Showing posts with label DausRedscarzToUSS. Show all posts
Showing posts with label DausRedscarzToUSS. Show all posts

Tuesday, April 9, 2019

Vlog Percutian ke Universal Studios Singapore® (USS) 8 Fakta menarik korang kena tau tentang USS !

Assalamualaikum w.b.t
Welcome to Daus Redscarz Blog.. (Jeng jeng jeng)

Alhamdulillah selesai percutian kami ke Universal Studios Singapore®. Satu pengalaman luar biasa, pengalaman baru dalam diari masing-masing. Rata-rata musim cuti sekolah, ibu bapa sibuk bawa anak-anak berjalan, pergi bercuti, balik kampung dan sebagainya, kami antaranya yang turut pergi bercuti. Destinasi kami Universal Studios Singapore®
Sebenarnya aku dah merancang percutian ke Universal Studios Singapore® hampir 3 bulan. Kali pertama nak bawa anak-anak pergi bercuti ke luar negara. Macam-macam benda kena fikirkan. Antara yang major ialah urusan persiapan passport ke luar negara, tiket penerbangan pergi balik dan tempat penginapan untuk 4 hari 3 malam. Apapun alhamdulillah semua tu dah dapat diuruskan dengan lancar cuma bab penginapan je delay sikit. Bab penginapan nanti aku citer lain. 
Tiba di Universal Studios Singapore® seawal jam 10 pagi. Opening hours di USS ialah jam 10.00 pagi, aku syorkan kat korang kalau boleh, sila masuk awal-awal nanti tak cukup masa main kat dalam tu. Jangan lupa beli tiket haha.. 
Universal Studios Singapore® 1-Day Complimentary ticket. (tiket pass untuk satu hari) 
Untuk pengetahuan korang USS juga menyediakan Universal Studios Singapore® Express ticket untuk laluan express setiap ride. Maksudnya korang purchase Universal Express ni boleh guna lorong express untuk setiap ride atau mainan dalam park tanpa berbaris panjang dengan pengunjung-pengunjung lain. Jimat masa ooo.. 

Okeh sambil aku citer pengalaman percutian kami kat sana aku nak share juga 8 fakta menarik tentang Universal Studios Singapore® yang korang kena tau.  Lets ride the Movies ! 

Fakta menarik 1: 
Pertama di Asia Tenggara dengan mempunyai 24 tunggangan, persembahan dan tarikan di tujuh zon bertema iaitu Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar.

Fakta menarik 2:
Universal Globe tu mengambil masa 40 hari untuk disiapkan dengan ukuran diameter 7.32m (24ft) seberat 4.5 tan. Berat tu !!! Dan yang menarik, satu-satunya Globe Universal yang ada marking Singapore kat atas map tu. 
HOLLYWOOD
NEW YORK
Fakta menarik 3: 
Roller Coaster duelling yang paling tinggi di dunia. Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON™ (the world's tallest duelling roller coasters)

SCI-FI CITY ZONE
Fuhh paling tinggi di dunia ? Biar betul, roller coaster ni siap repeat lagi. Akif paksa repeat. Babah dah cuak dah sebenarnya tapi tahan je. Apapun memang ohsem sangat. 
TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle
Antara indoor roller coaster paling best skali. Dibekalkan dengan spek 3D. Yang ni pun kami ride dua kali. Terasa dalam movie.

ANCIENT EGYPT ZONE
Revenge of the Mummy™
Ride ni pun indoor roller coaster juga. Yang ni seram, dia punya track kat dalam tu sangat trill siap ride dalam kawasan gelap gelita. Lama plak tu dalam tu. 
Fakta menarik 4:
Keluasan taman tema Universal Studios Singapore® ialah seluas 20 hektar bersamaan dengan 25 padang bola sepak. Wow !!

THE LOST WORLD™ ZONE
Jurassic Park tempat favourite Faheem. Dia memang minat sangat dinosaur-dinosaur ni. Dari umur dua tahun lebih dia boleh hafal nama-nama dinosaur. Mujur la ada ride yang Faheem boleh naik. Seronok dapat naik. 
Dino-Soarin'™
Menunggang Pteranodons sangat sesuai untuk kanak-kanak bawah 6 tahun. Dino-Soarin'™ riding tak laju sangat, kategori fun ride namun masih perlu pengawasan dan peneman dari ibu bapa atau penjaga. 
Tyrannosaurus Rex replica
Aku rasa kami paling lama dekat Jurassic Park ni. Bukan takat ride tu lama, masuk dalam Dino-Store tu pun lama. Faheem dah sangkut dalam tu. Haha rambang mata tengok mainan dan koleksi Jurassic Park. 

WATERWORLD™ 
Kalau sape pernah tengok movie WaterWorld dia akan familiar tempat ni. Movie tu release pada tahun 1995. Pertunjukan aksi secara live adegan-adengan dalam movie WaterWorld. Seolah-olah kami tengok secara langsung bagaimana pelakon melakonkan watak-watak dalam movie tersebut. Beberapa adegan stunt yang luar biasa dengan aksi dari Bot perang dan Jeksi. 
WaterWorld Show Times
Korang jangan miss show times ni. Ada 12.30 pm dan 4.15pm saja. Rugi kalau terlepas. Bukan senang nak masuk lagi. 

Fakta menarik 5:
The WaterWorld mampu menampung kapasiti sehingga 3,500 tempat duduk menjadikan amphitheatre di USS antara yang terbesar di dunia. Kolam air menakung 5 juta gallon air yang bersamaan dengan 9 Olympic pools.. Perghh.. 

FAR FAR AWAY ZONE
Puss In Boots’ Giant Journey
Kat sini pun ada fun ride roller coaster. Best untuk santai-santai. 
Far Far Away Castle dengan Shrek 4-D Adventure

Fakta menarik 6:
Far Far Away Castle yang istana cantik ni berketinggian 39.4 meter. Tengok memang nampak sebiji dalam movie. 

MADAGASCAR ZONE
Madagascar: A Crate Adventure
Masa sampai sini Faheem dah tido, so ganti-ganti la jaga Faheem kat luar. Bagi turn mama pulak masuk ride dengan Akif dan Aliah.
King Julien's Beach Party-Go-Round 
Last but not lease, King Julien's ride. Sian Faheem tak dapat main ni, masih tido lagi. 

Fakta menarik 7:
Terdapat 122 zon muzik yang berbeza dalam Universal Studios Singapore®

Tempat makan halal banyak. Boleh refer map USS. Booth-booth air pun banyak. Korang jangan confuse ada satu air kotak warna putih, ingatkan susu rupa-rupanya air mineral. Dorang letak dalam kotak macam kotak susu tu. 

Fakta menarik 8:
Universal Studios Singapore® Lagoon sedalam 2.1 meter dan menampung 38000 cubic meter air. Sumber air yang bertakung kat lagoon ni ada dari air hujan. Manakala air lagoon digunakan untuk sistem pengairan dan penyejukkan.

Okeh itu saja yang aku dapat kongsikan tentang percutian kami ke Universal Studios Singapore® serta-serta fakta-takta menarik tentang Universal Studios Singapore® Serius cakap sehari rasa macam tak puas. Banyak ride banyak store kalau nak explore makan masa.

Apapun jom tonton Vlog Percutian Daus Redscarz Channel ke Universal Studios Singapore®

Strictly reminder !

Sebagai langkah keselamatan, penggunaan kamera, gopros dan alat-alat perakam yang lain adalah dilarang sama sekali semasa menaiki permainan. Maksudnya setiap kali ride tu kita tak boleh rakam. Sekiranya ada membawa barangan pastikan simpan terlebih dahulu di loker yang disediakan sebelum ride. Tempat penyimpanan percuma. 

Untuk maklumat tiket dan info lanjut korang boleh terus website Resort World Sentosa, Singapre di https://www.rwsentosa.com

#dausredscarz #universalstudiossingapore

Tuesday, March 5, 2019

Book tiket penerbangan Singapore Kuala Lumpur dengan Traveloka

Assalamualaikum w.b.t, 



Welcome to Daus Redscarz Blog ! Jeng jeng jeng. 

Dah masuk bulan Mac 2019. Apa perkembangan terkini persiapan #RoadToUSS #DausRedscarzToUSS. Alhamdulillah tiket flight pergi dan balik dah book. Fuhh lega dapat setelkan 2 major part iaitu Penyediaan Passport dengan Ticket Flight. Kenapa pilih naik flight ? Walaupun kos menggunakan jalan darat lebih murah dan jimat. 

Okeh, sebenarnya aku memang ada terfikir nak guna jalan darat, drive dari Kuala Lumpur ke Johor kemudian masuk Singapura guna public transport. Semua kaedah aku dah fikirkan, termasuk la naik bas atau naik keretapi. Memang kos lebih murah dan jimat berbanding naik flight. Akan tetapi mental aku tak brapa kental sebab fikirkan dekat imigresen kena turun naik turun naik bawa anak-anak. Kalau ramai orang atau sesak macam mana nak handle. Aku masih tak boleh nak bayangkan. Aku ada baca 2,3 pengalaman orang lain travel guna jalan darat tapi still aku tak yakin lagi. Mindset aku barangkali. 

Jadi aku pilih naik flight. Bagi pendapat aku, pendapat aku ni bukan betul atau salah, check imigresen tetap ada cuma sekali saja sebelum boarding. Lepas tu terus je tu pintu gate. Isi form putih tu pun dalam flight (correct me if im wrong). Ada banyak masa nak completekan borang putih tu. Kalau dekat jalan darat, mungkin akan kalut sikit nak isi form. Risau anak-anak lari sana lari sini. Kalau ramai orang macam mana pulak agaknya. 

Sebenarnya naik flight pun tak mahal sangat kalau pandai pilih tarikh dan merancang. Matta Fair salah satunya event yang selalu dinantikan orang ramai, banyak pakej-pakej pelancongan, offer-offer melancong yang menarik ke pelbagai destinasi idaman. Akan tetapi Matta Fair promo ni kalau terlepas event dia melepas la haha. Tapi korang tak risau sangatlah kita gunakan cara-cara lain untuk dapatkan MATTA Fair 2019 seperti kemudahan website perbandingan harga flight ataupun hotel. Terus terang cakap, kita rakyat Malaysia yang bukan kaki melancong, bukan kaki travel ni, kita cuma tau ada 2 jenis flight je ada kat Malaysia ni. Airasia atau MAS saja. Kalau tak MAS, Airasia. Dua tu je kita tau. Sebenarnya banyak lagi jenis airlines yang kita boleh naik untuk ke destinasi yang dituju. 

Kalau pergi melancong ke luar negara fuhh nama airlines yang tak pernah dengar pun ada. Korang tau tak aku book flight aku guna website mana? Traveloka ! Tau kan?? Korang tau tak traveloka ni antara website yang membandingkan harga flight-flight. Kat situ la aku sedar betapa banyaknya airline yang kita boleh tempah untuk ke destinasi. Nak pergi singapore, selain dari MAS dan Airasia korang boleh book sama ada Lion Air, Jetstar Asia, Flyscoot, Silk Air, Bangkok Airways, Vietnam Airlines, yang familiar Malindo dan banyak lagi. Macam-macam jumpa dalam tempoh perbandingan harga tiket penerbangan murah ni.


Selepas membandingkan harga di Traveloka, aku pegi masuk check website airline yang aku pilih tu, nak pastikan harga tu mahal ke murah. Ternyata ada perbezaan.

Haa ni la antara senarai- senarai perbandingan harga dan jadual waktu penerbangan mengikut tarikh yang dipilih.

dan lagi best ada emel coupon discount. Baru ni aku beli dapat rebate sehingga RM70 tu. Jimat-jimat.

Okeh ni total harga tiket flight untuk 6 orang. Airasia dari Singapore ke Kuala Lumpur. RM1518.38 Termasuk baggage 20kg x 2 orang. Murah ke mahal ? 6 orang tu. Itu kalau booking lagi awal mesti lagi murah. 
Check this out, guys. Jom usha Sale Abration Traveloka biar rambang mata. 

Orait ini saja sharing untuk kali ni. Korang jangan lupa SUBSCRIBE channel DAUS REDSCARZ ya, turn on notification untuk vlog-vlog terbaru dari kami.

Saturday, February 16, 2019

Throwback Penginapan di Festive Hotel - Resort World Sentosa Singapore 2011

Alhamdulillah, 7hb mei 2011, kami tiba di Resort World Sentosa, Singapore. Antara tempat menarik dan tumpuan pelancong seluruh dunia. Di Resort World Sentosa ni saja ada pelbagai tempat menarik, antaranya tempat percutian, hiburan dan rekreasi. 3 hotel mewah dan terkenal | Festive Hotel, Micheal Hotel dan Hard Rock Hotel. Selain itu ada theme park, Universal Studio Sentosa (USS), dan Casino. Kami berpeluang menginap at Festive Hotel. 


Festive Hotel - Duluxe King Family. Masuk-masuk terbeliak mata, apasal mcm class je tempat ni. Memang kelas la.. Hotel mahal kot ni.. Tahun 2011 masa tu, aku bukan traveller, tak tau sangat menginap kat hotel-hotel ni. Bila tiba kat sini terus rasa macam wow.. Korang tengok la sendiri.. 
Katil king dia fuhh bila dah baring rasa macam malasnya nak bangun dah haha.. Design dan decoration memang cantik. 
Layan pulak Panasonic LCD tv 42" FullHD masa tu. Yang aku paling suka banyak sport channel.. Berbaloi-baloi.. Rezeki plak masa tu ada game Manchester United vs Chelsea.. Layan abis.. Manchester United menang 2-1. Yehhhh Glory-glory Man United. 

Ada decker plak tu. Ada extra bed kat atas tu. Masa tu tak bawa anak-anak lagi berjalan. Kalau bawa masa tu kompom seronok sangat la.. 

Bilik air atau bathroom. 



Bilik air atau bathroom. Kalau dah bilik nampak mewah dalam bilik air pun nampak mewah. Jangan tidur dalam bilik air sudah. Haha.. 


Apa yang ada dalam bilik selain di atas. Set minuman panas dan sejuk. Remote TV, maps, poskad, ada schedule event-event, feedback form dan lain-lain. 


Tak ingatlah harga bilik ni masa tu. Yang aku ingat memang cecah 4 angka kalau convert Ringgit Malaysia. Fuhh rambang mata nak booking hehe.. Tapi alhamdulillah masa ni mak blanja. Hehe merasalah menginap di Festive Hotel Sentosa. Satu pengalaman kami satu ketika dulu. Terima kasih mak hehe.. Sekian, kisah throwback.. 

Disclaimer ! Gambar-gambar di atas diambil tahun 2011. Segala perubahan pada yang bilik hotel sekarang kami tak tau. 


InshaAllah kami akan datang ke Sentosa lagi #RoadToUSS #DausRedscarzToUSS tapi tak stay kat sini kot. Cari hotel bajet je kat sana nanti. Okeh korang boleh baca persediaan kami untuk ke Singapore nanti serta pengalaman kami buat passport di imigresen UTC. 

Tuesday, February 5, 2019

Selesai urusan Passport anak-anak di Mini UTC Keramat

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Welcome to Daus Redscarz Channel.. jeng jeng jeng... 

Alhamdulillah selesai part Passport anak-anak (Aliah, Akif dan Faheem). Fuhh lega dapat selesaikan passport ni. Bukan apa, sebabnya kena bawa dorang sekali pergi imigresen, bersesak-sesak dengan orang ramai. Kali ni dugaan lagi, pergi UTC Sentul sebelum jam 12 tengahari, sekali nombor dah abis daaa !!! Alamak, penat-penat cari parking, nombor pulak abis. 

Pegawai Imigresen yang bertugas suggest pergi ke Mini UTC Keramat, sebab sana buka jam 1.00 petang. Alang-alang nak buat, kami terus ke UTC Keramat. Korang yang belum tau akan jadual waktu operasi baru UTC 2019 boleh baca disini. 

Tiba di UTC Keramat hampir jam 1.00 petang. Tudiaaaa barisan dah macam ular melilit, beratur siap dah.. Mau lebih dari 50 orang kat depan. Cepat-cepat masuk barisan takut tak dapat nombor nanti. Lama lagi nak tiba kaunter nombor ni.
Mujurlah kat Mini UTC Keramat ni ada perpustakaan komuniti. Wife berbaris, aku bawa anak-anak masuk perpustakaan, sambil menunggu boleh baca buku. Dalam tu banyak buku kanak-kanak, sejuk pulak tu. Kat luar tu bahang, panas ya amat. Anak-anak pun layan buku-buku dengan tenangnya.
Apa yang perlu bawa untuk buat passport anak-anak bawah 18 tahun ni. 

Akif 10 tahun & Faheem 4 tahun (belum ada mykad) - cuma perlu surat beranak (original & 1 salinan tiap sorang)
Aliah 13 tahun, surat beranak & mykad (original, 1 salinan surat beranak dan 1 salinan mykad)

dan,

Mykad Ibu/Bapa yang datang daftar (original dan buat 3 salinan untuk *3 orang, maksudnya untuk salinan seorang 1)
Bila tiba giliran, apa yang perlu dibuat di kaunter pendaftaran.

Daftar ibu jari di mesin elektronik (faheem tak perlu), ambik gambar on the spot kat kaunter, tak perlu lagi pergi ke kedai untuk ambil gambar. Faheem 4 tahun pun boleh gambar on the spot, janji boleh dok diam pandang kemera. Kemudian turunkan cop ibu jari. Selesai !! 

Dah selesai part daftar. Tunggu ke kaunter bayaran pulak. Tunggu turn bayaran tak lama. Kejap je. Okeh berapa kadar bayaran untuk anak-anak ni. 

Umur 12 tahun dan ke bawah RM100 untuk tempoh 5 tahun dan Umur 13 ke atas ialah RM200 untuk tempoh 5 tahun.

Untuk 3 orang ikutkan RM400. Tapi alhamdulillah Aliah masih belum genap 13 tahun pada tarikh daftar. Masih dikira 12 tahun dan harga bayaran pun dikira RM100. Jadi jumlah untuk 3 orang RM300. Jimat RM100 boleh simpan untuk perkara lain-lain. 

Dah siap bayar, kena tunggu sejam untuk proses passport siap. Masa ni la korang nak pergi makan ke, minum ke, solat ke, balik rumah dulu ke, selesaikan apa-apa yang patut ke, jangan risau kalau nombor terlepas. Nanti datang je kaunter bahagian tebus passport tu tanya. 

Kaunter serahan/collection
Okeh, dah cukup masa nak collect tu, wajib bawa semua anak-anak yang daftar tadi. Tak boleh hantar wakil datang ambil. Kenapa ?? Sebab masa ambil passport siap tu nanti, anak-anak masing-masing kena buat pengesahan cop jari elektronik, dah sah (boleh semak buku passport, check nama, no kad pengenalan dsb) kemudian dah puas hati, kena cop jari pada passport. Haa faheem sambil tido cop jari kat passport haha..
Apapun, alhamdulillah selesai urusan passport.. Sekarang kita fikirkan perkara lain pulak. Tiket flight ? ke naik bas ? Tempat penginapan ? Lokasi tempat yang menarik untuk dikunjungi di Singapore ? Fuhh banyak lagi kena fikir. So stay tune untuk #RoadToUSS #DausRedscarzToUSS

Jangan lupa SUBSCRIBE DAUS REDSCARZ Channel ya. Ada macam-macam video untuk tontonan korang dalam tu. InshaAllah the biggest task kami akan datang yang Vlog to Universal Studio Singapore ni. Doa-doakan dipermudahkan urusan kami. 

Boleh baca persediaan perancangan awal kami di Daus Redscarz Channel bercuti ke Universal Studio, Singapore.

Thursday, January 31, 2019

Jadual Waktu Operasi baru UTC 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

#RoadToUSS
#DausRedscarzToUss

Hari ni dah masuk 30 Januari 2019. Kurang 2 bulan lagi trip nak ke USS. Passport aku tak buat lagi. Aku rancang nak buat passport seawal yang mungkin. Tak nak kalut nanti.  2 hari lepas (28 jan) kami sekeluarga ke Jabatan Imigresen Jalan Reko, Kajang kira-kira jam 4 petang, pergi kaunter, pegawai kaunter cakap nombor dah abis dan sistem tengah tergendala. So aku decide buat kat UTC la. Maka pergi la kami ke UTC Sentul, Sepanjang jalan jem, kena plak time orang balik kerja. Kajang nak masuk KL.

Tapi aku tak kisah sangat sebab seingat aku UTC ni buka sampai malam. So rileks je la, enjoy jalan jem. Nak stress pun bukan boleh sampai cepat. 

Maka sampai la kami di parking UTC Sentul, bersiap-siap nak kuar kereta. Datang pakcik guard sapa, tanya nak pergi mana. Aku cakap nak pergi imigresen, pakcik tu cakap dah tutup. Dalam hati aku bisik, aikk takkan dah tutup. Mungkin tutup petang jap lagi malam buka balik kot. Aku kurang puas hati, aku turun sorang naik ke level imigresen. Yela dah lalui jem bagai takkan tutup. Sah memang tutup, lengang kawasan tu. Yang ada pun gerai makan je buka. Maka misi buat passport gagal untuk hari tu. 

Balik rumah dah aku update facebook status tanya, ada perubahan jadual operasi ke kat UTC ni. Akhirnya aku dah dapat jawapan. 

Rupanya waktu operasi UTC seluruh negara telah dipinda / ditukarkan. Korang tengok waktu operasi UTC terbaru 2019 yang berkuatkuasa 22 Januari 2019. Tengok betul-betul jadual dibawah ni.... sebab termasuk sabtu ahad dan ada yang beroperasi bermula jam 1.00 petang.
Waktu operasi UTC bagi Kangar Perlis, Sungai Petani Kedah, Ipoh Perak, Pudu Sentral Kuala Lumpur, Sentul Kuala Lumpur, Bandaraya Melaka, Pasir Gudang Johor.
Waktu operasi UTC Kota Kinabalu Sabah, Keningau Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Tawau Sabah.
Waktu operasi UTC Alor Setar Kedah, Johor Bahru Johor, Kota Bharu Kelantan, Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu operasi UTC Kuching, Miri dan Sibu, Sarawak.


Perghh memang baru sangat ni.. Kerugian satu masa dan ketika aku hari tu. Nak kena cari satu masa baru untuk pergi imigresen ni. Sebab nak buat untuk satu family. Passport aku hidup lagi, masih valid sampai 2020. 

Oklah, jangan lupa share kat kawan-kawan semua. Peringatan sekali lagi, semak betul-betul jadual operasi UTC 2019 yang baru kat atas ni. Kang penat-penat datang tengok UTC tutup.

Subscribe Daus Redscarz Channel untuk follow video-video terbaru kami.

Gambar sumber dari Google. 

UPDATE : Selesai urusan passport anak-anak di Mini UTC Keramat