Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

Mereka Perlukan Perhatian & Perlindugan | Penjaga dan Penyeri Taman

Kuala Kangsar memang terkenal dengan Bandar Diraja | Masjid Ubudiyah | Labu Sayong... tapi bukan tu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal moment yang aku saksikan kat Taman Rekreasi yang berdekatan dengan 
Arena Square Kuala Kangsar | sebelah sungai perak. Taman rekreasi ni selalu dikunjungi orang ramai untuk bersenam, berjogging, beriadah menikmati keindahan Lembah Sungai Perak serta aktiviti-aktiviti lain.
Di suatu pagi, baru-baru ni aku pergi berjogging kat situ, tengah-tengah jogging aku terpandang satu kejadian yang menarik kat situ, di mana taman di bukan saja dihadiri oleh makhluk manusia, malah menjadi kediaman kucing-kucing yang comel-comel.. Bukan 10 ekor, bukan 20 ekor tapi lebih 30 ekor.. Wahhh, banyaknya kucing!! Mula-mula sepanjang track tu aku nampak 5, 6 ekor je. Ingatkan kucing ni terbiar rupanya masih ada insan yang pritahin dengan kucing-kucing ni. 
 Contohnya pakcik-pakcik ni datang bagi kucing-kucing ni makan. Sekali dia panggil berpusu-pusu datang. Kucing-kucing kat sini semuanya jinak dan manja. Jom tengok gambar..
Aliah suka tengok kucing-kucing ni.. Sempat possing dengan kucing-kucing comel..
Antara aksi yang sempat aku ambik gambar.. Siap panjat pokok lagi. Diharapkan orang-orang awam yang datang tidak mencederakan kucing-kucing ni, Kalau ada yang bermurah hati tu, bagi la kucing-kucing ni makan. Kasi whiskers ker.. Kucing-kucing ini bagai penjaga dan penyeri kat taman ni.