Friday, October 16, 2020

PKP 1. 0 Malaysia Kenangan Tahun 2020 yang tidak akan dilupakan | Wabak Coronavirus Covid-19

Kenangan Tahun 2020

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan . Nak simpan kat Blog jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Untuk aku baca di tahun tahun hadapan jika masih dipanjangkan umur  


FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020 
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020 
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020 
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB) 
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh

Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya. 
Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun. 
Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp. 
Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada. 
Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 
Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 
Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah. 
Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 
Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online. 
Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
Taman permainan kanak-kanak ditutup.
Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
Rak-rak di kedai menjadi kosong.
Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg. 
Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 
Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
"Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu !

#CopyNPaste
#ForMyReference
#StayAtHome
#DudukRumah
#CoronaVirus
#Covid19
#StaySafe
#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita
#SocialDistancing

Thursday, May 28, 2020

SALTED EGG PRAWN RECIPES HEXAFOOD | INCLUDE COOKING SHOW | MUKBANG MALAYSIA


Video terbaru dari Daus Redscarz ChannelSALTED EGG PRAWN RECIPES HEXAFOOD | INCLUDE COOKING SHOW | MUKBANG MALAYSIA

HOWTO COOK EASY AND SIMPLE SALTED EGG PRAWN | COOKING TUTORIAL




Video terbaru dari Daus Redscarz ChannelHOWTO COOK EASY AND SIMPLE SALTED EGG PRAWN | COOKING TUTORIAL

BURGER SAMURAI MCDONALS DOUBLE BEEF BURGER SEDAP GILER | MUKBANG MALAYSIA


Assalamualaikum w.b.t 
Welcome to Daus Redscarz Blog..

Video mukbang terbaru dari Daus Redscarz Channel. BURGER SAMURAI MCDONALS DOUBLE BEEF BURGER SEDAP GILER | MUKBANG MALAYSIA

ICECREAM BOBA TEALIVE VIRAL SERBU 7ELEVEN | MUKBANG MALAYSIA


Assalamualaikum w.b.t 
Welcome to Daus Redscarz Blog..

Video mukbang terbaru dari Daus Redscarz Channel. ICECREAM BOBA TEALIVE VIRAL SERBU 7ELEVEN | MUKBANG MALAYSIA

Wednesday, May 20, 2020

Sunday, May 10, 2020

Berbuka dengan Bubur Nasi Berlauk Beraneka Jenis - JIM's PORRIDGE

Asalamualaikum w.b.t
Welcome to Daus Redscarz Blog

Sepanjang PKP ni nafsu makan memang lain macam. Masuk pulak bulan Ramadan sampai tak tau nak berbuka nak makan apa.Tapi kan dalam banyak-banyak menu yang dah makan atau penah order satu je belum makan lagi. Bubur nasi. Teringin pulak nak makan bubur, terbaca plak kawan post kat Facebook. Lain macam style bubur dipanggil Bubur Nasi berlauk beraneka jenis. Boleh order ikut cita rasa sendiri. Siap ada Set-Set lagi. Menarik ni, lagipun dah tak tau nak masak apa untuk berbuka. 

Terus Google la apa lagi.. 

Maka terjumpa la Jim's Porridge, pergghh rambang mata weh, nak makan bubur pun rambang mata haha nak memilih. Oder jela haha.. 

A few moment later....

Tudiaaa banyaknya bubur. Ingatkan saiz kecik je. Makanlah makan.. Puas hati gais, dia punya portion banyak giler, puas hati makan. Ni aku makan tak habis, masuk peti ais sambung makan sahur gais.. Marvellous.. Kalau plain pun ada  atas bubur tu ada daging/ayam cincang.. Sedapp

Oh ya gais, sempena bulan Ramadan Jim's Porridge ni ada promo weh. Nah aku share kat korang.. 

🔥RAMADHAN COMBO PROMO!



15% discount dari total harga untuk setiap pembelian minima 3 unit mana-mana Bubur Berlauk Set.

Korang hanya perlu klik link bawah ni, pilih menu dan nanti mereka akan hantar sampai ke depan pintu rumah korang.


Waktu Tempahan:-
Isnin - Ahad
11 pagi - 4 petang

Area penghantaran : Selayang, Gombak, Setapak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Keramat.

Order hari ni dapat hari ni 👍🏻😘

Untuk keterangan lebih lanjut, korang boleh laaa cuci mata, untuk info lanjut tengok sini yaaa..

Facebook :
Instagram : 

JOM BUKA PUASA DENGAN BUBUR BERLAUK RAMADHAN COMBO JIM'S PORRIDGE!

Teringin nak makan bubur berlauk ? Jom order di webstore Jim's Porridge di sini :-


SELAMAT BERBUKA SEMUA...