Tuesday, January 12, 2016

Bila Abang Ngah masuk Tahun 1

Hari pertama masuk sekolah. Abang Ngah brani dan semangat lain macam. Konfiden pun ada. Walaupun aku tau Abang Ngah ni boleh handle sendiri tapi aku tetap pantau dari jauh. Dari rumah sampai ke sekolah aku usha Abang Ngah.
Akif Danish
Sekadar hiasan
Meh nak cerita apa yang Abang Ngah dah buat hari pertama sekolah. First skali masa perhimpunan, yang lain masih gendong beg. Beg Abang Ngah mana? Dah simpan dalam kelas katanya. Wow tau pulak dia kelas dia kat mana. Time-time gini mana ada murid tahun 1 brani nak naik hantar beg bagai. 

Okeh lepas perhimpunan kedengaran pulak suara ABANG NGAH menjerit bertanya kepada seorang guru. "Saya kelas apa cikgu". Sebab tahun 1 ada 3 kelas (Cemerlang, Dinamik dan Wawasan). Cikgu tu jawab "belum lagi tau." 

Masa rehat pulak kat Kantin.
Dengan cool je dia pergi berbaris untuk beli makanan. Aku usha je gelagat dia. Makanan pertama dibeli oleh Abang Ngah... Nasi Lemak!!... Ok la tu memang favourite dia pun. Tengah-tengah makan tu dia bangun bawa pinggan dia. Aku tanya la "Bang ngah nak pergi mana?" Slamber je cakap "Nak tambah sambal".. Amboiiii kemain lagi. Buat cam rumah lak dia... kikikiki 

Dan yang paling best skali.. Hari pertama jeng jeng jeng..........................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tudiaaaaa.... Win betul la, hari pertama kasut sekolah yang putih suci dah jadi gini. Haha tapi itulah anak lelaki. Takpe la kita sapu pemutih kasut dulu. Tunggu hujung minggu baru basuh.