Showing posts with label Malaysia Banknotes. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Banknotes. Show all posts

Saturday, November 1, 2014

Wang Kertas Untuk di Jual | Setiap orang ada minat tersendiri

Kepada peminat-peminat wang kertas, wang lama, atau apa apa yang berkaitan dengan wang kertas. Aku nak jual sikit koleksi aku yang ada. Mungkin ada jugak bukan dikalangan peminat bukan pengumpul tapi berminat wang kertas ni pun boleh membeli. Item-item dalam ni biasa-biasa saja, tapi kot-kot ada yang berminat boleh la ushar-ushar. Harga murah-murah je berbanding harga yang ditetapkan. Boleh PM/ Whatsapp kalau nak beli atau mahu bertanya lebih lanjut.  Nombor ada kat bawah.

Mungkin ada yang tak tau maksud condition tu.Tengok kat bawah ni. Dari yang terbaik UNC sampai ke kurang baik VG.

Uncirculated (UNC)
About Uncirculated (AU)
Extremely Fine (EF)
Very Fine (VF)
Fine (F)
Very Good (VG)

Ada banyak lagi dan setiap itu ada kriteria-kriterianya. Kena google sikit ya..

 Nilai : Seratus Ringgit Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don 
Cetakan oleh : Harrison & Son
Prefix : AN First Prefix
Condition:  Fine : Ada lubang kecil pada bulatan merah.
Harga: RM130 + Pos Ekspress 


Nilai : Seratus Ringgit Tan Sri Dato' Jaffar Hussein
Cetakan oleh : Thomas De La Rue
Prefix : AE
Condition:  VF : Ada tompok hitam kat bawah nombor.
Tiada lubang.
Harga: RM150 + Pos Ekspress



Nilai : Lima Ringgit Tan Sri Abdul Aziz Haji Taha
Cetakan oleh : Thomas De La Rue
Prefix : ND Last Prefix (Rare)
Condition:  VF- : Tiada Lubang atau koyak, versi cross flag
Harga: RM50 + Pos Ekspress 

Nilai : Lima Puluh Ringgit Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman
Cetakan oleh : Giesecke & Devrient
Prefix : EB Last Prefix
Condition:  VF- : Tiada Lubang atau koyak, versi tandatangan di tengah.
Harga: RM80 + Pos Ekspress


Versi Album yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sebagai wang peringatan. Wang ni merupakan wang kertas Malaysia siri Baharu tahun 2012.



Wang Kertas Edaran Siri Ke Dua Belas (2012)
Set Album
Set: RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 & RM100 (Prefix nombor sama semuanya)
Kuantiti Keluaran BNM : 50,000
Prefix : AA002XXXX
Condition: UNC  
Kuantiti : 1
Harga: RM430



Wang Kertas Edaran Siri Ke Dua Belas (2012)
Set Album
Set: RM1 & RM5 (Prefix nombor sama semuanya)
Kuantiti Keluaran BNM : 200,000
Prefix : AA00XXXXX
Condition: UNC 
Kuantiti : 4 
Harga 1: RM30



Wang Kertas Edaran Siri Ke Dua Belas (2012)
Set Album No Sepadan
Set: RM20
Kuantiti Keluaran BNM : 200,000
Prefix : AA00XXXXX
Condition: UNC 
Kuantiti : 1
Harga 1: RM50


Kepada peminat nombor RADAR korang mungkin minat item dibawah. Radar bermaksud, nombor pada wang kertas jika dibaca dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri tetap sama susunannya. Contohnya 2234322. Nak dapat nombor radar ni tak susah dan tak senang. Tapi try tengok.. Check poket korang.. boleh jumpa tak?

Nilai : Lima Puluh Ringgit Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Cetakan oleh : De La Rue Currency International
Prefix : ES6654566 (R.A.D.A.R)
Condition:  VF++ : Tiada Lubang atau koyak
Harga: RM70 + Pos Ekspress



Nilai : Satu Ringgit Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Cetakan oleh : De La Rue Currency International
Prefix : AEY6465646 (R.A.D.A.R)
Condition:  VF++ : Tiada Lubang atau koyak
Harga: RM20 + Pos Ekspress

 
Versi RM10 yang tiada security line.

Nilai : Sepuluh Ringgit Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Cetakan oleh : De La Rue Currency International
Prefix : DJ
Condition:  VF- : Tiada Lubang atau koyak | Versi Tiada security line sebelah Agong.
Harga: RM20 + Pos Ekspress 

Jika ada yang berminat boleh PM/Whatsapp saya dinombor 0194565783. Harga boleh runding lagi.

Friday, February 7, 2014

1 Dollar Malaya And British Borneo | Kapal Layar | Koleksi

Tambah lagi satu koleksi Duit kertas lama aku. Duit kertas One Dollar Malaya and British Borneo atau dikenali dengan duit Kapal Layar. Diisukan pada 1 Mac 1959, tetapi dikeluarkan kepada orang ramai pada 1 Jun 1959. Wang kertas yang pertama dikeluarkan oleh Persekutuan Tanah Melayu selepas negara Merdeka pada tahun 1957. 
Gambar Depan  
Ada gambar bot nelayan belayar sebelah kiri. Broken gold security thread di sebelah kanan dan watermark Harimau Malaya di tengah-tengah. Kalau sekarang watermark ni gambar Agong. Wang kertas ini telah ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik
 
 Gambar Belakang 
(gambar internet pasal aku tak semapat tangkap gambar belakang)
Gambar nelayan menarik bot dan lambang-lambang negeri. Lima negeri iaitu Brunei, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Sabah.

Untuk pengetahuan korang ada dua sumber percetakan wang kertas ini.
1. Thomas De La Rue& Company, Limited
2. Waterlow & Sons Ltd, London 

Ten Dollars Board of Commissioners of Currency Malaya and British Borneo a.k.a Kerbau Bajak

Thursday, September 19, 2013

Ten Dollars Board of Commissioners of Currency Malaya and British Borneo a.k.a Kerbau Bajak

Akhirnya kau sudah sah jadi milik ku. Aku berkenalan tak lama, dari pandangan pertama terus aku jatuh hati. Mulanya aku hanya mampu tengok saja kerana belum bersedia. Sudah beberapa hari berlalu, ternyata hasrat terpendam tidak pudar, terus ku hantar rombongan merisik. Ternyata risikanku tidak sia-sia. Tarikh dan masa telah ditetapkan dengan wang hantaran yang tinggi akhirnya engkau milik ku jua. Keadaan mu sangat luar biasa dan cantik dipandang. Inilah dia Si Kerbau Bajak. 

Ten Dollars Board of Commissioners of Currency Malaya and British Borneo
Date of Issue : 1961

Kena simpan rapi, simpan ketat-ketat. Duit lama katakan, payah nak jumpa dah sebenarnya.

1 Dollar Board of Commissioners of Currency Malaya and British Borneo

Friday, December 28, 2012

Error Coin 20 cent 1987

Tambah lagi koleksi aku. Kali ni duit syiling 20 sen error (rosak/ salah cetak/ salah proses. Kalau syiling biasa ada gerigi kat kelilng syiling tu tapi ni kosong, clear macam cincin pun ada, macam keychain pun ada. Tengok perbezaan kat gambar bawah ni. Prasan tak?

Monday, August 13, 2012

Koleksi Wang Kertas Tan Sri Ali Abul Hassan

Kalau korang membeli belah tu belek-belek la wang kertas korang tu, kalau nasib baik dapat la wang kertas yang lama.. Ini antara koleksi yang aku jmpa.. Rare tak. Sekarang ni korang nak jmpa memang susah dah, melainkan korang cari collector yang jual. Harga pulak dah tak sama dah. Mungkin 2 kali ganda, mungkin lebih bergantung kepada kondisi. Wang kertas ini (gambar diatas) ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998-April 2000) Tapi aku tak jmpa lagi RM1, RM50 dan RM100.

Thursday, August 9, 2012

Koleksi RM2 Ahmad Don (Running Number)

Ingat lagi tak duit kertas Rm2 ni. Haa, ni koleksi aku, ada 10 keping. Berkeadaan sangat baik. Duit kertas ni ada 2 version. Satu ditandatangan oleh Gabenor Tan Sri Ahmad don dan satu lagi ditandatangani oleh Gabenor Tan Sri Ali Abul Hassan.
Tandatangan Gabenor Tan Sri Ahmad Don
 Running Number - Bermaksud nombornya mengikut susunan.
 
Zoom in Running Number AY0166261-AY0166270

Yang Gabenor Tan Sri Abul Hassan pun ada gak tapi tak banyak ni.. nanti aku share..

Friday, June 8, 2012

Koleksi Wang Kertas RM10 Radar

Akhirnya dapat gak siri R.A.D.A.R untuk wang kertas RM10. Kenapa dengan Radar? Apa yang aku kaitkan dengan Radar ni, baca prefix nombor tu dari turutan depan pun sama, dari turutan belakang pun sama. Kondisi wang kertas ni je yang tidak brapa elok.
Apapun dapat tambah koleksi. Bukan senang nak jumpa..

 PD4644464

Saturday, April 7, 2012

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

 Duit syiling Malaysia siri ketiga.



 
Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.
Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.
 
Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.
 
Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu. 


Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72

satu set coin peringatan dalam koleksi saya.

Friday, December 30, 2011

Wang Polimer RM1 dan RM5

BNM menukar wang kertas RM1 kepada substrat polimer kerana polimer mempunyai daya tahan yang tinggi dan amat sesuai untuk denominasi wang yang lebih rendah yang paling kerap digunakan. Hanya RM1 dan RM5 yang dikeluarkan dalam bentuk polimer.
Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini.Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.
Lima set untuk simpanan saya.

Wang kertas RM20 telah kembali

Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982. Namun dihentikan pengeluarannya pada .tahun 1995. Hampir 16 tahun berlalu kini wang kertas RM20 kembali
Wang kertas RM20 diperkenalkan semula sebagai memenuhi keperluan orang ramai kerana ia merupakan denominasi pengantara untuk mengisi jurang antara denominasi RM10 dengan RM50. Ini bagi memudahkan orang ramai dalam urusan pembayaran mereka.
Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini.
Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.


dibawah ialah koleksi yang saya..
Lima set untuk simpanan.