Cosmoderm

cosmoderm

Sunday, April 16, 2017

Pertama kali berbasikal sejauh 10km

Sempena kemenangan saudara Azizulhasi Awang dalam acara Keirin Lelaki Dunia beberapa hari lepas, terus aku angkat basikal dan kayuh keliling taman. Bendera Malaysia je lupa bawa. Hehe.. Tak la saja gurau je. Aku memang baru nak mula jinak-jinak berbasikal. Kalau tak pergi gym aku nak berbasikal. Malas dah jogging. Haha..

Tepat jam 10.30 malam, selesai hal di rumah aku turun berkayuh. Kali kedua aku turun ni, sebelum ni aku turun, Application S Health aku tak function plak. Tak detect distance dan duration, takde rekod padahal macam dah berpuluh pusingan dah. Jadi ni malam tadi dah berjaya rekodkan masa dan jarak. 


10.24 km dalam masa 45 minit... Tudia.. 10km tu, macam tak percaya je. Apps detect kata pecah rekod. Haha. Memang betul pun. Sebelum ni tak pernah kayuh sejauh ni. 

Boleh tahan  penat mengayuh ni. Ni baru permukaan mendatar. Belum naik turun bukit lagi.. Nah details workout. Dengan S Health Application Samsung aku dapat details bawah ni. 




10km dan 45 minit cycling baru burn 300 Kcal je. Ini kalau makan nasi lemak belum bakar abis ni.. Sekurang-kurang sejam cycling baru boleh burn kalori sepinggan nasi lemak. 

Apapun janji kuar peluh. Tu pun rasa seronok dah. Okeh selesai cycling workout. Next ada lagi aku update.. Basikal apa aku pakai ni ? Tunggu.. 

2 comments:

  1. Sejam berbasikal baru bakar 1 pinggan nasi lemak...rasa mcm nak taubat nasuha hahahaha...bagus daus

    ReplyDelete