Saturday, August 20, 2016

Pasar Borneo Seri Kembangan

Mungkin ramai lagi tak tau kewujudan Pasar Borneo di Seri Kembangan ni. Aku sebenarnya pun sama baru je tau, itu pun ada kenalan di Facebook yang bagitau. Gabungan peniaga-peniaga dari Sabah dan Sarawak membuka gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan dan barang-barang dari sana. Semestinya yang sukar dijumpai di Semenanjung ni. 
Aku terus datang sendiri ke sini sebab excited nak tengok apa yang dorang jual kat sini. Ni aku share sikit gambaran di sekitar Pasar Borneo Seri Kembangan dan apa yang menarik kat sini. Hampir 20 gerai ada kat sini antaranya menjual :-
Ayam Pansuh @ Ayam masak dalam buluh
Mee Kolok
Mee kolok pun ada di sini. Rm5 sebungkus. 
Keli Panduk, Acar Rebung
Lada putih (cili putih) Tuhau (tipuk atau tepus)
Sawi dayak, labu air, terung dayak
Sawi dayak
Kek lapis
Daun Ubi Tumbuk, Kasam Ikan Sungai, Rebung Manis 
Kek Lapis @ Butter Bakes
Yang teringin nak makan kek lapis boleh dapatkan disini. 
Cendul Gula Apong Borneo
Dan lain-lain lagi... 
Masa aku datang ni, banyak yang dah abis dan tiada stok. 

Tengah jalan-jalan tu, aku bertegur sapa dengan seorang peniaga kat situ, bila buka tempat ni. Sebab tak pernah dengar lagi kan. Dia kata Pasar Borneo ni baru operasi pada Mac 2016 yang lepas, itu pun cuma hari Sabtu lebih kurang jam 8.00 pagi sehingga 12 tghari. Owh satu hari je ? Kalau buka sabtu je, sapa kerja hari sabtu takde peluang la nak pergi sini. Ikutkan kalau berniaga sehari seminggu nak bawa stok banyak-banyak pun susah. Terutama barang makanan seperti sayur-sayuran. Nak simpan untuk seminggu cepat rosak.

Apapun kepada warga Borneo yang menetap di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur nak ke Pasar Borneo Seri Kembangan ni korang boleh waze: 

Pasar Borneo Seri Kembangan
Jalan Jinma 7, Seri Kembangan
Jom support ramai-ramai.. 

No comments:

Post a Comment