Monday, July 17, 2017

Promosi ke Langkawi dengan Traveloka App

Assalamualaikum korang semua, dah ada perancangan untuk pergi bercuti ? Korang tau tak ada tips untuk bercuti dengan lebih menguntungkan? Ni aku  nak bagitau ni, selain cari hotel yang murah, korang juga perlu bijak mencari promosi-promosi yang mengancam macam promosi yang tengah hangat dijalankan oleh Traveloka. Bayar murah tapi puas hati. 

Ada yang merancang nak pergi Langkawi tak ? Pada korang yang teringin atau merancang pergi berjalan ke Langkawi, pulau yang paling terkenal dan popular di Pantai Barat Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi yang paling menguntungkan. Bukan setakat hotel, sekali dengan penerbangan diskaun sebanyak RM188. Korang yang tak pernah sampai tu, masa ni la rebut peluang sementara harga promosi. 
Promosi Traveloka kali ini menawarkan diskaun sebanyak RM50 (jangan lupa masukkan kupon SEAFLYLGK) dengan harga flight minimum sebanyak RM150. Lepas dah beli tu korang akan dapat email kod potongan harga hotel pula sebanyak RM138 dengan minimum harga hotel sebanyak RM300 untuk 2 malam.

Boleh la korang plan percutian sepanjang 3 hari 2 malam ke Langkawi dengan jumlah potongan harga sebanyak RM188. Perghhh jimat kan! 

Lain-lain syarat untuk potongan harga hebat Traveloka ni.
  • book penerbangan ke Langkawi hanya menggunakan Traveloka App
  • Booking period ini hanya untuk masa terhad je!
  • Booking period flight : 21 Julai (Jumaat) - 23 Julai (Ahad)
  • Booking period (hotel): selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
  • Travel period : Anytime! 
Book dulu, travel anytime.....

Best ke pergi Langkawi? Mestilah best. Banyak aktiviti yang menarik boleh dibuat kat sana walaupun dah pergi berkali-kali. Keindahan pantai, keunikan pulau-pulau yang ada di sekitarnya dan air laut yang jernih yang menjadi tarikan pengungjung dari dalam dan luar negara.

Bagi orang Malaysia, aku rasa memang suka shopping coklat, pinggan mangkuk, gamat dan lain-lain sebab Langkawi pulau bebas cukai. Tapi banyak lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh explore dekat Langkawi.
Antara aktiviti lain yang korang boleh buat ialah island hopping. Aku suggest korang ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Payar. Pulau Payar ni antara pulau terbesar di Langkawi. Pulau Payar ni adalah salah satu syurga snorkeling bagi peminat hidupan laut. Selain menikmati pemandangan yang cantik, kat sini la aku rasa korang dapat tengok baby shark berenang-renang di kaki korang. Kat pulau-pulau lain boleh nampak jugak tapi korang kena berenang dalam sikit. Kat sini tepi-tepian pantai je dah boleh tengok.
Pulau Dayang Bunting ni ada tasik yang sangat cantik. Kononnya, jika ada masalah kesuburan, mandi-manda kata sini sebagai cara untuk berubat. Macam-macam versi cerita yang aku dengar. 
"Salah satu yang aku ingat, pasal seorang puteri kayangan nama Mambang Sari dan Mat Teja yang jatuh cinta pada puteri tu. Demi memikat Mambang Sari, Mat Teja kena dapatkan air mata duyung dan sapukan pada muka dan leher (dah macam minyak pengasih pulak). Mambang Sari ni melahirkan anak, tapi anak dia tak panjang umurnya. Mambang Sari semadikan dekat tasik ini. Lepas tu Mambang Sari balik ke kayangan semula, tapi sebelum tu dia sempat bacakan jampi untuk penawar kepada sesiapa yang mempunyai masalah mendapatkan anak. Itu mitosnya la. Percaya jangan, dengar boleh. Pulau ni juga jika dilihat menyerupai bentuk seorang wanita hamil yang tengah baring. Apapun, pulau ni memang cantik dan tak rugi untuk datang tengok sendiri."
Bila ke langkawi ni, jangan lupa juga untuk jalan-jalan tepi pantai yang cantik macam Pantai Tanjung Rhu. Air yang jernih dan pasir pantai yang halus, sangat best untuk bersantai-santai dan menikmati udara laut. Pantai Tanjung Rhu ini juga dikatakan antara pantai tercantik oleh CNN.

Kalau nak tengok matahari terbenam pula, pegi la ke Pantai Tengah. Kat sini tak sesibuk Pantai Cenang dan banyak aktiviti sukan air macam jetski dan parasailing sementara nak tunggu petang dan menikmati pemandangan matahari terbenam yang cantik.
Nak mencabar lagi korang boleh naik kereta kabel atau cable car. Sebenarnya aku tak pernah naik lagi. Ni yang buat aku nak repeat lagi. Jom Langkawi, sapa nak teman aku..haha..
Jadi sapa-sapa yang ingin berjalan, melancong, short trip ke Langkawi, cepat-cepat set reminder untuk dapatkan promosi yang menarik ni. Harga yang ditawarkan di Traveloka jauh lebih murah, malah lebih murah dari Matta Fair. Traveloka App adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan sebanyak 15million muat turun. Download la Traveloka App sekarang atau layari laman web Traveloka untuk promosi berbaloi-baloi ni

Taknak ke Langkawi? Check je destinasi pilihan lain di https://www.traveloka.com/en-my

3 comments:

  1. Langkawi memang destinasi pilihan. seronok!

    ReplyDelete
  2. tak pernah sampai sana lagi .. one day la. bnyak betul kan pilihan pakai traveloka ni ..murah2 oih

    ReplyDelete
  3. pernah book dengan traveloka tempah hotel..ok la not bad.

    ReplyDelete