Cosmoderm

cosmoderm

Saturday, April 8, 2017

Pelancaran Kempen #GETACTIVE dengan WATSONS VIP CARD

Watsons Malaysia sekali lagi tampil melancarkan kempen terbaru mereka, #GETACTIVE bersama Watsons. Tujuan utama kempen kali ini bagi menggalakan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas, gaya pemakanan yang seimbang. Korang tau tak, Watsons sangat concern tentang trend & lifestyle sekarang ni. Kat Malaysia semakin popular masalah kegemukan melampau. Sebenarnya satu masalah yang serius. Ramai yang dah kategori obesiti, termasuk aku.. shhh.. Makan tak jaga lepas tu tidak bersenam !
Bacaan pada 6 April 2017
Nampak tak ? BMI dah kategori obesiti, kandungan lemak aku 25.9% pun juga over. Apapun inisiatif Watsons mengadakan kempen ni memang menarik minat aku, memandangkan aku tengah berusaha untuk menyedarkan diri dengan membudayakan gaya hidup sihat. Aku nak loss weight !!! 
Kenapa Watsons ?
Apa yang menarik tentang kempen #GETACTIVE ni, untuk kekal aktif dan cergas korang boleh dapatkan apa saja produk kesihatan, supplement kesihatan di Watsons, antaranya vitamin, mineral, nutrisi-nutrisi, produk weight management even Body Fitness Equipment pun ada. Senang ! Boleh kata one stop center untuk dapatkan produk atau suplement tersebut. 

Bagi menyemarakkan lagi kempen, Watsons memperkenalkan duta-duta #GETACTIVE Watsons. Antaranya, Ann Osman atlet wanita pertama yang menyertai MMA Fighter secara professional, Lenna Lim seorang pelakon dan cyclist, Kit Mah (Fitness Influencer) dan Mark O’dea seorang model dan pengulas sukan. Keempat-empat mereka bergiat aktif dalam bidang masing-masing. 
 Kit Mah, Danny Hoh (Customer Director, Watsons Malaysia), Caryn Loh(General Manager and Head Countryof Watsons Malaysia), Ann Osman dan Lenna Lim
Antara rakan-rakan niaga yang bekerjasama dengan Watsons Malaysia dalam menjayakan kempen #GETACTIVE. Pelbagai jenis produk kesihatan diperkenalkan masa ni, antaranya Kinohimitsu Super Food, NH Nutri Grains, produk Blackmores, produk Amazin' Graze, NH Colla-Plus, NH Natural Clenx Tea dan lain-lain. Memang ada macam-macam, pilih ikut citarasa masing-masing. 
Antara produk-produk yang terdapat di WatsonsTetamu dan media yang hadir di majlis pelancaran 
Masa pelancaran kempen #GETACTIVE ni, Watsons Malaysia turut memperkenalkan Watsons VIP Card. Nak tau apa kelebihan VIP Card ni ? Meh aku listkan, korang akan dapat 8 kelebihan ekslusif.

Benefit atau kelebihan Watsons VIP Card
  • Keahlian seumur hidup
  • Tawaran hebat lebih 1000 #watsonsrewards di merhcant terpilih
  • Dapat 1 mata setiap RM1
  • Bayar guna mata, 200 mata bersamaan dengan RM1
  • 2x mata untuk semua produk Watsons Brand
  • 5x mata berbelanja pada bulan kelahiran
  • 5x mata bila bayar guna Kad VIP Watsons
  • Diskaun Ekslusif untuk produk kesihatan
Watsons VIP card member pack? Apa korang akan dapat ?

Selain dari 8 kelebihan Watsons VIP Card, untuk pelanggan yang sign up VIP Card ni, korang activate kad secara online korang akan dapat 500 mata ganjaran, Baucer Watsons bernilai RM300 dan Reward vouchers bernilai RM5000. Wow menarik !!
Dah boleh start tengok-tengok produk mana yang sesuai. Tunggu apa lagi, sign up cepat. 

Sign Up Watsons VIP Card
Korang boleh sign up terus kat mana-mana premis Watsons berdekatan. Mudah sangat. Pergi kaunter, tak perlu isi apa-apa, bayar dengan harga serendah RM20, dapat VIP Card, lepas tu register online je. 

Nak tau maklumat lanjut boleh check di laman www.vip.watsons.com.my
Berbalik semula pada kempen #GETACTIVE, Watsons bersama-sama dengan duta #GETACTIVE akan mengadakan program bawah ni khas untuk pelanggan yang ada Watsons VIP Card.
  • Berbasikal bersama Lenna Lim pada 6 may 2017, 
  • Boot Camp dengan Kit Mah pada 1 Julai 2017, 
  • Kelas seni mempertahankan diri dengan Ann Osman pada 26 Ogos 2017 dan 
  • Futsal bersama Mark O'dea pada 30 September 2017
Menarik weh, masa ni la cungkil tips-tips kesihatan dan dietry. Aku pun nak join gak sebab aku dah ada VIP Card hehe. Kena set date ni siap-siap, kang termiss. Jomm, sapa nak join ? Yang ni kalau nak info update, korang boleh check  kat website http://www.watsons.com.my/
Jom #GETACTIVE

4 comments:

  1. baru tau yang abg daus tu fat . hahaha..

    kalau la kat sini ada watson yang wat actvty mcm ni . huhuhu

    ReplyDelete
  2. Lps ni topup kad vip watson tu isi kredit pastu bli kat watsons guna kad tu jer... 5x ganda point tuuu...

    ReplyDelete
  3. Benefit kat watson ni memang menarik la

    ReplyDelete