Showing posts with label koleksi. Show all posts
Showing posts with label koleksi. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

HERSHEY'S DIE CAST METAL | Universal Studio Singapore

#throwback sebenarnya.. Saja nak UP, souvenir aku bawa balik masa aku pergi Universal Studio Singapore (USS) Sentosa 2011. Lama dah kisahnya tapi baru nak cerita. Bukan apa, baru terjumpa souvenir ni sebenarnya, dah lama peram dalam beg, takde tempat nak letak last-last tak sedar. Kemas waldrobe baru ni  jumpa segala bagai keychain, gambar dengan Merlion la, fridge magnet dan koleksi dari Hershey's ni.
HERSHEY's Die Cast Metal
Hershey's Off-Roader Trailer Set
Hershey's Land Rover
Reese's Die cast Orange Welly

&
HERSHEY's BOWL




Hershey's bowl Harga $5.00 masa tu. Sekarang masih sama atau tidak tak sure la. Lepas ni pergi memana nak kumpul la souvenir besar-besar ni. Besttt..
Gambar lama ni tahun 2011..macam tembam je.. kekekeke | store HERSHEY's USSPerghh house of chocolate. Banyak giler chocolate, ni baru Hershey's belum yang lain lagi... pengsan, harga pun pengsan. Btw souvenir Hershey's Off-Roader Trailer Set ni adik aku yang blanjer. Tenkiu Christy.. Hehe Harga aku tak ingat, dok belek-belek kotak dia takde tag harga. .. 

Ingat nak repeat lagi la Universal Studio Singapore. Masa aku pergi ni banyak lagi yang takde... Tunggu!

Wednesday, October 22, 2014

Teenage Mutant Ninja Turtles Part 1 | Koleksi Terbaru Akif

Koleksi terbaru lego Akif. Teenage Mutant Ninja Turtles... Hmm.. Layankan jela, aku pun minat kan.. Nasib baik harga murah, kalau mahal aku tak beli sampai 4 kotak. Sebenarnya Akif nak yang purple tu je. Sekali dapat habuan kumpul semua. Seronok la Akif

4 watak Teenage Mutant Ninja Turtle ni ialah Leonardo, Raphael, Donatello dan Michelangelo.
Apa yang menarik dalam kotak lego ni, siap dapat skateboard....
Extra weapon | Atau senjata tambahan.....
....dan dapat kad lagi. Budak-budak seronok la dapat benda-benda gini. Macam kita kecik kecik dulu la. Setiap kotak ada kad yang berlainan, dalam 5 keping kot dalam sekotak. 


Mula-mula takde la kenan dengan dengan lego ninja turtles ni. Tapi dah Akif nak, aku beli la. Bila bawa balik rumah nampak comel je semuanya. Sebenarnya dah banyak dah Lego Akif, macam-macam ada tapi tak jaga. Pasang buka, pasang buka last-last ada part yang hilang. Anyway lego ni memang comel-comel, kalau dapat simpan banyak-banyak, macam-macam watak ada. K la nak cari lego yang hilang jap.. C u soon..

Sunday, August 24, 2014

Heavy Duty Freight Locomotive | Enlighten Train Series

Heavy Duty Freight Locomotive ni koleksi train aku yang ke #3 dari Enlighten Train Series. Makin susah nampaknya aku dapatkan koleksi jenis Enlighten ni. Merata-rata aku cari tapi tak jumpa. Yang train brand lain ada la. Aku sudah jatuh hati dengan Enlighten mana mungkin cari yang lain. kekekeke...
Sejumlah 282 pcs ada dalam kotak ni. Tempoh sejam dua tu stendet la nak pasang lego ni. Jumlah paling banyak pcs dari yang aku pasang sebelum ni. Mungkin lagi sukar. 
Ni ada manual cara nak pasang, kalau takde manual ni, jangan harap nak dapat train ni.
Ni aku pasang dah half way, mengantuk.. erkk. Pastikan time nak pasang tu tengah bersemangat. Kasi bunyi keretapi skali. pooot..poooot...
Siap sudah train aku. Setengah hari aku pasang, kejap buat kejap skip buat benda lain. Hehe.. Gini la rhopernyer bila dah siap. Comel kaw.. 
Ni dari pandangan sisi
Dari pandangan belakang
Okeh, dah boleh bergerak. Kapten sudah mau jalan. Hehe.. 

Memandangkan ni koleksi aku yang ke #3 jadi mestila ada yang ke#2 dan yang #1 kan. Meh nak usha, 


Bila train ni dah berkumpul pastinya Ia Lebih Menarik. Sangan sesuai untuk buat hiasan.

Ada brani? ....

Monday, June 30, 2014

Heavy Duty Steam Locomotive | Enlighten Train Series

Koleksi kedua aku dari Enlighten Train series | Heavy Duty Steam Locomotive.  Dah lama aku beli tapi tak sempat nak pasang. Semalam tak tau nak buat apa so aku pasanglah benda ni.. Dekat 2 jam jugak nak menyetel benda ni. Lenguh jari.
Tuuudiaa, ada 224 pieces nak kena pasang. Larat tak? Ini tuk budak 6+ je. Orang tua je sibuk nak main. Hahaha
Ni baru 1/4 siap. Nak lenguh dah jari pasang. Belum lagi bricks yang 500-600 ratus biji.
Apapun inilah hasilnya, Keretapi Heavy Duty Steam Locomotive. [dari sudut tepi]. Teruja tengok.
Apamacam menarik tak?? [dari sudut hadapan]
[dari sudut atas] Bahagian enjin boleh buka lagi. Nampak tak dalam tu macam ada peluru berpandu. Aku tak sure panggil apa. Turbo dia kot. Nama pun heavy duty. Untuk keretapi kuasa tinggi.

Train series partner.. dengan train aku yang pertama [Steam Locomotive]
dan kedua Heavy Duty Steam Locomotive
Puas hati dengan saiz train ni. Buat display memang mantap. Harap boleh jumpa train yang lain. Setakat ni jumpa kat kedai satu satu je. Itu pun nasib je jumpa. Rasanya ramai yang dah balun kot.. Meriah ooo kalau dapat tambah 2,3 train series yang lain.

Monday, June 9, 2014

Speedy Racing Car SRC | Merry Puzzle

Selain lego aku turut terjebak dengan 3D Puzzle ni. Tapi belum tahap obses lagi la. Item ni yang aku dapat semalam, Puzzle Speedy Racing Car SRC keluaran Merry Puzzle. Harga murah aku sambar la. Boleh tambah koleksi puzzle aku. SRC ni ada 4 item berlainan warna. Ada 2 jenis kereta, warna je lain-lain.
4 jenis koleksi warna.
Baru quarter siap...
60% siap, tinggal pasang body saja.
Okeh siappp!.. Mantappp
Haa, kasi possing lagi..
Haa ni la hasilnya, lagi banyak kereta lagi mantap. Dah macam Lineup sebelum race.. Ada 1 lagi tak pasang warna oren. Tak larat nak pasang, agak menguji kesabaran. Apapun seronok pasang puzzle-puzzle ni sambil mengisi masa lapang,  Aktiviti bersantai hujung minggu katakan..

Thursday, May 22, 2014

Koleksi Disney Frozen Figurines

Disney Frozen aku dah sampai. Ada 6 figurines semuanya Elsa, Anna, Hans, Kristoff, Olaf dan Sven. Bagi kat Akif dan Aliah, seronok dorang. Set Frozen Murah, tengok mainan pun ok, look alike tu sama. Ok la untuk koleksi buget. Korang yang teringin nak figurines ni try cari kat lelong.com
Kristoff & Sven
Kristoff, Sven& Olaf
"Hi i'm Olaf, and i like warm Hug"
Hans, Elsa & Hana
Pasangan Romantik dalam Disney Frozen

Disney Frozen aku Edit pakai Line Camera.

Without Snow
With Snow
With Snow  
macam real dalam movie je..... Ledigo ledigo... sebut sebut ledigo ni...
...teringat satu kisah, si adik suruh Maknya mencari ke mencari lagu Frozen kat internet. Mak dia tanya lagu ape? Dia cakap la ladygo ledigo! Puas ibu dia cari tak jumpa, mak dia cakap 
let it go ada ler. Sampai ke sudah tak jumpa sehingga kakak kepada budak tu cakap laaaa betul la 'Let it go" tajuk dia.. hahha Lol..

Friday, May 2, 2014

Koleksi Marvel's The Avengers & Spiderman | Miniature Alliance

 Marvel's Miniature Alliance
The Avengers & Spiderman
Kepada peminat-peminat Marvel & Figurines jangan lepaskan peluang nak tambahkan koleksi Miniature Alliance korang. Perghhhh hebat-hebat semuanya. Ada 6 superhero yang aku jumpa.. Captain America, Thor, Ironman, Hulk, Spiderman dan Spiderman (Black). Tapi aku tak beli pulak yang Spiderman Black tu. Grrrrr.....
Tinggi figurines ni dalam 7-8 cm. Dalam gambar ni aku kasi Large. Jom tengok..
 Captain America
 Thor
 Ironman
 Hulk
 Spiderman


 Huhuu geram pulak tak beli yang Spiderman Black tu. Huh.. Nak kena repeat ker? Adoii.......