Nuffnang

Cosmoderm

cosmoderm

Wednesday, January 6, 2016

Shell Tanker Limited Edition | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

    #7 40196 Shell Tanker Limited Edition – 13 December 2015 | Keluaran minggu 7 (terakhir)
    Detik 12 malam 13 Disember 2015, Stesen Minyak Shell telah pun dibanjiri oleh segelintir peminat dan pengumpul Lego. Fuhh begitu hangatnya keluaran terakhir kali ni. Lego Shell Tanker Limited Edition. Limited punya pasal sanggup beratur panjang. Aku pun terlibat dan terjebak sama. Nak tengok ramai tak ramai tengok gambar bawah ni. 
    Lego Shell Tanker Limited Edition
    Lego Shell Tanker Limited Edition
    Gigih kan aku. Tengah malam pergi cari stesen minyak shell. Harap takde yang fikir negetif plak yer. Sanggup tunggu malam-malam gini. Benda lain tak sanggup buat. Aku sebenarnya pun dah terlupa malam tu dah release Lego Tanker tu. Dapat plak info dari Whatapps group terus la aku menuju ke Shell berdekatan. Sampai-sampai tu dah ramai orang. Baris je la dari tak dapat. Biasa la benda limited ni feel lain sikit. Berbaris nak dapatkan Lego Tanker Shell je pun. bukan dapat 1 jongkong emas. Hehe. Tapi dapat cara begini memang puas. Akhirnya dapat jugak sebiji..
    Lego Shell Tanker Limited Edition
    Haa ni lah dia, Lego Tanker Shell. Pulun nak dapatkan. Haha whatever.. Janji dapat completekan set Koleksi Lego Ferrari Shell siri 2 aku. Kalau tak dapat ni silap-silap kena beli kat luar dengan harga mahal. 
    Lego Shell Tanker Limited Edition
    Lego Shell Tanker Limited Edition
    Lego Shell Tanker Limited Edition
    Lego Shell Tanker Limited Edition
    Lego Shell Tanker Limited Edition
    Lego Shell Tanker Limited Edition
    Apa macam smart tak. Memang berbaloi la dapatkan Lego Shell Tanker ni. Sebab apa, banyak part kot pastu dapat dengan harga RM10 je. Puas hati. 

    By the way, aku puas hati dengan term & condition yang SHELL buat untuk dapatkan Lego Tanker yang limited ni. Wajib beli RON97 RM40 + kena isi dulu kereta dan pastikan isi minyak dulu baru redeem lego + seorang dapat 1 lego. Kalau nak lebih lego kena pergi berbaris lagi. Dan aku suka cara tu, dapat la semua merasa dapat lego. Kalau tak nanti orang depan dah borong silap-silap boleh putih mata berbaris panjang-panjang. 

    Antara kes-kes yang pernah jumpa dalam Facebook semata-mata nak redeem Lego ni. 

    *Siap bertekak-tekak dengan cashier, aku pun tak tau apa kes. 
    *Isi minyak sampai tumpah-tumpah sebab wajib isi Rm40. Kalau tong kecik dan dah penuh tak tau nak buat cam mana dengan belen minyak. 
    * Kes berbaris ni satu hal lah
    * Shell station penuh dengan kereta parking tanpa pemandu. Sebab semua tengah berbaris. Kereta parking pulak dalam petak isi minyak. Orang lain yang nak isi minyak tak beli lego pun terpaksa tunggu dan blur sekejap. Sapa emergency nak isi tu memang kesian la. 
    Kot-kot ada kes lain tu, korang list la dalam komen... begitu la kisahnya Limited Edition...