Showing posts with label home deco. Show all posts
Showing posts with label home deco. Show all posts

Sunday, February 21, 2016

Dari Kabinet dinding jadi almari bawah | Capita Leg IKEA

Mood deko datang kembali. Aku bukannya minat sangat bab-bab deko ni. Tapi kalau datang rajinnya aku buat gak. Haha.. Hari ni aku nak modified kabinet dinding jadi almari bawah. Ini semua idea wife. Ala-ala IKEA HACK. Aku tolong buatkan je. Tengok gambar asal bawah ni.
Kabinet dinding ni dah lama tergantung kat sini. (bukan product IKEA) Saja nak buka kasi luas sikit. Sebelum buka dan bawa turun kabinet ni, pastikan beli la dulu apa yang patut. Aku nak buat almari bawah, takkan nak letak macam tu je atas lantai. Takut rosak tapak dia, silap-silap berair nanti. Jadi kenalah ada kaki. Maka kena la cari kakinya. Di mana? Hmm orang pompuan ni, dia nak modified dia la kena cari bahannya. Jawabnya IKEA la...
Capita Leg IKEA
CAPITA LEG IKEA 8CM
Nah ni dia.. CAPITA LEG dari IKEA. Memang khas untuk buat kaki almari. 1 set ada 4 batang. 
Capita Leg IKEA
Untuk noted! CAPITA LEG ni ada dua saiz ketinggian, 8cm dan 16cm. Kalau beli 8cm rendah sangat. So kami prefer 16cm. So nanti almari nampak tinggi sikit. 
Capita Leg IKEA
CAPITA LEG IKEA 16CM
Capita Leg IKEA
CAPITA LEG IKEA 16CM
Dah selesai beli barang dah boleh pasang dah almari. Bawa turun kabinet dinding tu. Sebelum tu buka dulu pintu dan partition kat dalam kabinet tu. Berat ko, kalau tak buka. Tambah pulak kalau angkat sorang-sorang. Boleh sakit pinggang dibuatnya. Pastikan dahulu keselamatan diri. Dah bawa turun cari la kawasan yang luas sikit untuk bertukang. Tak susah mana pun. Pasang skru je pun. Gimik kena lebih. Bhaahahaha..
Haa jangan lupa terbalikan dulu kabinet tu. Kita nak buat kaki dia kan. Kang pasang kat atas naya je. Nampak berlubang je nanti bekas tebuk.. Kikiki..
Capita Leg IKEA
So ni la hasilnya selepas ditebuk dan diskru. Nasib baik ada drill. Mudah skit.Aku pasang ke dalam sikit sebab tak nak nanti tengah-tengah melengkung tak dapat menampung berat. Refer gambar bawah. Sapa takde drill kalau nak usha drill murah dan cordless boleh klik sini [drill murah]
Capita Leg IKEA
Siap dah 4 batang kaki aku pasang. Kalau nak lagi kukuh pasang lagi 2 kat tengah-tengah tu. Tapi kalau nak tambah 2 lagi tu kena beli lagi satu set CAPITA LEG. Takpela nanti-nanti la kalau setakat barang ringan je takpe kot.
Capita Leg IKEA
Maka kita terbalik kan ke posisi asal. Apa macam dah nampak macam almari bawah kan. Tak nampak macam kabinet dinding kan. Ok pasang pintu pulak.
Capita Leg IKEA
Tudia nampak menarik kan. Kombinasi produk biasa dihack dengan produk IKEA. Ini dipanggil Hack jugak ker? Haha belasah je la. 
Capita Leg IKEA
Last sekali pasang partition pulak. Siap!!!!! Dah boleh susun barang dah ni. Dari kabinet dinding jadi almari bawah. Apapun sekarang dalam dilema, nak letak kat mana almari ni? Semua sudut letak pun menarik. Letak sini cun, letak sana pun cun.. Alahai pening.. Ok la, selamat mencuba. Sapa-sapa yang rasa nak kelainan tu boleh la modified ya.. 

#ikeahack  #ikea  #capitaleg

Thursday, August 7, 2014

Deco bersama Isteri | Wallpaper Kaison

Bulan puasa hari tu aku tolong wife aku deco-deco. Antaranya pasang wallpaper. Wallpaper murah dari Kaison. Wife aku yang pasang, aku tolong pegang tangga je. Hhehehe.. Pasang wallpaper sendirian berhad ni aku kategorikan sebagai tips saving atau cut cost. Ada jugak yang buat sebagai hobi. Tapi kalau berkemampuan tu boleh saja kasi orang pasang kan. Kalau dah teringin nak pasang wallpaper tapi tak mampu upah orang, haa gini la caranya.. Beli wallpaper dan pasang sendiri. Jom tengok..
Ni rupa asalnya..
So ini dah 90% siap, tinggal nak tacap-tacap je lagi.
Ini dia hasilnya, 99% complete.. Cun tak? 1% lagi ni minor-minor je garis tak brapa nak lurus je. Bahagian bawah tak nampak sangat takpe sebab lindung dengan sofa. Apapun hebat jugak wife aku pasang wallpaper ni. Jimat belanja, cuma kena kerah sikit tenaga. RM500-RM600++ kos pemasangan wallpaper boleh buat sendiri dengan kos RM40.00 sahaja (2 rolls) Banyak 0o0o0o0o jimat.. 
Last skali bersabarlah suami kalau isteri asyik nak ke Kaison kaison kaison....  larikkkssss... (barang murah katakan)

Friday, April 18, 2014

Idea untuk luaskan ruang tamu | Panel TV Sempena hari Istimewa

Ini gambar asal
Ruang dinding padat dan serabut dengan wayar TV, wayar Astro dan Speaker-speaker... Agak semak pemandangan di situ.. So wife aku bercadang nak tukar kepada panel tv. Dia jumpa satu kilang perabot yang buat perabot ready made kat facebook. Harga mampu milik dan berpatutan.. So kami ke lokasi dan dapatkan barang.
Pembersihan bermula...
Haa ni lah panel yang dibeli dari kilang perabot tersebut. Muat-muat masuk kereka sedan. 

Pertukangan bermula, huh menguji minda betul.
Nasib baik ada kerusi plastik ni. Mudah kerja aku nak drill lubang. Tak yah sukat-sukat. Ketinggian pun dah ok dah. Yang bracket tv ni kena tukar lain. Pasal tak sesuai kat panel tv. Yang asal ni boleh gerakkan tv 45 darjah ke kiri atau ke kanan so makan space. Kena beli yang flat bracket. Just untuk lekatkan tv je. Takde pusing-pusing. Lagi satu sebelum beli tapak panel kena ukur dvd player dulu korang tu takut tak muat dalam tu. Kalau tak muat aku bagi tips lain. Kat gambar bawah sekali ada tips.
Ok SIAP tapak.. Ada 6 lubang kat belakang. Nampak kukuh dan tahan tak perlu risau sangat.
Ni nak pasang PANEL pulak. Seminggu gak kerjakan benda ni. Bukan ape, balik kerja tak sempat buat. Dah malam-malam takkan nak drill. Terkejut jiran sebelah kang.. Lagipun agak rumit jugak nak ukur kat mana nak drill.
PANEL dah siap. Ok progress 80% siap tinggal nak pasang speaker dan housekeeping wiring..
Inilah hasilnya. Ok tak? Boleh la.. Dah luas dah depan ni, wayar pun tak serabut dah. Lepas ni nak pasang wallpaper pulak kat belakang panel ni. Sekarang ni macam tak matching je.. Okeh, harap-harap dapat memberi idea kat korang. Bagi DVD player tak muat tu kena tambah rak kat bawah. Settle masalah.

#Sempena Hari Jadi Wife aku.. Aku hadiahkan pemasangan Panel TV ni.