Wednesday, December 7, 2016

Pengalaman menginap 3 HARI 2 MALAM di Hotel HATTEN Melaka

Dalam tempoh 2 bulan ni (Oktober - November 2016) aku rasa dah 3 kali aku ulang alik ke negeri Melaka. Ada urusan kerja dan peribadi. Sebenarnya Kuala Lumpur ke Melaka tak jauh mana pun, dalam 150km saja. Kira-kira 2 jam lebih je kalau memandu ikut speed limit. Terdahulu aku menginap di A Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka ! 3 Hari 2 Malam tapi akibat kurang sihat so aku tak sempat la review Hotel A Famosa Resort tu. Kali ni aku ke bandaraya Melaka pulak. Menginap di Hotel Hatten, Melaka. 3 Hari 2 Malam gak. Hotel Hatten Melaka ni bertaraf 4 bintang dan terletak di Jalan Merdeka, Bandar Hilir Melaka. 

Studio Suite


Semestinya bilik yang cantik, kemas dan tandas yang bersih menjadi idaman aku. Sampai Hatten Hotel terus check-in ! Room TYPE Studio Suite. Dapat kunci terus pergi bilik la.. Takkan nak lepak dulu. Dapat tingkat 19 ! Fuhh tingginya.. Sokkey abam dah biasa dengan ketinggian ni. 

Woww.. (sambil nganga, nasib baik xde lalat) terbaekk gak bilik ni. 

2 Single Bed 
Memandangkan aku sorang je, so aku gilir-gilir la nak tido kat katil mana. Haha. Aku punya suka la.. 😁 
Ada beberapa channel TV. Aku rasa channel tv sama macam kat hotel lain gak. Ada dua channel Radio. Aku dok layan lagu je tak tengok tv pun. Berkepit je dengan telefon ada wifi kan..
Set Iron + Board 
Setiap bilik dibekalkan satu set iron dan board. Senang tak perlu pergi Iron room. Tapi aku tak suka iron baju. Berejam nak mengabis selai baju kemeja. Hahaha..

Bathroom Studio Suite
Bilik air menarik cuma tiada bathtub je. Mungkin untuk Studio Suite tiada bathtub. Shower air panas dan sejuk mantap. Sumber air kuat. 

Fasiliti-fasiliti Hotel Hatten Melaka
Antara fasiliti-fasiliti yang ada kat Hotel Hatte, ada Cafe, Gym, Swimming Pool, Sauna dan SPA, perkhidmatan Wifi, Ballroom dan lain-lain.

Breakfast ( Tingkat 11)
Aku stay di tingkat 19, so aku boleh breakfast di tingkat 22. Dapat makan dengan View lagi menarik. Memandangkan aku tengah diet dan #eatclean masa ni so aku meratah sayur-sayuran je. Menu breakfast atau sarapan pagi ni boleh tahan gak. Sangat menduga bagi aku yang tengah berdiet. Hahaha...


GYM Hotel Hatten (Tingkat 12)

Boleh tahan gak gym ni. Ada 5,6 treadmill, ada bicycle, peralatan workout, weightlifting banyak gak. Nak main weight memang cukup. Yang aku suka pemandangan semasa berlari kat treadmill. Terasa berlalu kat luar. Takde la ngadap dinding kosong. (Merujuk gym kat opis)

Swimming Pool Hotel Hatten (Tingkat 12)
Dengan angin-angin sepoi fuhh memang terbaek ! Bergetaran satu badan kesejukan. Nice view dari pool. Ada pool dewasa dan kanak-kanak. Kolam dewasa ni berkedalaman 4ft. Lebih kurang bawah dada aku je. Lepas pergi gym terus pergi berendam. Nikmatnyaa...


Okeh, yang paling best lokasi Hotel Hatten Melaka ni, ada link dengan Hatten Square, kat tepi link dengan Dataran Pahlawan, tepi lagi Mahkota Parade, tak jauh dari situ kelihatan Menara Taming Sari. Kalau stay kat hotel Hatten Melaka ni pada weekend, korang berpeluang pergi uptown. Betul-betul depan Menara Taming Sari tu. Yela pergi tempat orang kan, rajin-rajin la explore kan. Okeh tu je yang aku nak citer. Cuti sekolah ni boleh la berjalan-jalan ke Negeri Melaka. 

1 comment: