Thursday, November 15, 2012

Kenapa Gajah tidak ada di Sarawak?

Aku tak pasti korang pernah dengar cerita ni. Jom layan........

Pada satu masa dahulu di hutan rimba Semenanjung Malaysia ada seekor gajah yang sangat gagah dan perkasa. Semua binatang tunduk dan takut kepadanya. Satu hari gajah memanggil semua binatang berkumpul untuk satu pengumuman.
"Aku lah yang paling besar di bumi ini. Akulah yang paling gagah." kata gajah itu dengan sombong.
"Semua negeri di Semenanjung aku dah tawan. Tiada siapa yang lebih kuat dan besar dari aku." katanya lagi.


Kini gajah ingin memperluaskan empayarnya ke negeri bumi kenyalang. "Aku ingin tawan Sarawak." Semua binatang terkejut dengan pengumuman itu.
"Bagaimana tuan nak ke Sarawak? Ada lautan yang luas. Bagaimana nak menyeberangnya tuan?" celah penasihat gajah itu.

"Aku tak perlu pergi ke sana untuk tawan." kata gajah itu dengan riaksi bijak dan penuh yakin. Sementara itu binatang-binatang yang lain kehairanan.
"Bagaimana caraya tuan?" tanya penasihatnya..

"Aku akan suruh burung kirimkan telinga aku ke sana. Bila mereka tengok telinga aku yang besar ni, pasti mereka boleh mengagak besar mana badan aku. Hahahaha.." kata gajah sambil ketawa.
Gajah mengarahkan burung-burung membawa telinga ke negeri Sarawak. Sampai di sana burung-burung mencari pemerintah negeri itu dan menyampaikan telinga gajah tersebut.
"Tuan kami nak memerintah negeri ini, tiada siapa boleh lawan tuan kami. Tuan kami sangat besar." kata burung sambil menunjukkan telinga gajah tersebut. "Kami bagi tempoh 3 hari untuk menentang balik."
Pemerintah negeri berasa sangat gelisah lalu memanggil seluruh rakyatnya.
"Adakah ada binatang yang lebih besar dari gajah di negeri kita? Kalau tidak ada kita akan di tawan." kata pemerintah dengan nada lemah. "Kita ada masa 3 hari bertindak." sambungnya lagi. Semua rakyat tunduk sambil memikirkan nasib mereka nanti.

"Saya ada idea, tuanku" kata seekor landak. Landak bangun dan berbisik dengan pemerintah. Pemerintah tersenyum lebar dan gembira. Rakyat semuanya tergamam, apakah idea landak ni..


3 hari berlalu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Ini ialah bulu binatang yang terbesar di negeri ini" kata pemerintah sambil menyerlahkan bulu itu kepada burung-burung. Burung-burung ni sangat terperanjat sambil berbisik sesama sendiri, "Bulu saja dah panjang ni, macam mana la pulak badannya.. Burung-burung beredar membawa bulu dengan rasa takut.

Sampai di Semenanjung terus burung sampaikan kepada gajah itu. Alangkah terkejutnya gajah itu. Sambil memikir perkara yang sama seperti burung itu. Gajah mula takut dan gelisah. Sejak hari itu gajah tidak lagi bongkak kerana dia sedar ada lagi binatang yang lebih besar darinya. Dia juga tidak berani datang ke Sarawak kerana takut dengan makhluk yang lebih besar darinya.

Semua rakyat terselamat dengan kebijaksanaan landak itu. Bulu landak je pun..  The End...

Ini cuma cerita dongeng rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Ditacap sikit-sikit..

8 comments:

  1. hahaha..mcm pernah dengar je cite ni..hehehe...=D

    ReplyDelete
  2. owh, baru aku tahu nape gajah takde. hehe. dongeng pun tapi nice bro.

    ReplyDelete
  3. ehh... mmg takde gajah ek kat sarawak? tak tahu pulak... hehehe...

    ReplyDelete
  4. haha.. bila lah gajah nak ada kt sarawak..

    ReplyDelete
  5. haha.. nice. betul lah kan, landak bulunya memang panjang. kiki~

    ReplyDelete