Wednesday, March 18, 2020

Bajet Ciput Channel | Channel Social Experiment terbaru aku

Assalamualaikum, Bajet Ciput Channel ni ialah channel yang diwujudkan untuk buat social experiment yang berkait rapat dengan bajet seharian kita ataupun bajet dalam kehidupan seharian kita. Sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan bajet kita.


Untuk social experiment pertama channel ni, aku dah pergi ke beberapa lokasi kedai makan, gerai makan dan fast food restoran nak tengok dengan bajet RM5 boleh makan apa untuk tengahari ? Kenapa RM5 ? Kebanyakkan orang cakap RM5 boleh makan apa ? Tak cukup ! Aku pernah tanya kawan-kawan pasal plan aku ni, dorang suruh aku UP RM5 tu. Rendah sangat kata mereka. Apapun aku sahut cabaran tetap dengan RM5 supaya kita sedar walaupun RM5 kita still boleh makan. Kena ingat kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.


Diharapkan korang dapat bantu aku dan sokong aku supaya aku rajin serta bersemangat untuk membuat video. Banyak video dalam perancangan, tanpa sokongan dan view korang, rancangan akan jadi sia-sia.


Diharapkan korang SUBSCRIBE channel BAJET CIPUT ni, korang kasi THUMBS UP, tinggalkan COMMENT korang dan SHARE video ni supaya dapat membantu orang lain. TURN ON notification supaya korang dapat notifikasi video-video baru akan datang.

Youtube Channel Link : Bajet Ciput Channel


#bajetciputchannel #socialexperiment #socialexperimentmalaysia

3 comments: