Saturday, March 4, 2017

Tak sia-sia belajar berenang dengan Swimrush !

Angan-angan aku dulu nak jadi NAVY SEAL ! Tapi berenang pun tak pandai macam mana ? Bab berangan memang tak nak kalah. Haha... Nampak badan macam steady tapi terus terang cakap, aku sebenarnya tak reti berenang. Huhu, aku memang teringin nak pandai berenang tapi tak pernah pun usaha nak pergi belajar. Kalau pergi outstation, aku paling suka stay kat hotel ada pool. Ada masa terluang je memang aku pergi ngadap pool. Beriya pergi pool tapi mampu berjalan-jalan je dalam pool. Sebab tak reti berenang. Segan gak kadang-kadang.. 

Alhamdulillah baru ni aku dan geng-geng Kelab blogger Ben Ashaari dapat jemputan untuk attend kelas renang Swimrush Swimming Academy  ! Aku angkut anak-anak sekali pergi kelas. Wow memang satu pengalaman luar biasa. Kelas pertama ajar basic dulu. Pergghh rupanya banyak benda aku tak tau ni. Pakat main terjun je sebelum ni. Lega akhirnya berpeluang juga belajar dengan trainer renang yang bertauliah. Aku panggil coach boleh ? Mereka semua sangat peramah dan ajar pun senang nak faham. 

Swimrush Swimming Academy !
Sebelum mula kelas, ada beberapa taklimat dulu bagi memastikan kelas berjalan dengan lancar. Paling utama bab keselamatan diutamakan. Selesai taklimat, kelas mula dengan senaman panas badan dulu @ warm up.. Tujuan warm up ni bagus, elak kekejangan ! Sama gak aktiviti-aktiviti sukan yang lain kena warm up dulu. Budak-budak semua dah excited dah tak sabar nak turun kolam. Kelas renang murah kl @ selangor

KIDS TURN

Meh kita tengok Akif, Aliah and the gang dulu.. Line up comel je.. Memasing dah ambik pot masing-masing. Apa yang perlu ada untuk kelas renang ni sekurang-kurangnya kena ada GOGGLE dan swim attire (pakaian renang) 
Fuh semangat tengok Aliah dan Akif belajar asas berenang. Teknik pernafasan dan hayunan kaki.. Kelas renang murah kl @ selangor



ADULTS TURN

Bila giliran bapa-bapa pulak belajar berenang. Eh ada yang bujang lagi. Haha macam-macam pe'el kami. Kami ni ada yang pandai berenang tapi teknik pernafasan salah, ada yang pandai terapung tak pandai menyelam, ada yang pandai menyelam tapi tapi pandai terapung. Macam-macam la yang serba tak betul. Hahaha, sedih. Sebab tu la attend kelas berenang ni. Walaupun hari ni belajar basic, at least dapat la info-info dan teknik yang betul. Nasib baik coach steady je.. Kelas renang murah kl @ selangor
Selain teknik asas berenang, kami jugak didedahkan dengan latihan water confidence seperti backfloat. Benda ni penting bukan sekadar untuk kemahiran berenang tapi juga untuk survival contohnya time kita penat berenang dan kita nak berehat atau regain energy so kita backfloat dari swimming possition untuk relax dan biarkan diri terapung. Selain itu, kami diajar untuk menyelam dan mengawal badan supaya mampu mencecah lebih dalam tanpa rasa takut. Kelas renang murah kl @ selangor


Basic backfloat pakai pelampung...

Dive !

Aku rasa-rasa dekat 3 jam berendam. Fuhh puas hati !  Kenapa aku kata tak sia-sia pergi belajar dengan Swimrush Swimming Academy. Serius, hari pertama kelas aku dapat dapat 2 results positif. Pertama sekali aku dah boleh apungkan badan aku (backfloat) tanpa pelampung dan yang kedua Aliah dan Akif dah berani masuk kepala dalam air. Cayalah.. Ini belum continuous training lagi ni. Ini baru basic.. Harap lepas ni dah boleh berenang, Insha Allah.

Dah 3 jam dik oii.. Budak-budak ni semua steady je lagi ! Macam nak berenang lagi je.. Sabar dik, nanti kita sambung lagi..Kelas renang murah kl @ selangor

Dari tadi Swimrush Swimrush ! Mesti korang nak tau gak details akademi renang ni kan? Haha, ni haa tengok banner kat bawah ni. Kelas renang di Kuala Lumpur dan Selangor. Ada pelbagai pakej ditawarkan oleh Swinrush ! Nak berkumpulan pun ada, nak private pun boleh. Nak private berkumpulan pun boleh. Jimat boleh tong-tong.. Tengok pakej bawah ni.

Antara kenapa aku tertarik dengan Swimrush Swimming Academy ni, lokasi untuk kelas renang ni korang sendiri boleh tetapkan kat mana-mana mengikut keselesaan korang. Kalau tinggal di Kondominium ada kolam renang tu memang cun sangat la. Tak perlu pergi jauh-jauh, korang set je lokasi dengan trainer nanti. Nak training weekends boleh, nak training weekday pun boleh. 

Kalau takde kolam renang kat area rumah, takde masalah, korang datang kat tempat dorang kat Taman Kosas, Ampang. Setiap hari ahad jam 9 pagi untuk kanak-kanak dan pukul 10 pagi untuk dewasa. Pasal trainer korang tak perlu risau sebab Swimrush ada trainer lelaki atau wanita. Kalau nak buat kelas renang khas untuk muslimah pun boleh. Tu la aku cakap ikut keselesaan masing-masing. Dah macam custom swimming class. 
Sijil akan diberi sebagai bukti korang pernah mengikuti kelas renang bersama Swimrush Swimming Academy.


Apa keperluan yang perlu ada untuk mengikuti kelas renang?


Macam yang aku cakap awal tadi, yang penting untuk mula belajar berenang ni korang perlukan sekurang-kurangnya Goggle dan Swim Attire (pakaian renang) yang sesuai. Haa, kalau nak dapatkan keperluan renang yang murah korang boleh beli melalui Moonaz Swimming Attire secara online atau boleh datang kat booth jualan diorang. Maklumat lanjut boleh contact 011-3234 4575 atau 012-3937875.

Tak sabarnya tunggu next class ! Nak join ? Jomm.. Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk kat bawah ni...


Swimrush Swimming Academy
Website: www.swimrush.wordpress.com
Facebook: SwimRush
Instagram: @swim.rush

Moonaz Swimming Attire
Website: www.moonaz.com.my
Facebook: Moonaz Swimming Attire
Instagram: @moonaz.swimming.attire

4 comments:

  1. Jom repeat lagi... Nak main amik2 ring kat bawah, hahahaha

    ReplyDelete
  2. Sama laa kita, beria dok hotel ada pool tp takat jln jln dlm pool ja hahahaa

    ReplyDelete
  3. Kalau macam saya yang langsung tak tahu berenang memang excited giler bila ada kelas-kelas macam ni.

    Terkini daripada Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9

    ReplyDelete
  4. Pasni Abam Daus tk yah jalan-jalan jer dalam Kolam. Dah tau pandai..!!
    Jom kita pi kelas Advance. Anak-anak pun excited nak pi lagi

    ReplyDelete