Thursday, June 18, 2015

Launch of RECRUITMENT PORTAL & Official MOU Signing | Brandt International

Brandt International? Pernah tak korang dengar pasal Brandt International? Apa yang korang tau tentang Brandt International? Aku mula-mula pun tak pasti apa Brandt International ni. Rupa-rupanya sebuah syarikat pakar dalam business transformation consulting dan outsourcing. Mengatasi permasalahan dalam memilih & mengambil calon pekerja berkualiti dan berbakat untuk sesuatu bidang pekerjaan. 

Dengan itu, Brandt International telah memperkenalkan Portal baru mereka | YourNextStep.com.my | Merupakan salah satu career portal yang inovatif serta cekap dan yang pertama di Malaysia. 

Launch of Recruitment Portal & Official MOU Signing

16 Jun 2015 lepas, Brandt International telah bekerjasama dengan CAZAR melancarkan Recruitment Portal di mana kedua-dua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan secara rasmi. CAZAR merupakan sebuah syarikat terkemuka menerajui cloud-based Enterprise Recruitment Solution di Asia dan Timur Tengah. Menangani masalah jutaan calon-calon pekerja setiap tahun.

Ms. Munirah Looi, Founder & CEO Brandt International dan Mr. Guy Rickett, CEO CAZAR menurunkan tandatangan masing-masing dalam majlis MOU. Majlis yang berlangsung di Capri by Fraser Hotel Residences, Bangsar South, Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.

 
Stefan Sawh Regional Director of Asia Pacific, CAZAR

Sesi penyerahan Memorandum persefaman antara Brandt International dan CAZAR
Sesi perbincangan dengan ahli panel yang di moderate oleh Ms. Vera Tay | Regional Talent Development Director Brandt International yang bertema "How Malaysian Employers Can Tune in.." 
Ahli Panel
Ms. Munirah Looi, Founder & CEO, Brandt International
Mr. Stefan Sawh, Regional Director of Asia Pacific, CAZAR
Ms. Sangeeta Kaur, CEO, Emergenetics Malaysia & Brunei

Sesi yang berlangsung sejam itu mendapat sambutan dari para pelanggan yang hadir. Pelbagai soalan diajukan dan kesemuanya mendapat feedback yang positif. 


Portal Recruitment www.YourNextStep.com.my
Ni antara screenshot yang aku ambil dari portal tersebut. Senang cakap lebih kurang macam vacancies website. Pelanggan atau pemohon boleh melayari portal ni untuk mencari & memohon pekerjaan yang telah ditawarkan dalam portal ini. Dengan adanya portal ini, status keputusan permohonan akan dipercepatkan. 
Search for jobs 
Ni salah satu contoh pekerjaan yang ditawarkan. Semua criteria dah dinyatakan dan pemohon hanya klik pada "Apply for This Vacancy"


Untuk maklumat lanjut, sila lawati:
Brandt International : www.brandtinternational.com
Email : info@brandtinternational.com
CAZAR :  www.cazar.com


"Brandt International helps organizations maximize their customer experience by tranforming the approach in operational excellence through people, process & techology"

No comments:

Post a Comment