Monday, October 24, 2016

Reebok All Terrain Thunder 2.0 Review

Kira-kira sebulan sebelum Obstacles Course Challenge | Mad Warrior Revolution 2016 aku baru teringat aku takde kasut untuk aktiviti lasak. Ada kasut sukan tapi kasut biasa-biasa je risau tak sesuai atau licin. Aku mula berangan tengok kasut-kasut untuk aktiviti lasak ni. Kiranya trail shoes la. Aku google, macam-macam aku jumpa dan harga makaihhh RM300-RM400 ke atas semua !! Giler mahal. Huh tak boleh jadi gini. Dalam banyak-banyak kasut ni, aku berkenan dengan brand REEBOK. Tapi yang aku berkenan tu dalam RM300++. Nak kena usha kat kedai la, kot-kot ada yang murah.

Sejak lepas tu aku servey kat Sport Direct, Al-Ikhsan la bagai cari kasut Reebok ni. Tapi pelik takde jual brand Reebok. Nape eh ! Last-last aku pergi servey kat Royale Sport kat Leisuremall Cheras. Sebab pernah beli kasut Reebok kat situ. Tapi tak jumpa pun yang aku berkenan tu. Saja nak tengok je. Nak beli Rm300 tu tak mampu aku. Aku usha je la mana yang ada kat situ. Tengah-tengah belek tengok ada longgokan kasut. Ada SALE la ! Nak dipendekkan cerita aku berkenan kat satu kasut ni. Harga asal RM399 tinggal RM150++ je. Wow boleh beli ni. Tinggal satu tu je plak tu, ngam-ngam saiz aku. Rezeki aku la ni.. Maka beli la kasut ni. 


Reebok All Terrain Thunder 2.0 Review

Reebok All Terrain Thunder 2.0 Review
MODEL M45647
Reebok All Terrain Thunder 2.0 Review
MODEL M45647
All Terrain Series | Dirtshield MODEL M45647
Lock and Load MODEL M45647
Tali yang lebih tu masuk dalam lidah kasut tu. Lepas tu lock. Okeh benda baru bagi aku. Selalu ikat kat luar je. Ini letak kat dalam tu elak dari terjuntai atau tali lepas ikatan.
H2O Drain
Ada sistem draining. Air boleh masuk keluar dari dalam kasut. Jadi air tidak bertakung, kaki pun tak mengecut. MODEL M45647
12.9 Degree DYNAMIC BIOMECHANICS 
Technology for traction and underfoot pistons technology provides cushioning and responsive ride, has patterned grooves - sumber google ( aku tak faham, sila google translate)

Testimonial aku sendiri

Mula-mula pakai memang rasa keras sikit. Memandangkan kasut ni All Terrain so aku rasmi kat gym dulu. Buat kardio treadmill. Nak kata tak selesa tu ada gak, sebab biasa pakai kasut running. Then aku try bawa outdoor, jogging trek Lake Valley. Not bad la. So-so je. Sebab nak bagi biasakan kaki dengan kasut ni sebelum event. Tu yang kena pulun gak.

MAD WARRIOR REVOLUTION 2016
Hari di nanti telah tiba. Tak sabar aku nak test kasut ni ! Nak make sure penggunaan semaksimum yang boleh. 

Results
Perghhhhh !! Ternyata kasut ni tak mengecewakan aku. Aku bagi 4.5 bintang!! Fuhh memang berbaloi pakai kasut ni. Redah pasir pantai, trek jalan tar, masuk hutan, paya bakau semua bagai. Kasut ni tetap rasa ringan je. Padahal pasir-pasir paya melekat ni. Draining sistem memang A. 
Nah tengok ni ! 
Obstacles ?? Puas hati ! Panjat dinding dalam keadaan basah, kasut ni masih boleh grip. Tak licin.. Power-power ! Tengok gambar atas ni. Penuh pasir dan lumpur !  


Begitulah serba sedikit testimonial aku. Kalau yang tengah mencari tu boleh la aku suggest yang ni. Kalau yang berkemampuan tu, banyak lagi pilihan lain. 
Reebok All Terrain Thunder 2.0 
Red Rush/Black/Solar Yellow 
Harga latest kat Reebok sekarang ni. Convert dengan duit Ringgit Malaysia jadi RM300++ .. Rezeki la dapat beli dengan harga rm150 aritu.. 

No comments:

Post a Comment