu kama kutiba alal-ladhina min qablikum la ‘allakum tattaqun.

"Wahai orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan orang orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
Surah Al Bakarah 2:183

Bulan yang penuh dengan kenikmatan dan dilimpahkan pelbagai ganjaran jika segala amal kita diterima. Di buka semua pintu-pintu syurga, di tutup pintu-pintu neraka, di rantai segala jin dan syaitan. segala amalan dan ibadah yang sempurna pasti akan menikmati anugerah ini. Semoga kita mendapat petunjuk dan hidayah dariMu Ya Allah.

Penghayatan Ramadhan antara input yang dapat saya sampaikan.

"sah puasa dan amalan² yang diterima oleh Allah dalam bulan Ramadhan. Kalau setakat sah puasa (menahan lapar & dahaga) semua boleh buat. akan tetapi jika ada amalan yang dibuat, itu juga belum pasti diterima dan apatah lagi yang tidak melakukan amalan-amalan ini.? Aduh.. Ustaz tu ckp jgn buat keja sia²....
"

Monday, August 1, 2011

Penang most famous "Nasi Kandar"

kalau orang lain mungkin mencari tempat-tempat peranginan, pantai, tpt menarik untuk dilawati tp bagi saya unik penang ini kerana "Nasi Kandaq".. dah lama saya mengidam. tidak smpi satu hari berada di penang, mengatur masa dengan sebaik mungkin. 2 kedai nasi kandar saya tawan.. kira2 pukul 7.00pm saya ke:-
1. Nasi Kandar Line Clear....

pekena ayam manis +telur ikan + papadom + kuah campur....


pukul 11.30 pm saya bertandang pula ke port
2. Nasi Kandar Beratur..
kalau orang penang panggil "nasi kandaq bratoq"... dibuka lewat pukul 10mlm.
sampai2 di lokasi mmg terus beratur.

smpi2 dah beratur..

Pekena sotong rempah + telor sotong + daging kicap, kari ayam dan semestinya kuah campoq..

Farewell

Bagi meraikan pelajar praktikal yang telah tamat praktikal di jabatan.. kami ke Homst Restoren buat jamuan makan2. Restoren ini adalah restoren chinese muslim di damansara. makanan sedap cuma kedai tu tak nampak cam chinese version.. :p apapun lauk nice..