Nuffnang

Cosmoderm

cosmoderm

Sunday, January 17, 2016

Samsung Express Service Center Pandan Indah

Sambungan dari entri semalam. [ketidakstabilan smartphone samsung S6]

"3 jam" kata petugas kaunter Samsung tu bagi tau aku. Dia nak check dan repair apa yang patut. Ok la 3 jam, jangan sehari sudah. Masak aku takde phone. 3 jam tu kejap je, pergi makan pergi solat jumaat siap!

Rasanya sejam lebih je dia buat. Lepas solat jumaat ingat nak pegi ambik dah tapi jauh plak dari ofis. So aku tunggu la time balik nak pegi ambik. Sekali hujan lebat selebatnya petang tu. Hmm balik lambat la gamaknya petang tu. Tunggu hujan reda. 5.40 petang cam tu aku redah gak la pergi ambik phone tu. Sampai-sampai ambik phone pastu terus balik. 6.30 petang sampai rumah. 

So ni la resit yang aku report pasal smartphone aku ni dan part-part yang telah diganti oleh Samsung. 
Samsung Express Service Center - Pandan Indah
Defecf Description : Hang / Auto Restart

Sekali bila dah repair tudiaaa, sampai 3 parts kot dorang tukar. Fuh ini menakutkan je. Dah kira tahap ICU smartphone aku nih.. Main (Comm) / Rework Kit dan Inner Battery Pack ( eh tukar bateri baru ker? ) Padahal tak sampai setengah tahun lagi pakai. Memang ikut luck la beli smartphone ni. 
Samsung Express Service Center - Pandan Indah
Nasib baik masih dalam full warranty. Kalau tak masak kena cas ni. Meh aku nak cerita kat mana aku pegi servis smartphone samsung S6 aku ni. 
Mula-mula aku tak nak mention lagi Service center ni risau-risau tak berbaloi atau risau service tak ok. Tapi memandangkan service tiptop dan EXPRESS tak sampai 3 jam pun dari yang dia cakap tu, meh aku share location. 
Samsung Express Service Center - Pandan Indah
Lot 31, Ground Floor, Pandan Kapital Shopping Complex,Persiaran MPAJ, Persiaran Mpaj, Pandan Indah, 56100, Selangor, MalaysiaPhone:+60 3-4292 1010
Hours: 10.30 pagi - 9.30 malam
Map [KLIK MAP]

Dan aku dapat balik Smartphone aku. Lega rasanya. Harap-harap masalah ni tak berulang lagi. Frust aku dibuatnya.