Tuesday, December 27, 2016

Konvoi HONDA CIVIC 2H1M ke Pulau Pinang bersama Honda Malaysia

Ride The Dream Civic ! Fuhh tak sangka impian menjadi kenyataan. Dapat invitation Trip 2 hari 1 malam Konvoi bersama Honda Malaysia ke Pulau Pinang dan yang paling best naik Honda Civic baru ! Wow.. Alhamdulillah ! Sebelum Honda Civic launching lagi aku dah usha kereta ni. Beberapa bulan lepas tu hari-hari aku nampak kat jalan. Serius aku berkenan. Tak sangka pulak dapat ride the dream car. Tak dapat beli lagi tapi dapat rasa dulu pun dah teruja. 

Sebenarnya, pertama kali aku join konvoi ni. Harap yang baik-baik saja. Antara tujuan konvoi ni, Honda Malaysia nak memperkenalkan Civic terbaru generasi ke-10 dan antara revolusi Civic terbaek pernah dikeluarkan dalam kategori Civic sebelum ni. Lagi satu, bagi peluang merasai travel dan perjalanan jauh menaiki Civic. Best ke tak ? Aku ceritakan pengalaman aku kat bawah nanti. Okeh, seawal jam 9.00 pagi kami berkumpul di Onde-onde Citta Mall untuk pendaftaran dan sesi taklimat sebelum memulakan konvoi. Banyak benda baru yang aku tak pernah tau pasal kereta ni. Haha, lagipun segmen kereta aku segmen B jadi banyak sekali perbezaan dengan Honda Civic yang segmen C ni. Civic ni kategori segmen C tapi featuring segmen D pulak tu.. Haha jangan blur ya pasal segmen-segmen ni. Boleh baca sini untuk info segmen ni [Klasifikasi Segmen kereta di Malaysia


Sesi group photo sebelum konvoi berlepas. 15 travel blogger dan media yang berpeluang memandu Honda Civic baru. 5 buah kereta Honda Civic untuk test drive dengan 3 varian yang berbeza. Civic 1.8S , Civic 1.5L VTEC Turbocharged dan Civic 1.5L VTEC Turbocharged Premium. 
 Tepat jam 10.00 pagi Flag up konvoi berlepas ke Pulau Pinang. Bismillah.. 
Satu kereta 3 orang ( Aku, Lan Careno & Seraphsam) Kami pilih untuk drive Honda 1.5L VTEC Turbocharged. Aku volunteer drive dulu. Serius aku sangat excited nak drive. Kenapa ? Kereta idaman ni beb. Smart giler weh.. Dalam sangat luas, segalanya kat dalam pakai button je, push start button, electrostatic switch, aircond button, skrin audia besar dan lain-lain. Mantap sekali.. Okeh, macam biasa sebelum drive, kena betulkan seat dulu. Terkial-kial cari akan pedal nak ejas seat. Jakun sungguh mula-mula haha.. Rupa-rupanya main push button je. Nak ke depan ke, ke belakang ke tekan je. Ada 8 way driver power seatTune je ikut keselesaan. Senang giler. 

Okeh, aku mula drive dari Citta Mall, PJ sampai ke Pit Stop pertama, RNR Tanjung Malim. Sebelum Lan Careno ambil alih. Tak terasa weh, sedar tak sedar drive dekat sejam lebih sebelum pit stop. Masuk highway Lebuhraya Utara Selatan tekan je. Sampai pitstop tukar driver pulak. 
Destinasi kami seterusnya, isi perut dulu. Okeh, konvoi singgah sebentar makan tengahari di Restoran Sri Tanjung Tualang, Tanjung Tualang Perak. Restoran yang famous kat Perak dengan makanan seafood. 
Alhamdulillah, kenyang bak ang.. Sedap-sedap menu yang dihidangkan. Antaranya menu dihidangkan Butter Prawn, Siakap Sweet Sour, Sotong goreng tepung, pucuk paku goreng belacan dan lain-lain.. Terbaekk ! Fevret aku semestinya udang ! Ingat udang sila ingat aku.. 
Selesai makan tengahari kami teruskan konvoi ke destinasi seterusnya. Perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Ada apa kat sana ? Okeh next aktiviti kat sana nanti ada pertunjukkan GYMKANA ? Apa ke benda gymkana ni? Haha aku mula-mula pun tak tau, lepas tu aku google. Owh !! Tiba-tiba 😱😱  seramnya.. Mungkinkah tengok saja dari luar atau kena naik skali ? Haha tiba-tiba nebesss giler..
Setiba di perkarangan tempat letak kereta Stadium Batu Kawan @ Stadium Negeri Pulau Pinang, kami terus di brief oleh crew-crew Honda Malaysia berkenaan dengan aktiviti Gymkana ni. Selalu tengok aksi-aksi ni dalam TV je, tak sangka pulak hari tu kena merasai sendiri. 
Salah satu tujuan utama demo ni nak tunjukkan kat kami tentang teknologi Vehicles Stability Assist (VSA). Apa VSA ni ? Okeh dengan adanya VSA ni pemandu dapat mengawal kereta yang dipandu membelok mengikut arah yang dikehendaki apabila kecemasan. Mengawal oversteering dan understeering meningkatkan keupayaan kereta ketika membelok. Ia lebih stabil. By default, VSA dalam kereta ni dah memang dalam keadaan VSA On. Memang terasa perbezaan antara VSA On dengan VSA Off. Kalau Off kereta makan jalan, rasa terbabas. Pergghh kalau aku biar ON je la, tak yah nak off-off sangat. 
Nah layan... aksi menarik dari Crew Honda. Pemandu professional katakan. Rileks je...


Bila aku masuk dalam. Muka cam ganas tapi cuak giler doh.... tak pernah-pernah buat gymkana ni. Tapi mula-mula je, pastu ok je. Haha rasa macam nak lagi.. 
Bila photographer jerit "free styles" begini la jadinya. Haha.. Budak lepas operate kaki tu pun boleh lompat. Selesai aktiviti di Stadium Batu Kawan, destinasi seterusnya ke Botanica Mansion, Balik Pulau, Pulau Pinang untuk makan malam. Konvoi bertolak dari sini kira-kira jam 6.00 petang. 
Konvoi menyusuri Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Hebat photographer ni, pandai cari angle menarik.. 
Sejam kemudian kami tiba di Botanica Mansion, Balik Pulau. Terus dijamu menikmati "welcome drink".. sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.. 
Botanica Mansion merupakan sebuah rumah ladang yang dibaikpulih menjadi restoran. Makan buffet dan stall konsep. Famous Assam Pedas, Penang Char Kuey Teow, Popia dan banyak lagi. 

Dalam pukul 8.30 malam kami bertolak ke G Hotel Kelawai, Georgetown untuk check in. Perjalanan agak mencabar ketika meredah pasar malam Batu Feringghi. Hari sabtu malam minggu, ramai pelancong dan pengunjung ke situ. Aliran trafik pun perlahan. Apa yang menarik bila dalam situasi begini, kita aktifkan fungsi Brake Hold. Apa fungsi Brake Hold ni? Okeh, katakanlah tengah pandu kereta dalam jem, kejap berhenti kejap jalan, pada kedudukan kereta berhenti sepenuhnya maka dengan secara automatik kereta akan brek. Kita tak perlu pijak brek dah. Lepas je kaki yang pijak brek tu. Bila dah bergerak hanya tekan minyak je. Dah la auto kan, pastu tak perlu pulak tekan brek.. Wahh jimat tenaga gini.. 
Sampai di G Hotel Kelawai dalam 9.30 malam. G Hotel Kelawai menjadi tempat penginapan kami. Smart giler dalam bilik siap ada office table. Hotel 4.5 star gitu !  Setelah seharian konvoi akhirnya masa untuk berehat. ZZzzzzzz...

Hari ke-2 Konvoi Civic bersama Honda Malaysia

Bangun seawal 6.30 pagi,  Semangatnya, bersiap-siap untuk breakfast dan check out. Dalam jam 8.30 pagi check out hotel. Aktiviti hari kedua bermula dengan konvoi ke Escape Adventure Extreme Park, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Lokasi tak jauh sangat dari Hotel. Bertolak tepat jam 9.00 pagi. Sampai kat lokasi dalam masa lebih kurang setengah jam je. 
Tak tau pulak aku ada Extreme Park kat sini. Perghh menarik sangat ni. Aku plak memang suka aktiviti lasak ni. Kenapa aku tak tau sebelum ni? Haha takpe kita layan dulu.. Jom gayut!! Kena main puas-puas ni sebab aktiviti last kat Penang sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur. 
Sebelum beredar Crew Honda menunjukkan kelebihan Honda Civic baru. "Remote Engine Start".. 
Wow boleh start enjin dengan remote je. Yela, tengahari panas terik, parking kereta pulak kawasan tak berbumbung. Kompom panas dalam kereta. Dengan Remote Engine Start ni, boleh start enjin dari jauh dan secara automatik aircond turut on. Fuhh hebat-hebat. Masuk kereta dah sejuk. Jangan risau walaupun enjin dah dihidupkan, orang lain tak boleh masuk selagi pemilik atau pemegang kunci belum masuk. Honda menitikberatkan soal keselamatan pemandu atau pemilik kereta ni. 

Dalam pukul 1.30 petang, konvoi berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Apapun singgah makan tengahari dulu di Restoran Prawn Village Bukit Tambun. Jam dah menunjukkan dekat pukul 3.00 petang patut rasa lapar... Lunch kami makan seafood lagi.. Aumm seafood memang fevret so tak kisah pun. Aku rasa kali ni aku makan banyak mungkin tenaga banyak abis masa kat escape adventure tadi hihi..
Blruppp, kenyangnya.. Makanan sedap-sedap kat sini. Sampai licin kali ni haha.. 

Okeylah, masa untuk balik KL dah. Lebih kurang jam 4.00 petang, konvoi kami meneruskan perjalanan balik KL. Satu lagi pengalaman yang mendugakan apabila konvoi kami turut terlibat dalam kesesakan jalan sepanjang highway menuju KL. Musim cuti sekolah kan. Apapun dengan kelebihan dan fungsi pada Honda Civic baru, aku yakin pemandu dan penumpang masih dalam keaadan yang selesa. 

Alhamdullillah, jam 9.30 malam kami tiba di Onde-onde Citta Mall, PJ. Lega rasanya dah sampai.. Apapun, pengalaman luar biasa pernah aku join. Sebenarnya macam tak puas lagi berjalan haha. Terima kasih Honda Malaysia bagi peluang berkonvoi memperkenalkan Honda Civic baru, penginapan, makan-makan serta aktiviti beriadah semua. Kredit photo jugak kepada photographer Honda Malaysia. Terima kasih...

Apa yang menarik tentang Honda Civic baru 2016 ni? Banyak lagi Featuring menarik tentang Honda Civic ni... Boleh baca sini. [Honda Civic baru 2016]

Honda Civic baru 2016 Ekslusif dan Sporty !

HONDA telah melancarkan CIVIC terbaru yang merupakan generasi Ke-10 pada Jun 2016 lepas. Satu lagi revolusi baru dalam keluaran Civic. Apa yang pasti, hasil yang paling komprehensif dan bercita-cita tinggi yang pernah dilakukan oleh Honda. Serius nampak ekslusif dan sporty. Tahap pembuatan yang lebih halus dan berdaya saing.  Bukan itu saja, Honda juga tawarkan nilai segmen D pada harga segmen C !! Fuhh menarik sangat ni, bakal pemilik Civic ni akan merasa featuring dalam segmen D pada kadar harga segmen C. Aku dok sebut segmen-segmen ni korang tau ke tak? Nah korang boleh refer info segmen [Klik sini
Civic generasi ke-10 ni menjadi pengubah dalam segmen C dari segi reka bentuk, prestasi dinamik, penjimatan bahan api, keluasan, kualiti ruang dalaman dan ciri-ciri keselamatan. Honda menggabungkan reka bentuk luaran yang kemas dan aerodinamik. Rekaan dalaman dan keluasan kenderaan segmen D untuk mencapai keselesaan tertinggi (superior comfort) 

Varian Civic dan Teknologi
Civic baharu turut memperkenalkan enjin 1.5L VTEC Turbocharged baharu yang dibangunkan di bawah “Earth Dreams Technology” Honda menawarkan “Keseronokan Untuk Memandu” (Joy to Drive) dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api yang cemerlang. Di mana Honda Malaysia merupakan pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa yang pertama memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C. Selain dari enjin 1.5L VTEC Turbocharged, Honda juga memperkenalkan enjin 1.8L i-VTEC. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear “Continuously Variable Transmission” (CVT) untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api. Kedua-dua varian Civic serba baharu ini diiktiraf sebagai “Kenderaan Cekap Tenaga” (EEV). Haa, memang elok sangat la EEV ni kerana saranan kerajaan menawarkan kenderaan EEV kepda orang ramai. 
Civic menawarkan Advance Interface menerusi Paparan Audio bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian generasi muda. Skrin besar tu. Boleh SYNC dengan Iphone !! Sapa-sapa ada Iphone, boleh sync dengan paparan skrin guna USB atau Bluetooth. Boleh buat call, boleh tengok Waze, play music dan lain-lain, secara tak langsung, meningkatan tumpuan semasa memandu.

Antara ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic ialah: 

Ciri-ciri baru CIVIC
  • Remote Engine Start 
Boleh hidupkan enjin dari jauh guna remote. Kalau kata kita parking di tempat yang panas, tidak berbumbung, kita hidupkan enjin dari jauh je. Dengan secara automatik juga aircond dihidupkan. Lepas tu baru kita pergi kat kereta. Masuk-masuk dah sejuk. Best kan, takde la masuk-masuk rasa bahang. Ada yang tanya kalau start enjin dari jauh tak bahaya ke ? Nanti orang masuk. Okeh, sebenarnya walaupun kita dah hidupkan enjin dari jauh tapi pintu masih dalam keadaan Lock. Hanya pemilik atau pemegang kunci saja boleh buka pintu.
  • Walk Away Auto Lock 
Kereta akan auto lock sekiranya pemandu atau pemegang kunci kereta berada lebih 2 meter dari kereta. Kadang-kadang kita mungkin terlupa nak kunci kereta, maka dengan teknologi Auto Lock ni, kereta akan lock dengan sendirinya. 
  • Electric Parking Brake 
Yang dulu dipanggil Handbrake. Sekarang dah tukar ke Elektric Parking Brake. Kecik je button, push dan pull je. Jimat ruang tengah-tengah tu. Teknologi semakin canggih.. 
  • Auto Brake Hold
Fungsi yang paling berguna masa jem, kawasan arus traffik perlahan. Bertujuan membantu pemandu tekan brek ketika berhenti. Tak faham ? Okey macam ni, ketika kita drive masa jem kan, kejap jalan kejap berhenti, kejap brek kejap brek kan. Masa ni la kalau kita aktifkan auto brake hold ni, ia membantu pemandu brake secara auto. Kereta berhenti je terus automatik brek. Tak perlu tekan brek dah. Lepas tu nak gerak terus tekan minyak je. Mudah kan..
Selain dari itu Honda juga menitikberatkan aspek-aspek keselamatan. Semua varian Civic serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya.
Ciri-ciri Keselamatan
  • 6 Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” dan Beg Udara pada bahagian sisi) 
  • Vehicle Stability Assist (VSA) 
  • Anti-Lock Braking System (ABS) 
  • Electronic Brake Distribution (EBD) 
  • Brake Assist (BA) 
  • Hill Start Assist (HSA) 
  • Emergency Stop Signal (ESS) 
  • ISOFIX 
Spesifikasi Luaran (Exterior) tambahan/perbezaan mengikut varian

Honda CIVIC 1.8S
LED daytime running lights
Projector halogen headlamps
Body color door handles
LED tail lights

Honda CIVIC 1.5L Turbo 

Chrome door handles
Automatic wiper
17-inch two-tone alloy wheels

Body Color Side Mirror (Power Retractable w/ LED Turning Signal)

Honda CIVIC 1.5L Turbo Premium
LED fog lights
Full LED headlamps with auto leveling
Rear spoiler


Warna
Terdapat 5 warna yang ditawarkan untuk Civic baru ni iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl, disamping dua warna baharu iaitu Perak (Lunar Silver Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid Pearl). 
Harga 3 Varian
Honda menawarkan harga bermula RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans) RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans) RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)

Servis dan penyelenggaraan
Varian Civic 1.5L VTEC Turbocharged serba baharu dilengkapi sistem pemantauan pintar. Ia memberikan ketenangan minda untuk mengekalkan kecekapan dan prestasi enjin. Ciri ini berfungsi bagi mengingatkan pelanggan masa untuk menukar minyak enjin melalui satu lampu pada speedometer mengenai status servis tersebut. Para pelanggan boleh menikmati jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000km di 88 buah pengedar Honda di seluruh negara.

Dengan pelancaran model yang signifikan ini, Civic telah masuk ke dalam satu era baru. Civic serba baharu akan mengubah cara pelanggan di Malaysia menikmati dan memandu sebuah kereta. Ia juga meningkatkan harapan pelanggan terhadap kenderaan dalam segmen C dan mengubah situasi ini sepenuhnya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Civic serba baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda. Boleh la usha-usha dengan lebih dekat lagi. Cari showroom berdekatan dengan korang. Juga boleh hubungi noombor dibawah.
Talian Tol Percuma Honda :
1-800-88-2020 
atau layari laman web 
atau 



Korang boleh baca pengalaman aku Konvoi Honda Civic bersama Honda Malaysia [Konvoi Honda Civic]

Thursday, December 22, 2016

Klasifikasi Segmen Kereta di Malaysia

Honda, Toyota, Nissan, Proton, Perodua, Peugeot, Hyundai, BMW, ni antara jenama kereta-kereta yang popular kat Malaysia. Korang tau tak cara nak klasifikasi kereta-kereta ni selain mengketagorikan kenderaan ini mengikut jenis Mini, Sedan, SUV, MPV, Hatchback atau Sport ? Ok, kereta-kereta ini jugak dibezakan mengikut klasifikasi diberi nama SEGMEN.  Apa pulak la segmen ni ? Aku pun baru tau ni. Jadi aku ringkaskan apa yang aku faham tentang segmen ni. Sumber dari Google, wiki dan blog. Kalau salah sila perbetulkan. Kat Malaysia ni kita ikut Euro Market SegmentSetiap segmen itu merangkumi rekabentuk kenderaan, jenis, saiz, kegunaan dan lain-lain. Terdapat 9 segmen semuanya. Segmen A, B, C, D, E, F, J, M dan S.

Berikut klasifikasi Segmen :

A : Kereta Mini
B : Kereta Kecil
C : Kereta Sederhana
D : Kereta Besar
E : Kereta Eksekutif
F : Kereta Mewah
J : Kereta Sport (Termasuk kenderaan Off-Road)
M : Kereta Pelbagai Guna (MPV)
S : Kereta Sport


Segmen A
Kategori kereta berkuasa di bawah 1300cc dan harga murah. Kebanyakkan kenderaan dalam segmen A ni tidak menggunakan minyak yang banyak.
Contoh kereta : Perodua Viva, Perodua Axia, Perodua Kancil, Proton Saga, Perodua Bezza, Kia Picanto, Smart Fortwo



Segmen B
Kategori kereta berkuasa 1300cc ke 1600cc. Harga bawah dari RM100,000 
Contoh kereta : Toyota Vios, Proton Persona, Nissan Almera, Honda City, Mazda2 Sedan, Perodua Myvi, Proton Iriz, Ford Fiesta, Volkswagen Polo, Honda Jazz.

Segmen C
Kategori kereta berkuasa 1600cc ke 2000cc harga kebanyakkan lebih dari RM100,000
Contoh kereta : Toyota Corolla Altis,Honda Civic, Ford Focus, Mazda3, Mercedes Benz C-Class, BMW 3-Series, Nissan Sylphy, Hyndai Elantra

Segmen D
Kategori kereta berkuasa 2000cc ke 3000cc Kategori kereta selesa untuk keluarga sederhana. Antara kereta spek permulaan kereta mewah.
Contoh kereta : Toyota Camry, Nissan Teana, Honda Accord, Volkwagen Passat, Mercedes Benz E-Class, BMW 5-Series, Hyundai Sonata, Proton Perdana 2016, Volvo S90

Segmen E
Kategori kereta berkuasa 3000cc ke atas dan yang terbesar dalam segmen kereta. Jarang nampak kat Malaysia ni. Dikategori sebagai Executive Car Saloon.
Contoh kereta : Chevrolet Impala, Ford Taurus, Mazda Xedos 9, Hyundai Grandeur, Holden Commodore, Generasi pertama dan kedua Škoda Superb, Toyota Avalon.


Segmen F
Kategori kereta ini sama dengan kereta Segmen E tetapi yang membezakannya adalah status mewah dengan tanda harga yang amat tinggi. Ianya melambangkan status dan kekayaan serta kejayaan kepada pemiliknya.
Contoh kereta : Mercedes Benz, BMW dan Audi BMW 7 Series, Mercedes-Benz S-Class, Porsche Panamera, Audi A8, Lexus GS, Maybach, Roll Royce Phantom.


Segmen J
Lebih kepada Sport Utilities Vehicle (SUV) Kebanyakkan kereta SUV ni kelihatan sport dan ramai yang meminatinya kerana citarasa dan interaktif. Pilihan terdapat dalam pacuan 4 roda (4WD) dan juga 2 roda (2WD).
Contoh kereta : Peugeot 2008, Perodua Kembara/Nautica, Mazda CX-3, Honda HR-V, Toyota HR-C, Nissan Juke, Mercedes Benz GLA, Audi Q3, BMW X1, Kia Sportage, Honda CR-V, Mazda CX-5, Nissan X-Trail, Audi Q5, BMW X3, Hyundai Tucson, Volvo XC60, Lexus RX, Audi Q7, Ford Edge, Hyundai Santa Fe, Jeep Cherokee, Volkswagen Touareg, Volvo XC90, Toyota Land Cruiser

Segmen M 
Kenderaan dalam Segmen M atau lebih dikenali sebagai MPV (Multi Purpose Vehicles) ini sering menjadi pilihan bagi sebuah keluarga sederhana dan besar kerana lebih ruang, tempat duduk dan amat selesa.
Contoh kereta : Perodua Alza, Proton Ertiga, Toyota Avanza, Toyota Sienta, Honda Freed, Nissan Grand Livina, Proton Exora, Toyota Innova, Nissan Serena, Honda Stream, Toyota Alphard, Hyundai Starex,Toyota Hiace.

Segmen S
Kereta sports yang merupakan kenderaan yang berkuasa dan berprestasi tinggi. Tidak semua orang ingin memilikinya kerana penggunaannya yang terhad.
Contoh kereta : BMW Z4, Lotus Elise, Mercedes-Benz SLK, Toyota 86Aston Martin DB9, Bentley Continental GT, Ferrari FF, Jaguar XK, Bugatti Veyron, LaFerrari, Lamborghini Aventador, Pagani Zonda, Porsche 918 Spyder, Maserati GranTurismo

Ok harap lepas ni bila tanya tentang segmen kereta takde la tak tau langsung. Tau sikit-sikit pun jadi la. Haha lepas ni boleh la bandingkan harga, rekabentuk atau saiz kereta mengikut segmen. Nampak lebih memudahkan. 

Untuk bacaan lebih lanjut boleh refer Blog Dammahunib.com (aku refer blog ni.)

Segmen Honda CIVIC segmen honda civic, Klasifikasi Segmen Kereta di Malaysia Klasifikasi Segmen Kereta di Malaysia Klasifikasi Segmen Kereta di Malaysia

Friday, December 16, 2016

Akif Danish dalam Top 5 | MPAJ KIDS Eco-Challenge 2016 !

Aktiviti cuti sekolah dimulakan dengan MPAJ KIDS Eco-Challenge 2016 yang berlangsung di Trek MTB Bukit Indah Ampang. Aktiviti lasak untuk budak-budak. Mencari pengalaman, membentuk kekuatan dan keyakinan diri. 


Akif Danish masuk kategori Easy Kids | D024
Seawal 7.30 pagi kami sampai di lokasi. Ingatkan dah lambat, rupanya lambat lagi. Mula ikut kategori dulu la. Heheh.. Ada banyak kategori A B C D E. kategori D lambat lagi la gamaknya. Ok la boleh warming up la dulu. 
Saringan pertama
Oleh kerana Easy kids terlalu ramai maka di buat pulaknya saringan. Adoi la, ada pulak saringan. Kalau menang kena lari 2 kali la jawabnya. Sian budak-budak lari 2 kali. Penat kot.

Alhamdulilah saringan dapat no 2. Masuk pusingan akhir. 
Pusingan Akhir
Alhamdulillah Akif Danish berjaya menamatkan lari akhir mendapat tempat ke 4 secara keseluruhan. Kalau kategori lelaki Akif dapat no 3. Tapi disebabkan Easy kids tiada kategori lelaki dan perempuan maka di kira la sapa sampai dulu. 
Menerima medal dari salah seorang pegawai MPAJ
Medal Finisher & Medal tempat ke 4
Podium 1 sampai 5
Yang paling RARE tempat pertama @ juara Easy Kids ni budak perempuan. LOL.. Kesian budak lelaki kena tapau abis. Haha..
Katanya ada hadiah tempat pertama sampai ke-5 dan aku sedia maklum hadiah tempat pertama sampai ke-3 dapat duit. Tapi takkan tempat ke-4 dan ke-5 dapat medal je. Ni yang buat aku rasa terkilan. Bagi la saguhati ke goodies ke, ini bagi medal je. Baik takyah naik podium. Dah la easy kids takde buat kategori budak lelaki dan budak perempuan. Tak adil bagi budak perempuan tempat ke-2 dan ke-3 lagi tu. Anak aku boleh anjak ke kedudukan ke-3. Huhu Dah la kena lari 2 kali. 

Apa pun selesai la sudah MPAJ KIDS Eco-Challenge 2016. Selesai la sudah aktiviti pertama cuti sekolah Akif Danish. Pengalaman berguna buat Akif untuk join aktiviti-aktiviti lasa akan datang. Biar beraktiviti luar dari terperap je dalam rumah main gadget. Cergas sikit minda. Haha... Next !

Saksikan video Akif Danish dalam aksi akhir di [Youtube Daus Redscarz] Qualiti video sampai 1080p HD.