Saturday, August 29, 2015

Apa yang menarik di Zoo Negara Malaysia | Cuti-cuti Malaysia

Bila pergi ke mana-mana zoo mesti kita ingat nak tengok binatang-binatang je kan. Gajah la, harimau la, girafah la, sedikit spesis monyet dan burung-burung kan. Tapi kan kalau pergi ke Zoo Negera Malaysia ni korang akan rasa teruja sikit pasal kat zoo negera ni ada kelainan sikit. Dah macam all in one. Semua ada disini. Antara yang menarik di Zoo Negara Malaysia ni Taman Rama-rama | Butterfly Garden, Tunku Abdul Rahman Aquarium (Akuarium Ikan-ikan), Muzium Lebah Sedunia | World's Bee Museum dan Giant Panda Conservation Centre | Pusat Pemulihan Panda Gergasi . Berbaloi baloi datang ke sini. 

Jom usha kat mana aku, Akif dan Aliah jalan-jalan.. Nasib baik mood dorang baik hari ni. Hehe senang babah kawal. 

1. Taman Rama-rama | Butterfly Garden
Mula-mula kami pergi tengok rama-rama dulu. Selain rama-rama kat dalam ni ada serangga-serangga kecik macam labah-labah, kala jengking, ulat gonggok, dan lain-lain sespesis dengannya.
Akif dan Aliah excited tengok Kepompong Hidup.. Berjalan sambil belajar. Kan ada dalam mata pelajaran Sains kan..
Amboi Akif kat situ gak dipilih pot. Haha.. 


2. Tunku Abdul Rahman Aquarium (Akuarium Ikan-ikan) | Malaysia River Journey
Lepas tengok rama-rama kami tengok ikan-ikan pulak. Ada satu terowong bawah tanah yang sejuk dan dingin, kat dalam tu ada banyak akuarium ikan-ikan yang wujud kat Malaysia ni. Eh ye ker. Tak caya jom tengok lagi..
Malaysian River Journey
Lebih kurang 50 meter gak walking distances dalam akuarium ni. Ada pelbagai jenis ikan dalam ni. Semuanya yang spesis hidup dalam sungai. Tunjuk sikit dah ler. Korang pergi tengok sendiri. Haha.
Peta dan penunjuk arah yang menarik
Ada tempat rehat-rehat kalau penat berjalan (lepak kejap bersama-sama blogger femes- Lan Careno, Ujang, Bro framestone dan Encik ST)

SHOW | Pertunjukan di Zoo Negara Malaysia 
Yang ni mana-mana zoo akan ada show ni, cuma pertunjukkan berbeza-beza. Kat sini boleh pertunjukkan singa laut.

3. Muzium Lebah Sedunia | World's Bee Museum
Muzium lebah menempatkan pelbagai jenis lebah. Banyak yang telah diawet untuk tontonan awam. Yang hidup dibiar berterbangan pun ada. Rasanya yang ni tak gigit orang kot. Haha. Madu-madu dan pelbagai produk yang dihasil dengan madu ada dijual disini. 
Antara sarang-sarang atau pondok sarang lebah (gambar belakang tu) Aliah dengan Akif muka cuak. Haha.
Nah aku kasi zoom kasi dekat lagi sarang lebah ni dengan lebah-lebahnya.. 
Haa yang ni lebah gergasi. Dah diawet dan telah disahkan tidak menggugat keselamatan awam Koh3.. 

The Wild Restaurant Zoo Negara Malaysia
Dah lapar nak makan kat mana? Haha Jangan risau, selain booth-booth kecik kedai minuman dan makanan, kat sini ada restaurant ala-ala kepci ngan mekdi tu. Tapi yang ni dipanggil The Wild Restaurant. Set-set makanan tu lebih kurang je harga ngan kepci dan mekdi tu. Not bad. 
Kalau lapar tu apa pun kita bedal ye tak?... So ini lah lunch kami. Kenyang gak. 

4. Giant Panda Conservation Centre | Pusat Pemulihan Panda Gergasi
Okeh cerita Panda korang klik kat link atas ni. 

Oklah satu hari bergather-gather Blogger's Day #kelabbloggerbenashaari di Zoo Negara Malaysia. Memang meriah. #kipidap
Terima kasih kepada sponser sponser Blogger's Day | lawatan ke zoo negara tempoh hari.. 
CosmodermFoodPanda dan Zoo Negara Malaysia 

No comments:

Post a Comment