Showing posts with label Bankcoins. Show all posts
Showing posts with label Bankcoins. Show all posts

Monday, October 30, 2017

Hobi mengumpul duit syiling Malaysia Siri Parlimen dan Siri Bunga Raya

Asalnya aku nak collect duit syiling 5 sen,10 sen, 20 sen & 50 sen ni ikut turutan. Dari tahun 1967 sampai la yang terbaru masa tu. Duit syiling siri Parlimen dan syiling siri Bunga Raya. Tau tak syiling parlimen dan bunga raya ni ? Kalau tak tau, aku pun tak tau nak explain macam mana. Haha.. 
Okeh sumber mana nak dapat duit syiling ni ? Duit tabung dan baki duit syiling belanja hari-hari. Lama gak proses ni, sebab bukan senang nak dapat tahun berlainan tu. Tambah-tambah lagi syiling parlimen dah makin kurang. 

Lepas beberapa bulan sampai satu tahap tu aku stuck, tak jumpa-jumpa certain tahun. Ada member bagi tau ada tahun tertentu duit syiling ni tak dikeluarkan. Apalagi aku terus tanya la pakcik google, rupa-rupanya memang betul ada tahun-tahun yang syiling ni tak dikeluarkan dan ada yang dikeluarkan dengan kuantiti yang sedikit. Fuhh macam ni 10 tahun cari pun tak jumpa. Fuhhhh..

Dari situ la aku mula menggali lebih dalam pasal duit syiling Malaysia siri Parlimen dan siri Bunga Raya ni. Bila dah start menggoogle ni maka bertemu la dengan rantaian-rantaian yang berkaitan dengan syiling ni. Aku terjebak.. 

Aku mula memburu syiling-syiling yang dikeluarkan pada tahun tertentu dan kuantiti sedikit. Tahun-tahun di mana syiling-syiling dikeluarkan dengan kuantiti sedikit atau kurang dipanggil KEYDATE. Antaranya yang aku tau... 

Senarai Tahun Keydate Syiling Parlimen dan Syiling Bunga Raya

1 sen 1968, 1970
5 sen 1971, 1977, 1995, 1997
10 sen 1971, 1978, 1983, 1994, 2003
20 sen 1969, 1970, 1971, 1978, 1994
50 sen 1969, 1968, 1969, 1971, 1979, 1995 

Sesetengahnya sangat Rare, Hot item dan High Demand. Salah satunya 10 Sen 1971. Tahun ni keluaran 10 sen ni hanya 30K++ Mintage saja berbanding dengan tahun-tahun lain yang cecah ratusan ribu mintage. Ok btw, MINTAGE ni jumlah pengeluaran syiling mengikut tahun. 

Koleksi aku
Setiap tahun bilangan mintage tak sama. Bila dah start jumpa salah satu keydate tu, aku dah makin seronok dengan hobi ni. Yang aku jumpa tu bukan hot item sangat pun, tapi tu la bila dalam senarai keydate ni rasa teruja la dan tak semua orang ada. (bagi yang minat simpan barang rare)

Terus cari idea macam mana nak dapatkan sumber syiling-syiling dengan mudah. Antara cara yang paling digemari,  aku cari member-member yang ada menyimpan syiling tabung yang nak tukar dengan wang kertas. Aku sanggup kira sendiri lagi. Memang menjadi gak cara ni. 

Bila dah dapat stok syiling ni mula la proses "menyeken" atau "scan" atau senang cakap mengadap duit syiling tu cari syiling yang aku nak. Aku dah tak follow niat asal nak kumpul syiling ikut turutan dah, sibuk cari keydate. 

Serius cakap dalam beberapa tahun tu aku dah scan lebih 40k syiling. Hari-hari scan.. pantang ada masa lapang je scan.. Tapi terus terang aku cakap, walaupun aku dah scan berpuluh-puluh ribu syiling, masih ada lagi keydate yang aku belum jumpa lagi. Iaitu 1 sen 1970 dan 10 sen 1971. Mungkin rezeki belum sampai lagi. Gambar atas ni bukan hasil dari scan tapi dari sumber lain.. akan diceritakan nanti.. *kalau rajin.. 

Semakin memuncak hobi ni semakin dalam aku gali. Maka aku mula mengenali "coin error". Apakah pulak coin error ni ? Fuh dasyat la dorang ni bikin aku terjebak. Semakin dalam kau gali semakin banyak benda yang kau tak tau. Serius banyak benda yang aku buat masa mula-mula ni aku study kat google je. Nanti aku cerita lain la pasal coin error ni. **pun kalau rajin. hehe

Oleh kerana pengetahuan sangat beginner dalam bidang ni, aku join beberapa group facebook yang berkaitan dengan dunia numismatik ni. Antaranya kelab numismatik Malaya, kelab duit syiling dan lain-lain. Kalau takde pengetahuan asas tu, memang nganga je la. Belum masuk bab greding lagi, belum masuk bab versi lagi. Aku sampai sekarang tak reti nak greding syiling dengan mata kasar. Tapi apapun untuk rujukan peribadi, aku beli buku atau catalog coins dan banknotes Malaysia. Ada dijual. Kalau nak serius memang kena ada buku ni. 

Aku dah mula jejak kaki ke premis-premis jual beli duit syiling lama ni. Antara tempat yang famous Amcorp Mall, Berjaya Times Square, Jalan Pasar Pudu, ada satu kat Maju Junction dulu - sekarang dah pindah ke Amcorp Mall dan lain-lain lagi. Cuci mata weh, belum memiliki tapi dapat tengok pun puas hati. Di mata pengumpul a.k.a collector ni, setiap benda tu ada nilainya tersendiri. Ada la kenal 2,3 orang collector. Kadang-kadang ada rujuk dorang pasal syiling-syiling ni.

Bila dah pergi tempat-tempat ni, aku terjebak pulak dengan Koleksi Banknotes Malaysia. Argghh sudah.. By the way, banknotes ni wang kertas. Aku ada kumpul gak beberapa Siri lama Banknotes Malaysia. Sikit je, sekadar main-main saja. Itu pun nanti la aku cerita. Kalau rajin la. 

Okehhh.. cukup la sampai di sini dulu. Kepada yang nak serius dalam hobi ni, kena rajin explore, rajin bertanya dan join komuniti. 

Friday, December 28, 2012

Error Coin 20 cent 1987

Tambah lagi koleksi aku. Kali ni duit syiling 20 sen error (rosak/ salah cetak/ salah proses. Kalau syiling biasa ada gerigi kat kelilng syiling tu tapi ni kosong, clear macam cincin pun ada, macam keychain pun ada. Tengok perbezaan kat gambar bawah ni. Prasan tak?

Wednesday, September 5, 2012

Koleksi-koleksi Duit Syiling 20 sen Aku

Ok, koleksi-koleksi duit syiling 20 sen aku pulak. Ni antara yang RARE.
20 sen 1969
20 sen 1970 dan 1971
20 sen 1994
Yang ni pun susah gak nak jumpa.

Tiada keluaran pada tahun 1972, 1974, 1975, 1983, 1984, 1985, 1986, 1995, 1996, 1999 dan 2003

Koleksi-koleksi Duit Syiling 50 sen Aku

Duit syiling 50 sen dalam koleksi aku. Seperti biasa yang aku simpan ni antara yang RARE. Hot market... Semua tahun aku dah ada cuma yang ni je aku tangkap. Sebab aku suka yang ni. By the way, untuk informasi korang, tidak semua tahun ada keluaran duit syiling ni. Dari tahun 1967-2012 keluaran duit syiling 50 sen ni tahun 1970,1972, 1974, 1975, 1976 dan 2006 tiada keluaran. Tapi secara mitosnya ada yang mengatakan syiling 50 sen tahun 1975 tu wujud. Jeng jeng jeng.. Korang google lah yer..
50 sen 1971
50 sen 1995
50 sen 2003
50 sen 1967, 1968 dan 1969

Juga dikenali dengan duit syiling belah. Ada yang cakap ada longkang.

Kalau korang dapat duit syiling 50 sen parlimen tu korang simpan la.. Tak rugi pun simpan, sesak2 boleh pakai gak. Menabung secara koleksi haha...

link ke duit syiling 50 sen extra dot yang aku simpan. Most of koleksi aku ni aku cari dan jumpa sendiri. Syiling parlimen antara yang boleh dicari lagi dengan usaha. Melainkan duit syiling 10 tahun 1971 tu paling susah dan harapan memilikinya sangat tipis.. Beli boleh la tapi korang usha harga dulu yer.. :p okbye.

Tuesday, September 4, 2012

Koleksi-koleksi Duit Syiling 10 sen Aku


Ini ialah koleksi koleksi duit syiling 10 sen aku simpan. Kenapa? Korang tau tak duit syiling ni antara yang susah nak jumpa. Kalau tak percaya try cari. Korang try pecah tabung, Kalau dapat tu memang rezeki la. 

4 keping 10 Tahun 1994
6 keping 10 Tahun 2003

.
.
.
.
.

 
10 sen 1971
Haa, yang ni Tiada dalam koleksi aku. Sedih aku, sebab tu korang tengok dalam wishlist aku ada mention duit syiling ni. Syiling ni menjadi buruan colector-collector. Sangat RARE, keluaran cuma 30,000++ saja berbanding syiling lain yang berjuta-juta keluaran setahun. Dan sekarang ni syiling 10 sen 1971 ni yang paling mahal dalam semua keluaran 10 sen.

Korang jangan ingat duit syiling 10 ni tiada nilai, google sendiri kalau nak tau. Dah tau jangan terkejut pulak. Keluaran 1971,1994 dan 2003 ni antara yang dicari. Kalau jumpa tu simpan.

Tiada keluaran pada tahun 1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1984, 1985, 1986 dan 1987

Sunday, April 8, 2012

Coin error 20 sen siri ke-3

20 sen yang sempurna
Saja belek-belek duit baru siri ke-3 dengan member di pagi hari. Al-maklum la duit baru kuar. Tiba-tiba terjumpa coin error syiling 20 sen. Tidak la rare sangat, tapi boleh la sekadar koleksi diri sendiri.

 Ini coin error tu. bertanda bulat merah. error berlaku pada kelopak bunga.

Saturday, April 7, 2012

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

 Duit syiling Malaysia siri ketiga.



 
Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.
Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.
 
Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.
 
Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu. 


Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72

satu set coin peringatan dalam koleksi saya.

Tuesday, April 3, 2012

5 dollars Singapore National Museum Centenary

Singapore National Museum Centenary year 1887 to 1987

Item: 100th Anniversary of National Museum
Denomination: S$5
Weight: 20.0000 g, 0.925 Silver 0.5948 ASW
Diameter: 38.70 mm
Thickness: 2.45 mm
Finish: Proof
Mintage: 25,000
Date Issue: 28-Sep-1987

 

The coin was designed by Singapore artist Mr Eng Siak Loy
Berada dalam koleksi saya. Mak kasi..

Saturday, February 13, 2010

Syiling 50 sen dengan Extra "DOT"

Perhatikan pada bangunan Parlimen ada dot. Dikatakan extra DOT ni hanya terdapat pada syiling 50 sen tahun 1979 dan 1988. Tidak semua tahun dinyatakan itu ada DOT, jumlah kuantiti tidak diketahui.