Showing posts with label jaundice. Show all posts
Showing posts with label jaundice. Show all posts

Wednesday, August 12, 2015

Baby Aisy 14 hari | Kena tahan hospital kalau jaundice tak turun bawah 10mg/dl

Kali ke 6 cucuk (Rabu) 

Hari ni sepatutnya aku jaga exam pagi sampai petang. Oleh kerana terpaksa bawa Baby Aisy ke klinik aku minta excuse sekejap. Ketua pengawas pun spotting dan benarkan aku masuk lewat sikit hehe. So pepagi aku dah terpacak depan klinik. Hari ni paling nervous skali, kalau tak turun bawah 10mg/dl maka Baby Aisy kena tahan kat hospital. Last ujian makmal bacaannya 12.0 mg/dl jadi Baby Aisy kena lawan bagi turun. 
Lepas cucuk terus ke makmal untuk ambik result. Jeng jeng jeng.. 
7.2 mg/dl
Alhamdulillah, alhamdulillah, jaundice Baby Aisy turun mendadak. Lega rasanya bila tengok result ni. Baby Aisy tak kena tahan hospital. Doktor kata kalau kalau hari ke-14 (2 minggu) jaundice tak turun memang akan tahan hospital. Apapun bukan bermakna Baby Aisy dah tak perlu datang, kena datang jugak. Lepas ni kena dapatkan bacaan bawah 5.0 mg/dl pulak. Alamak nak kena datang cucuk lagi la. Hmm ikut jela, dah doktor cakap gitu kena ikut. So next appointment hari jumaat (14/8/2015). Aku hantar Baby Aisy balik rumah pastu aku terus ke tempat exam siap dengan time slip. Bukti pergi klinik. Hehe..

***kena kerap bagi minum susu ibu, baby kena kerap buang air dan berak. Baby jaundice ni memang suka tido je, so kena kejutkan bagi minum susu.

Monday, August 10, 2015

Jaundice Baby Aisy ada tanda penurunan

Hari ke 5 cucuk (isnin)

Hari ni kena masuk opis dulu. Nak cuti tapi ada tugas yang perlu disettle kan. Takpe la, checkup doktor buat, kerja opis pun kena buat. 
12.0 mg/dl
Turun sikit 0.9mg/dl dari sebelum ni. Nampaknya kena pergi cucuk lagi la jawabnya. Doktor appoint hari Rabu pulak. Skip satu hari, boleh la Baby Aisy recover dari kena cucuk je. Tapi hari rabu ni hari ke 14 hari Baby Aisy, kalau tak turun gak bawah 10 mg/dl baby Aisy akan kena tahan kat wad. Adeh, risau betul dibuatnya masa ni. 

Friday, August 7, 2015

Jaundice Baby Aisy naik lagi

Hari ke-3 baby Aisy ke klinik cucuk jaundice (kuning). Aku terpaksa sambung cuti memandangkan cuti tanpa rekod 7 hari dah tamat. Nak buat cam mana, sebab tu cuti tahunan ni kena jimat-jimat nak guna. Kita tak tau masa kecemasan ni. Kita tak minta tapi tu yang selalu berlaku. 

Hari ke-3 cucuk 
13mg/dl
Nampaknya bacaan jaundice baby Aisy memcecah angka 13mg/dl. Aku dan wife memang agak cuak. Yelah sebelum ni anak pertama dengan kedua tak pernah kena. Tetiba yang ke-3 ni kena pulak. Takde pengalaman lagi handle jaundice ni. Kena ikut nasihat doktor jela. Kerap bagi susu. Itu je la ubatnya. Tengok doktor rileks je. Doktor appoint lagi next day untuk cucuk. 

Hari ke-4 cucuk
12.9mg/dl
Hari ni datang lagi. Hari ke 4 berturut-turut baby Aisy kena cucuk ambik sample darah. Lepas cucuk ke makmal dulu tengok bacaan. Hari ni turun 0.01mg/dl . Huhu sedih. Setiap bacaan dan brapa umur baby pun diambil kira. Lain-lain pengiraan. Pelik gak macam mana calculation dorang. Memandangkan hari ni jumaat dan bacaan jaundice Baby Aisy pun agak statik, doktor suruh datang check up hari isnin. Lega sekejap, kalau kena pergi payah gak, sebab kena pergi hospital. Klinik kesihatan tutup sabtu ahad. Masa ni doktor tu explain serba sedikit pasal jaundice (kuning) ni dan langkah-langkah peringkat awal untuk mengurangkan jaundice. Baru aku faham kenapa kena kerap bagi susu. Next entri aku cerita kenapa. 

Wednesday, August 5, 2015

Misi Datang Rumah | Baby Aisy kena Jaundice (Kuning)

Lagi perkara penting yang harus dibuat bila dah balik rumah. Korang kena call atau inform klinik kesihatan tempat korang slalu check up tu bagitau yang korang dah bersalin dan dah balik rumah. Aku tak tau sebenarnya, wife aku yang ingatkan. Yelah pompuan je yang check up, yang jumpa nurse, so korang kena alert apa yang nurse cakap tu. Wajib bagitau, walaupun tempat korang berpantang dengan tempat check up lain-lain kawasan. Tujuannya untuk rekod dan follow up pegawai kesihatan datang ke rumah untuk pemeriksaan ibu dan bayi.

Situasi aku hari tu, wife balik lewat hari sabtu, kalau nak call kena tunggu isnin la jawabnya. Pasal ahad kan cuti. So isnin aku call, terus misi (nurse) set hari esok (selasa) datang melawat ke rumah untuk pemeriksaan.

Esoknya, dalam jam 9 pagi, nurse sampai untuk check up. Nurse tengok baby Aisy, terus bagi tau, baby kena kuning ni. Kena pergi klinik segera untuk untuk ujian darah. Aku dan wife tak fikir panjang terus set petang tu bawa pergi klinik. Wife aku gagah gak berjalan walaupun sakit operation tu tak sembuh lagi. 

Petang tu kami terus bawa baby Aisy ke klinik.
Result 12.6 mg/dl
Hmm memang sah baby Aisy kena kuning. Bacaan agak tinggi melebihi 12.0mg/dl. Apa yang kena buat, doktor pesan kerapkan bagi minum susu badan. Ibu dinasihatkan jangan makan herba-herba lagi, jangan makan benda panas macam halia. Kena kerap kejutkan baby bangun minum susu. Sebab baby yang jaundice ni dia memang suka tido je. So next appointment besoknya pulak.

So esok kena pegi ambik darah lagi. Cucuk kat tapak kaki kali kedua. Sian baby Aisy kena cucuk lagi.
Result 12.8mg/dl
Jaundice baby Aisy naik lagi. 0.2mg/dl. Huhu doktor remind the same. Suruh kerap minum susu. Huhu.. Dia kata kalau tak lebih 17mg/dl tu tak boleh tahan wad lagi. Lepas tu try google ada tak penawar untuk baby jaundice ni. Macam macam ada. Sengkuang cina, halwa kundur, anggur hitam, mandi bunga kuning.. tapi... 

nanti dulu la, try bagi susu dulu.. Esok kena kena gi klinik lagi selagi tak turun..