Monday, April 6, 2015

LEGO® Friends LIVE | LEGOLAND MALAYSIA RESORT


Korang tau tak ada LEGO® Friends?? Selalu korang dengar LEGO® Star Wars la, Kingdoms la, Pirates, Hobbits je kan? Aku rasa ramai tak tau LEGO® Friends ni sebab perwatakan Friends ni jarang kita tengok kat tv or channel-channel kartun. Lagi pun watak friends ni banyak kartun perempuan. Budak-budak perempuan tau la kot LEGO® Friends ni. Aku sebenarnya tau dah kewujudan LEGO® Friends ni sebab Aliah ada gak koleksi Friends ni. Koleksi Aliah.(bukan brand LEGO.)
 Gambar kenangan Aliah kat Legoland Hotel dengan pameran Koleksi LEGO® Friends
Okeh apa yang aku nak cerita ni, baru-baru ni Legoland Malaysia Resort telah memperkenalkan LEGO® Friends dalam taman temanya. LEGO® Friends akan membuat persembahan Musical secara LIVE dalam Lego City Stage. Ini Merupakan aktiviti baru dalam taman tema Legoland Malaysia dan persembahan musical LEGO® Friends ini juga merupakan persembahan Musical yang pertama di Asia. Fuhh yang pertama tu, sebelum ni mungkin kat Legoland Eropah kot. Apa yang menariknya persembahan musical ni, LEGO® Friends muncul dengan watak Friends yang real. Real macam mana?
Real macam ni!!! Real sangat tak? Wah dah macam Barbie Dolls je. Comel pun comel hehe.. Olivia, Stephanie, Andrea, Emma dan Mia (ini semua Aliah bagitau nama tanpa tengok rujukan) Wah hebat la Aliah. Kalau dapat tengok dekat-dekat mesti bestkan.

By the way LEGO® Friends akan membuat persembahan musical bermula dari 14 Mac 2015 hingga 12 Julai 2015 setiap hari KECUALI hari Rabu. Offday la kot. Yela dorang pun manusia gak nak berehat. Haha so jangan pulak datang hari Rabu yer. Friendly reminder!!!
Persembahan musical ni bertempat di Lego City Stage. Jangan risau panas ke bahang ke, tempat ni ada penghawa dingin. Hehe..
Selain persembahan musical LEGO® Friends, ada jugak aktiviti lain seperti berjumpa dengan watak utama Friends, berphoto dengan mereka, menyanyi dan menari dengan dorang. 

Lagi aktiviti menarik kat Lego City Stage ialah merekebentuk LEGO Cupcake dengan brick-brick lego mengikut kreativiti masing-masing. Buat la Cupcake paling kreatif ke atau paling comel ke. Terpulang la kan, yang penting dapat kepuasan dan keseronokan tu. Aktiviti rekabentuk Cupcake ni ada setiap hari bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Okeh kat bawah ni profil-profil LEGO® Friends. Kids love to read. Bagi anak-anak baca mesti dorang suka.




Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan LEGO® Friends the Musical LIVE di Legoland Malaysia, Theme Park. Persembahan musical ini akan berakhir bulan Julai 2015.
Untuk Maklumat lanjut sila KLIK SINI
Juga baca : Koleksi pengalaman aku kat Legoland Malaysia Resort

No comments:

Post a Comment