Saturday, February 8, 2014

Dunia Numismatik | Sejak bila Aku terjebak?

Kalau nampak aku post pasal wang kertas ke duit syiling ker dalam blog sebenarnya aku juga seorang peminat numismatik. Numismatik ini satu istilah yang berkaitan dengan mata wang, wang kertas, duit syiling, logam ataupun token. Sama ada mengkaji, belajar mahupun menyimpan, atau tujuan pemerdagangan.
Huh, nak citer lebih aku tak tau. Macam macam benda aku minat. Tapi dalam bidang numis ni aku bukan seorang pro atau otai pun tapi rasanya ada lah sedikit sebanyak ilmu yang aku tau.

Aku start minat numis ni dalam tahun 2009 rasanya. Dan betul-betul terjerumus 2012. Tersangatlah baru dan terasa agak terlambat menceburi bidang ni. Tapi bak kata omputih,
"never too late to learn". 
Bermula dengan Syiling Parlimen
Sebenarnya tahun 2009 tu aku just kumpul duit syiling suka-suka je. Nak kumpul ikut tahun konon. Sumber syiling pun dapat dari belen duit poket. Memang agak slow skit la. Nak dapat tahun lain-lain bukan senang. Nasib je. Sampai la satu tahap sangat payah nak jumpa sesetengah syiling. Bila di Googlekan baru la tau ada syiling tidak dikeluarkan pada tahun tertentu. Google punya google macam-macam plak aku jumpa. Keluaran sedikit tahun tertentu menyebabkan kesukaran untuk dapat syiling tahun tersebut pun ada. Belum masuk bab syiling error, syiling rare, versi lagi.. bla bla bla... 
 "Lagi banyak benda kita nak tahu lagi banyak rupanya benda kita tak tahu." -original aku punya quote!

Terjerumus Wang kertas
Aku memang suka bersiar siar jamu mata bazaar yang ada jual barang lama dan matawang lama. Nak cari duit syiling aku yang tak lengkap lagi tu. Satu hari aku singgah kat kedai apek jual watawang lama. Belek punya belek ada customer datang tanya set wang kertas Ismail Md Ali. Apek tu slamber je cakap harga ribu-ribu. Mau tak terkejut aku. Terus aku teringat aku ada simpan beberapa keping rm1 Ismail Md Ali. (bapa aku kasi dulu) Balik rumah terus cari duit tu. Haa ada.. Riban riban harga ni. Haha.. Mula mula memang aku tak tau. Ingatkan harga riban-riban.Aku mula la menggoogle lagi. Takde la riban-riban rm1 ni. Nak dapat harga riban-riban boleh tapi banyak kriteria yang nak kena tengok. Rare ke tak rare? wang cantik lagi tak? Nombor cantik tak? Aku punya? Haha dah comot comot, tak jaga.. tak tau kan. Cis!

Start daripada situ la aku mula terjebak dalam dunia Numismatik ni. Koleksi aku ada sekarang takde la banyak sangat, boleh la nak tunjuk kat kawan-kawan yang biasa-biasa ni. Kalau nak tunjuk kat kolektor-kolektor numis ni, dorang gelak je dengan koleksi ciput aku ni. Hehe.. Kenapa aku cakap agak terlambat? Sebab sekarang dah susah nak cari. Kalau cari pun dorang jual, main harga la pulak. HUHU..
Inilah Membership aku. Bukti.. Masih aktif lagi. 

Nanti nanti ada masa aku sharing skit koleksi-koleksi aku. Menyimpan barang lama-lama ni bukan setakat hobi semata-mata. Setiap barang itu ada nilainya tersendiri. Kalau bukan dengan harga pun ada kisah cerita yang tersendiri. Hanya kolektor saja yang dapat merasainya.

No comments:

Post a Comment