Cosmoderm

cosmoderm

Thursday, April 20, 2017

BAWAL SEMPOI Kampung Baru memang power !!

Semalam member ajak pergi lunch kat luar. Katanya ada tempat makan menarik kat Kampung Baru. Aku ON je, lagipun dah lama tak lunch kat luar ni. Aku suruh member send location. Check-check area UNIKL je. Tak jauh la dari opis aku. Tak sampai 10 minit pun. 

Sampai-sampai dah nampak banner BAWAL SEMPOI KINI DIBUKA.. !! Wow baru buka kedai ni. Tudiaaa masuk-masuk terus hidu bau makanan harum semerbak. Lapar terus aku dibuatnya.
Moh tengok apa menarik kat Bawal Sempoi ni. Perghhh rasa macam nak oder semua... 

Menu-menu yang ada di BAWAL SEMPOI....
  • Set Kepala Ikan Kebabom
  • Set Sotong Megatron
  • Set Bawal Sempoi
  • Set Keli Power,
  • Set Ayam Goreng Berempah Berapi,
  • Set Ayam Kampung Pisang Kak Limah Balik Rumah
Konsep makan kat sini, makan panas-panas ! Ambik order, goreng on the spot dan makan panas-panas.Perghhh.. Kalau yang dah siap-siap goreng pun ada gak. 
Set Bawal Sempoi
Ikan bawal segar. Garing di luar lembut di dalam. Berasap-asap lagi kat isi dia.  Memang sedap ! 
Set Sotong Megatron
Tudiaa sotong memang ummppph besaq plak tu. Patut panggil megatron. Haha..
Set Keli Power
Ikan keli pun saiz besar, tak muat pinggan.. Puas hati makan. 
Set Kari Kepala Ikan Kebabom
Fuhhh fevret aku ni.. Kari kepala ikan. Fresh dari pasar bukan frozen punya. Ikan jenahak kalau tak silap aku. Licin aku kerjakan. Member aku usha je. Padan muka.. Hahaha..

Biasa lepak ramai-ramai ni mesti ada member yang tak makan seafood ni, korang jangan risau kat sini ada Set Ayam Goreng Berempah Berapi dan Set Ayam Kampung Pisang Kak Limah Balik Rumah. Nama pun boleh tahan haha.. Korang makan ayam la..
Ayam Goreng Berempah Berapi
Tengok pun tau sedap.. !! Makan dengan nasi panas-panas.. 
Ulam-ulaman
Set Ayam Goreng Berempah Berapi
Bawal Sempoi Kampung Baru
Pengsann tengok.. Haha maafkan daku.. Makan ramai-ramai memang seronok. 
Sambal cicah-cicah
 Sambal Hijau recommended memang mantap. Pedas manis-manis gitu. 

Apa yang menarik dan special kat BAWAL SEMPOI Kampung Baru ni ?
Korang boleh tambah nasi boleh tambah air percuma, refill je sepuas hati. Fuhh sapa nak bagi. Kalau air refill tu biasa la dengar kan. Tapi ni siap nasi tambah percuma lagi. Taukeh kedai tak berkira.. Makan la sampai kenyang biar hati senang... Kalau nak Refill lauk boleh tapi bayar la. Haha.. 
SET Ayam Goreng Rempah + Ulam + Air hanya RM5 (REFILL Sepuas Hati)
3 Air minuman (Sirap, Oren dan Air Suam)
Cukup la tu, kang terseksa pulak jiwa dan raga tengok. Haha.. Kenyang bak ang.. Nasi tambah lagi tu. Hilang diet aku.. Ni pun plan nak repeat lagi. Yang berdekatan, yang jauh, yang lalu area sini, Jemput singgah. Pasti korang takkan kecewa.. Harga memang berpatutan.  

Meh aku share lokasi Bawal Sempoi Kampung Baru ni.

Lokasi Bawal Sempoi betul-betul depan Bank Pembangunan Malaysia Kg Baru. Cari ja Jalan Raja Abdullah. Bawal Sempoi betul-betul sebelah Jalan Khatib Koyan. Kalau jumpa UNIKL dah dekat dah tu.

Alamat kedai Bawal Sempoi

Bawal Sempoi Kg Baru KL
No. 49A, Jalan Raja Abdullah,
Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur.


Waktu operasi:
Isnin - Jumaat (Sabtu & Ahad tutup) 
11.00 pagi - 4.30 petang

No. HP / Whatsapp : +60172520031
Kalau nak tempah ke nak tanya buka ke tutup, korang boleh whatsapp no di atas ni. Selamat menjamu selera. 

4 comments: