Monday, October 30, 2017

Hobi mengumpul duit syiling Malaysia Siri Parlimen dan Siri Bunga Raya

Asalnya aku nak collect duit syiling 5 sen,10 sen, 20 sen & 50 sen ni ikut turutan. Dari tahun 1967 sampai la yang terbaru masa tu. Duit syiling siri Parlimen dan syiling siri Bunga Raya. Tau tak syiling parlimen dan bunga raya ni ? Kalau tak tau, aku pun tak tau nak explain macam mana. Haha.. 
Okeh sumber mana nak dapat duit syiling ni ? Duit tabung dan baki duit syiling belanja hari-hari. Lama gak proses ni, sebab bukan senang nak dapat tahun berlainan tu. Tambah-tambah lagi syiling parlimen dah makin kurang. 

Lepas beberapa bulan sampai satu tahap tu aku stuck, tak jumpa-jumpa certain tahun. Ada member bagi tau ada tahun tertentu duit syiling ni tak dikeluarkan. Apalagi aku terus tanya la pakcik google, rupa-rupanya memang betul ada tahun-tahun yang syiling ni tak dikeluarkan dan ada yang dikeluarkan dengan kuantiti yang sedikit. Fuhh macam ni 10 tahun cari pun tak jumpa. Fuhhhh..

Dari situ la aku mula menggali lebih dalam pasal duit syiling Malaysia siri Parlimen dan siri Bunga Raya ni. Bila dah start menggoogle ni maka bertemu la dengan rantaian-rantaian yang berkaitan dengan syiling ni. Aku terjebak.. 

Aku mula memburu syiling-syiling yang dikeluarkan pada tahun tertentu dan kuantiti sedikit. Tahun-tahun di mana syiling-syiling dikeluarkan dengan kuantiti sedikit atau kurang dipanggil KEYDATE. Antaranya yang aku tau... 

Senarai Tahun Keydate Syiling Parlimen dan Syiling Bunga Raya

1 sen 1968, 1970
5 sen 1971, 1977, 1995, 1997
10 sen 1971, 1978, 1983, 1994, 2003
20 sen 1969, 1970, 1971, 1978, 1994
50 sen 1969, 1968, 1969, 1971, 1979, 1995 

Sesetengahnya sangat Rare, Hot item dan High Demand. Salah satunya 10 Sen 1971. Tahun ni keluaran 10 sen ni hanya 30K++ Mintage saja berbanding dengan tahun-tahun lain yang cecah ratusan ribu mintage. Ok btw, MINTAGE ni jumlah pengeluaran syiling mengikut tahun. 

Koleksi aku
Setiap tahun bilangan mintage tak sama. Bila dah start jumpa salah satu keydate tu, aku dah makin seronok dengan hobi ni. Yang aku jumpa tu bukan hot item sangat pun, tapi tu la bila dalam senarai keydate ni rasa teruja la dan tak semua orang ada. (bagi yang minat simpan barang rare)

Terus cari idea macam mana nak dapatkan sumber syiling-syiling dengan mudah. Antara cara yang paling digemari,  aku cari member-member yang ada menyimpan syiling tabung yang nak tukar dengan wang kertas. Aku sanggup kira sendiri lagi. Memang menjadi gak cara ni. 

Bila dah dapat stok syiling ni mula la proses "menyeken" atau "scan" atau senang cakap mengadap duit syiling tu cari syiling yang aku nak. Aku dah tak follow niat asal nak kumpul syiling ikut turutan dah, sibuk cari keydate. 

Serius cakap dalam beberapa tahun tu aku dah scan lebih 40k syiling. Hari-hari scan.. pantang ada masa lapang je scan.. Tapi terus terang aku cakap, walaupun aku dah scan berpuluh-puluh ribu syiling, masih ada lagi keydate yang aku belum jumpa lagi. Iaitu 1 sen 1970 dan 10 sen 1971. Mungkin rezeki belum sampai lagi. Gambar atas ni bukan hasil dari scan tapi dari sumber lain.. akan diceritakan nanti.. *kalau rajin.. 

Semakin memuncak hobi ni semakin dalam aku gali. Maka aku mula mengenali "coin error". Apakah pulak coin error ni ? Fuh dasyat la dorang ni bikin aku terjebak. Semakin dalam kau gali semakin banyak benda yang kau tak tau. Serius banyak benda yang aku buat masa mula-mula ni aku study kat google je. Nanti aku cerita lain la pasal coin error ni. **pun kalau rajin. hehe

Oleh kerana pengetahuan sangat beginner dalam bidang ni, aku join beberapa group facebook yang berkaitan dengan dunia numismatik ni. Antaranya kelab numismatik Malaya, kelab duit syiling dan lain-lain. Kalau takde pengetahuan asas tu, memang nganga je la. Belum masuk bab greding lagi, belum masuk bab versi lagi. Aku sampai sekarang tak reti nak greding syiling dengan mata kasar. Tapi apapun untuk rujukan peribadi, aku beli buku atau catalog coins dan banknotes Malaysia. Ada dijual. Kalau nak serius memang kena ada buku ni. 

Aku dah mula jejak kaki ke premis-premis jual beli duit syiling lama ni. Antara tempat yang famous Amcorp Mall, Berjaya Times Square, Jalan Pasar Pudu, ada satu kat Maju Junction dulu - sekarang dah pindah ke Amcorp Mall dan lain-lain lagi. Cuci mata weh, belum memiliki tapi dapat tengok pun puas hati. Di mata pengumpul a.k.a collector ni, setiap benda tu ada nilainya tersendiri. Ada la kenal 2,3 orang collector. Kadang-kadang ada rujuk dorang pasal syiling-syiling ni.

Bila dah pergi tempat-tempat ni, aku terjebak pulak dengan Koleksi Banknotes Malaysia. Argghh sudah.. By the way, banknotes ni wang kertas. Aku ada kumpul gak beberapa Siri lama Banknotes Malaysia. Sikit je, sekadar main-main saja. Itu pun nanti la aku cerita. Kalau rajin la. 

Okehhh.. cukup la sampai di sini dulu. Kepada yang nak serius dalam hobi ni, kena rajin explore, rajin bertanya dan join komuniti. 

4 comments:

  1. Bagus hobi ni. Saya ada buat perkara yang sama as my own projek.

    Boleh tau macam mana nak dapatkan bekas simpanan mcm dlm gambar tu tak? Harga skali yer kalau tak menyusahkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekas ni beli kat kedai-kedai numis.. boleh cari kat armcorp mall. Harga below rm5 kalau tak silap.. lama dah tinggal hobi ni.. cuma simpan je..

      Delete
  2. OMG. Rare hobi ni bro.. keep it up.. bila lagi kalau jual nanti mau tinggi nilai dia

    ReplyDelete