Thursday, December 5, 2013

Lawak Ke Der 3

Selesai menonton persembahan pembukaan LAWAK Ke DER 3 di Istana Budaya semalam. Fuhh memang tidak kering gusi. Sebelum cerita lebih lanjut aku nak ucapkan terima kasih kepada ESCAPE @ ESCNOW kerana sudi menaja tiket. Terima kasih bro Careno yang sudi mengajak aku join event ni.
Kali ni Lawak Ke Der 3  menampilkan kelibat Nabil , Harith Iskandar antara stand-up comedy paling famous kat Malaysia ni, Jambu pelawak yang tidak asing lagi dan Douglas Lim? Douglas Lim sapa ini? Tidak pernah dengar pun. Takpe la kita layan..

Apa kata aku:

Nabil a.k.a pengacara.. always nabilicious delicious.. Bab bab kantoi yang lawak tu. Adoi "Scrap". Hahahaha..

Jambu - penampilan sulung dalam LKD agak nerves sikit. Tapi cubaan yang bagus. Masih lagi berjaya mentertawakan penonton.

Tiba giliran Douglas Lim. Tertunggu gak apa la mamat cina ni boleh buat. Sekali mamat cina di masuk je ke pentas dah buat lawak dah dengan lambaian ala-ala je. Dia perform setengah jam ke brapa jam pun aku tak prasan pasal dia punya lawak memang best giler tut... tut... Walaupun dikatakan first time tengok lawak dia tapi seriusly takde part yang buat aku tak gelak.. Aku kasi 5 star lah.. Lagi satu lu punya nader nyanyi boleh buat olang bilang lu melayu.. "Bagiku kau bukanlah lawanku"

dan the most popular stand up comedian in Malaysia Mr. Harith Iskandar macam biasa harith dengan muka serius dia.. Most of lawak dia kali ni memang fresh dan tidak jemu mendengar.

Haa, apa lagi korang kat luar sana? Takkan nak baca ulasan je? Cepat saksikan mereka sementara tiket masih ada..

 Sesi bergambar bersama blogger blogger di Istana Budaya. Tidak sempat berkenalan dengan lebih lanjut. Lain kali ada masa boleh jumpa lagi.
Ini gambar yang rare juga ni, sempat bergambar bersama nabil. Peace yo..

No comments:

Post a Comment