Sunday, May 21, 2017

Pelancaran DC SUPER HERO GIRLS di Malaysia !

Pernah tak satu ketika dulu, zaman kanak-kanak korang berangan nak jadi Super Hero ? Kompom pernah kan. Aku sendiri pun. Nak jadi Superman la, Batman la. Tapi zaman dulu-dulu banyak Super Hero untuk lelaki je. Kalau untuk perempuan susah nak jumpa. Tak banyak pun karektor Super Hero untuk perempuan ni. Pernah la dulu berangan nak tengok Supergirl tapi memang tak de pun. Apapun kini DC Entertainment, Warner Bros. Animation, Warner Bros. Consumer Products and Mattel telah bergabung tenaga bakal melancarkan DC Super Hero Girls buat pertama kalinya di Malaysia. 

Mengenai DC Super Hero Girls

Sebuah karya animasi aksi dari American Super Hero. Mengisahkan sebuah alam semesta baru yang berunsurkan Super Heroic di mana watak-wataknya Super Hero nya perempuan. Pastinya ramai kanak-kanak perempuan bakal teruja dengan kehadiran DC Super Hero Girls ni. Animasi DC Super Hero Girls ni bukan animasi aksi semata-mata, malah animasi ni diterbitkan bertujuan untuk membangkitkan unsur-unsur positif dalam membantu membina watak dan keyakinan diri kepada penontonnya. Bahkan serta memberi booster la lebih kurang macam super power kepada kanak-kanak perempuan untuk mencari potensi sebenar mereka. Yela zaman kanak-kanak ni kita masih belum boleh berdikari, belum boleh berpisah dengan keluarga bila mula masuk sekolah atau hantar ke rumah pengasuh. Jadi bila kanak-kanak menonton watak-watak ni maka sedikit sebanyak membantu mereka membentuk keyakinan diri. 

DC Super Hero Girls ni tampil dengan watak yang pelbagai. Masing-masing mempunyai ciri-ciri dan kebolehan yang berlainan. Antara watak-watak atau karektor yang diperkenalkan dalam DC Super Hero Girls ialah Bumble Bee, BatgirlSupergirlWonder WomenPoison IvyHarley QuinnKatana dan banyak lagi. Menampilkan rekaan artistik dan estetik terbaru dari DC Comics. Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun. 



Kemungkinan ramai lagi kat  Malaysia ni belum tahu lagi mengenai DC Super Hero Girls ni. Meh aku citer sikit watak dan ciri-ciri Super Hero Girls ni. 
1. Wonder Woman (The Leader)
Wonder Woman merupakan seorang Puteri Amazonian, menjadi seorang ketua kepada Super Hero Girls. Juga dipanggil Wondy oleh kawan-kawan dia. Seorang watak yang berani dan berdaya saing. Kebolehan Wonder Woman pula boleh terbang, sangat kuat dan kebal, hebat dalam olahraga dan mempunyai perisai kalis peluru.
2.Supergirl (The Naive One)
Supergirl seorang yang manis, baik dan sentiasa positif tetapi kadang-kadang pelik tak boleh menguruskan diri dia di bumi. Kebolehan Supergirl boleh boleh terbang, kuat, boleh mendengar dari jauh, boleh x-ray dan boleh menembak dengan mata.
3. Batgirl (The Techno Wizard)
Batgirl seorang hero girl yang sangat bijak, tenteram orangnya tetapi kadang-kadang sukar diramal. Kebolehan Batgirl ni mahir dalam komputer, mahir dalam seni mempertahankan diri, pandai gymnast, juga berkebolehan menjadi detektif. 
4. Bumblebee (The Social Butterfly)
Bumble Bee seorang genius dalam sains, mempunyai kemahiran menjadi DJ. Kebolehan Bumblebee boleh terbang, keupayaan untuk mengecil macam lebah.
5. Harley Quinn (The Class Clown)
Harley Quinn seorang yang sangat ceria, suka bergurau, suka perhatian, apapun dia sukar diramal dan tak brapa terurus. Kebolehan Harley Quinn tangkas dalam akrobatik, 
6. Poison Ivy (The Garden Variety Misfit)
Poison Ivy salah seorang watak dalam Hero Super Girls yang sangat pemalu, pendiam tetapi seorang bijak dan kaki buku. Berkebolehan berkomunikasi dengan tumbuhan. Poison Ivy boleh menyerang menggunakan sentuhan berbisa dan beracun.
7. Katana (The Edgy Artist)
Katana seorang yang funky, berani dan keatif. Berkebolehan dalam seni mempertahankan diri. Mahir dalam menggunakan pedang atau samurai..

"Hebat-hebat semuanya namun setiap watak masing-masing diletakkan kekurangan. Bukan apa, dalam kehidupan seseorang itu pasti ada kekurangan jadi sebab kekurangan itu la animasi DC Super Hero Girls diterbitkan supaya dapat kita saksikan mereka dilatih dan berlatih untuk mengatasi kekurangan masing-masing. Jangan lepaskan peluang korang tonton siri animasi DC Super Hero Girls ni."

Kat mana nak cari tengok animasi ni ? Ada maklumat pasal DC Super Hero ni ? 

Meh aku listkan sumber-sumber yang original dan sumber yang sahih buat untuk tatapan korang. Korang boleh klik details di link yang tertera kat bawah ni. 


Official website:
Official YouTube channel:
Official Facebook page:
Official Instagram Page
Other source:

Nanti aku share pasal mainan DC Super Hero Girls by Mattel pulak. Antara toys yang bakal menggegar toys stores nanti.. Kanak-kanak terutamanya anak perempuan kalau dia tau ni pasti teruja. Kolektor-kolektor juga antara yang tidak lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi-koleksi DC Super Hero Girls ni nanti. Dan.................

Instagram Contest !!
Aku ada SURPRISE untuk korang !!! Ada sapa-sapa nak menang toys DC Super Hero Girls tak? Haaaa kalau nak menang korang jom join contest DC Super Hero Girls kat Instagram aku sekarang. Korang boleh follow Instagram aku www.instagram.com/red_scarz untuk maklumat lanjut. Mungkin rezeki korang menang toys DC Super Hero Girls. Sapa tau? Boleh baca rule kat sini. DC Super Hero Girls Instagram Contest (Malaysia) Rules contest simple saja. Contest ni akan berlangsung selama sebulan bermula 21 Mei 2017 sehingga 20 Jun 2017. 


Jom tonton video ni. Sangat inspire dari DYNAS..



Sekali imbas tentang Mattel
Mattel ni sebuah syarikat dari keluarga (Nasdaq: MAT) merupakan syarikat terkemuka di seluruh dunia yang merekabentuk, pembuatan dan pemasaran barang-barang mainan. Sapa tak kenal Nasdaq ni. Antara best selling brand dorang seperti Barbie®, patung berfesyen paling laris pernah dihasilkan, ada Hot Wheels®, Monster High®, American Girl®, Thomas & Friends® ..Fehh memang power syarikat ni. Jadi jangan ragu-ragu dengan produk keluaran by Mattel ni. Terbaek !! Pastikan yang original.
Check website www.mattel.com untuk maklumat lanjut.

DC Entertainment
DC Entertainment pulak merupakan penerbit komik Bahasa Inggeris terbesar di dunia. Dorang ni dah terbitkan beribu-ribu buku komik, novel grafik dan majalah setiap tahun. DC Entertainment menjadi tempat bernaungnya brand yang iconic seperti DC Comics (Superman, Batman, Green Lantern, Wonder Woman, The Flash), Vertigo (Sandman, Fables) dan macam-macam lagi..Jadi tak mustahil DC Super Hero Girls bakal menjadi Hot item nanti. 

8 comments:

  1. wonder woman please..
    menarik gak ni dpt buat collection

    ReplyDelete
  2. Slama ni cuma tau supergirl dan wonder woman je...

    ReplyDelete
  3. alahai....sukanya Sal tengok...bila nak ada anak pompuan ni...hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau superhero gegirl macam ni maknya je la yang layan.. yangvlain semua hero2 belaka..😀

    ReplyDelete
  5. Could you please create a collection with Wonder Woman? Isn't it fascinating that this can be done?

    ReplyDelete