Saturday, January 30, 2016

Cerita satu ketika dulu Part 2

Sambungan... dari Part 1

Duduk di asrama ni ada yang suka-suka, ada yang terpaksa. Aku tinggal dulu atas suka-suka. Bila difikirkan balik rasa macam menyesal je tinggal di asrama masa tu. Bukan ape, awal-awal usia dah berjauhan dengan family kan.. Petang ahad dah ke asrama. Dipendekkan cerita, biasanya kalau datang ke asrama ni ramai yang bawa sekali bekal atau buah-buah. Yelah hari ahad baru datang dari rumah macam-macam la dibawa. Kalau ada musim rambutan, durian, langsat dan belimbing merah. Ini lah yang dibawa. Dan paling tak dilupakan buah timun dayak atau timun kampung. Dikala orang di bandar makan epal ke, mangga, oren sunkis tu, kami makan timun ni. 
Timun Dayak
Timun Dayak | Timun Kampung (sumber google)
Timun ni tak kira musim, ikut bila tanam je, cukup time berbuah maka berbuah la. Pokok timun ni lebih kurang pokok labu tapi kecil skit. Tumbuh menjalar atas tanah. Ada rakan-rakan yang bawa timun ni siap dengan garam dan ada sekali dengan sambal belacan. Memang sedap kalau dimakan begitu saja. Biasanya petang ahad tak ramai orang lagi sebab ada yang datang pagi isnin. 

Waktu malam...
Ngap Sayot 1992
Ngap Sayot 1992
Teringat apabila waktu malam pula, lepas waktu belajar malam, kami pakat dengar radio. Paling best time ada perlawanan bola sepak Liga Perdana Malaysia. Ngap Sayot (Sarawak) dengar ulasan di radio. Zaman tu teringat lagi pemain seperti Effendi Julaihi, Jalil Ramli, Jafri Manai, David Evan..  Kalau gol takleh jerit kuat-kuat nanti warden dengar... haha... Itu antara nostalgia yang tak dapat dilupakan... 

Ada lagi menarik... 

Bersambung...

No comments:

Post a Comment