Friday, January 29, 2016

Edd The Barber | Barber Shop Ampang

Minggu lepas Projek Hipster ke sebuah Barber Shop | Kedai gunting rambut di Ampang, Selangor. Barber Shop ni baru beroperasi 3 bulan yang lepas. Wow baru sangat ni. Khabarnya konsep ala-ala mat salleh. Apa kata kita terjah dulu. Menarik ke tak?
Edd The Barber | Ampang Barber Shop
Fuhhh baru sampai depan pintu dah macam barber shop kat obersea. Eh tau pulak aku barber shop kat obersea. Haha aku agak je. Teruja aku. Betul ke barber shop ni? Haha, nasib baik terpampang besar signboard Edd The Barber kat atas tu. Betul dah tu. Edd The Barber ni terletak di B-01-G, Ground Floor Block B, Dataran Palma, Jalan Selaman 1, Off Jalan Ampang, 68000 Ampang. Kalau nak cari senang sangat. Cari dulu Hotel de Palma, sebelah De Palma tu ada Al Rajhi Bank. Belakang Al Rajhi Bank tu je. 
Kedai gunting rambut di Ampang | Barber Hipster di Ampang
Fulamak, dia punya deko-deko sangat menarik. Memang betul la macam konsep Mat Salleh. Siap ada pondok telefon lagi. Macam kat London.. Serius memang smart. Kat sini ada 4 orang styelist. Masa menunggu pun tak lama. 
Rasa macam bukan pergi Barber Shop kan. Sebab tu la aku suka pilih barber shop dari saloon. Terasa kelainan bila berada dalam barber shop ni. 
Official launching Edd the Barber pada 8 November 2015. Kira-kira dekat 3 bulan dah. 
Ni list harga untuk Edd the Barber 
Takkan nak datang tengok kedai je kan, kena la try testing dulu kan. Nak tengok kepakaran stylist Edd The Barber ni.. Kalau pesyen tak jadi, rambut aku yang kena, kalau jadi pun rambut aku gak. Haha, takpe aku berkorban rambut aku untuk next pelanggan. Kemain haha!!
Serius aku puas hati dengan stylist aku ni. Nama dia Ayie kalau tak silap. Sangat teliti. Masa aku tengok buat haircut ni, layan pulak musik, alamak aii tak sedar rambut aku tengah dipotong. Memang layan abis. 

Serius walaupun Barber shop ni stylist ni semuanya lelaki, aku memang respect la, kebersihan dan kekemasan dalam barber ni dititikberatkan. Peralatan disusun rapi dan rambut yang telah dipotong tidak bersepah-sepah. Aku dah pergi 2,3 barber shop semuanya bersih. Keep it up!! Aku menyokong sepenuhnya barber shop ni.. 

Projek Hipster bersama dengan Founder dan Owner Edd The Barber | Eddy Rakion . Smart dan peramah orangnya hehe (saya suka logo tu) Haa, nampak tak hasil rambut kami. Kalau yang tengah mencari Barber Shop | Barber Hispter ni, aku syorkan korang cuba kat Edd The Barber.


Waktu operasi:
Isnin-Rabu : 11am - 11pm
Khamis : Cuti
Jumaat : 3pm - 12am
Sabtu-Ahad : 11am - 12am

Alamat:

B-01-G, Ground Floor Block B, 
Dataran Palma, Jalan Selaman 1, 
Off Jalan Ampang, 68000 Ampang
No Contact : +60342667421


Instagram : Edd The Barber

Facebook : Edd The Barber

HairCuts isn't just a fashion, it's a LIFESTYLE

Jom singgah dan follow Instagram Projek Hipster