Thursday, October 29, 2020

Pengalaman menginap di Teratak Riverview, Tanjung Malim Perak | Masak Ala Survivor

Assalamualaikum w.b.t...

Pengalaman menginap di Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak beberapa bulan lepas masa PKPP. Masa ni baru lepas Hari Raya Korban boleh merentas negeri setelah sekian lama PKP. Dapat juga balik ke kampung berhari raya. Okeh ceritanya bermula masa nak balik KL. Konvoi 3 keluarga dengan ipar-ipar. 

Macam biasa la cuti musim perayaan jalan jem teruk. Time dah abis perayaan semua pakat nak balik KL. Oleh kerana jem teruk kami mula merancang cari pit stop untuk satu malam. Maka mencari la hotel-hotel murah, malangnya hotel semua penuh, cuti panjangkan masa tu. Oleh kerana minded dah set nak pit stop maka pulun juga kami cari tempat stay hari tu. 

Akhirnya terjumpa la satu tempat ni nama Teratak Riverview, terletak di Sungai Bernam, Tanjung Malim, Perak. Dia bukan hotel tapi macam chalet-chalet tepi sungai. Ada tempat perkhemahan ada dorm dan chalet. Berjumpa dengan owner teratak tu, akhirnya dapat la tempat menginap.

teratak riverview tanjung malim

Gambar dari Jambatan

Teratak Riverview ni lokasi dia agak terpencil sikit kerana terletak hampir 4km ke dalam hutan. Memang seram gak perjalanan masuk dalam hutan ni. Jadi kalau bercadang nak menginap sini pastikan korang beli siap-siap barang makanan atau keperluan. Kat dalam tu takde jual barang runcit. Kami dah terkena dah hari tu, maklum la main redah je kan. Apa yang ada pun hanya daging korban bawa dari kampung. Bukan boleh masak pun, api takde, periuk takde bahan bahan masakan takde. Haa tepuk..

Apapun, dah dapat bilik semua, lepas maghrib aku dengan biras kena keluar beli makanan dan barang keperluan. Semua dah pakat lapar malam tu. Senja weh jalan keluar dah gelap gelita. Seram sangat tapi hati kena kental. Hati-hati jangan salah masuk simpang. Mujur la biras aku ni terer ingat jalan. Alhamdulillah dapat sampai ke kedai di Pekan berdekatan (UPSI lama) Tapau makanan dan beli barang keperluan sekali untuk sarapan pagi esok. Kedai runcit tak banyak buka masa tu, jadi beli je la apa yang ada. (maggi, roti, telur, periuk, lighter, air mineral dan lain-lain)

Selesai semuanya, masuk semula ke dalam hutan, alhamdulillah sampai dengan selamat di lokasi penginapan. Maka makan la kami beramai ramai sambil ditemani bunyi air sungai deras yang mengalir. Lepas makan sembang-sembang dan masuk tidur. 

KEESOKKAN HARI

Nyaman sungguh tidur, semua tidur dengan nyenyak sekali. Maklum la semua letih semalam. Pepagi budak-budak dah turun sungai. Bapa bapa siapkan sarapan. Menu pagi ni roti sandwich telur rebus dengan maggi sup. Berbekalkan periuk yang beli semalam, maka dapat la masak-masak pagi ni. Tempat memasak atau bakar ada disediakan. 
teratak riverview tanjung malim

Gambar dari titi gantung

Teringat daging korban yang bawa semalam, aku terus terfikir nak masak sikit buat sup. Dengan bahan-bahan takde jadi aku nak masak dengan apa yang ada. Ala-ala survivor la konon. Aku ada terbeli bawang putih kat eco sebelum balik hari tu, ada dalam bonet. Memang berguna sangat la, lepas tu ada daun kunyit pun bawa dari kampung gak, nak buat tanam tapi memandangkan daunnya banyak boleh la ambik sehelai dua. Ada pokok serai ditanam oleh owner tempat ni. Dah minta izin, minta sebatang dua serai. Garam takde jadi aku guna perencah maggi ayam. Jom tengok aku masak. Sangat mudah tapi memang sedap sangat.

Memang syiok oo masak tepi sungai. Kalau ada bahan-bahan cukup memang lagi padu. Makan pulak tepi sungai memang nikmat. 

Pemandangan dan lokasi sangat cantik dan sangat menarik. Boleh menikmati keindahan alam semulajadi yang luar biasa. Sungai sangat sejuk, jernih cuma agak deras sikit. Sila berhati-hati. Tempat ni biasa dijadikan tempat untuk aktiviti teambuilding, berkhemah dan aktiviti lasak. Kalau ada peluang nanti, aku nak repeat tempat ni dan aku pastikan persediaan lebih rapi untuk stay kat sini. Bawa dapur gas, periuk, garam gula dan sebagainya. Memang best. 

Tengahari checkout dan pulang ke KL. Sekian, semoga bertemu lagi di entri entri akan datang.

2 comments:

  1. Kampung teman nie... lama juga xbalik sana.. PKPB kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa best tu.. boleh berkelah selalu.. hehe.. tp PKPB ni takleh gi mana la.

      Delete